BAB 25

180 22 4
                                    

Perbincangan tentang kerja sama Ame Sakura, Shinigami dan Seiryuu untuk menjejak Shin Kiritsu telah tamat. Masing-masing setuju dengan perjanjian untuk kerjasama baru itu.

"Terima kasih atas hidangan yang sedap tadi. Ada masa nanti datang la rumah aku pula kita buat BBQ macam dulu-dulu." Kata Jintaiji ketika bersalaman dengan Kawazaki di hadapan pintu rumah.

Salaman dilepaskan. "Ya. Tak ada masalah. Dah lama juga tak ke sana." Kawazaki ketawa.

"Zao. Pakcik harap. Pakcik dapat bantu kamu sebagai membalas jasa ayah kamu yang dah banyak tolong pakcik sebelum ni." Kata Jintaiji.

Jauhari senyum manis. "Terima kasih, Pakcik Jintaiji. Kerja pun kerja juga. Kesihatan dan keselamatan sendiri kena jaga. Nanti saya hantar pasukan saya untuk bantu Seiryuu. Nanti senang nak berhubung dengan saya."

"Bagus juga idea kamu. Tak hairan la kalau usia muda macam kamu boleh jadi ketua Shinigami. Belajar rajin-rajin. Nanti boleh tolong Kawazaki jaga syarikat di sana."

"Ya. Saya harap saya boleh buat yang berbaik untuk keluarga saya, Ame Sakura dan Shinigami."

"Bertuah kau dapat anak macam Zao. Anak aku tak ada seorang pun minat nak ambil alih syarikat. Tsubasa ni je harapannya kalau aku tak ada nanti."

"Jangan la putus asa." Nasihat Kawazaki.

Kepala Jauhari terasa pening. Kakinya mula lemah untuk berdiri lama di situ. Dia tiba-tiba memegang kiri Faiz. Faiz terkejut apabila tangan Jauhari yang sangat panas itu memegang tangannya.

"Abang Zao. Kenapa ni?" Soal Faiz yang kelihatan cemas.

"Tak ada apa. Pening sikit." Jauhari berkata seperti berbisik.

"Jom masuk dalam." Kata Faiz.

Kawazaki dan Jintaiji masih sibuk berbual di situ. Tsubasa pula melihat ke arah tangan Jauhari yang memegang tangan Faiz. Wajah Jauhari kelihatan pucat. Dia menahan kesakitan.

"Aku dah agak. Dia mesti demam lepas jatuh kolam tadi."

"Ayah. Zao masuk dalam dulu. Sejuk." Kata Jauhari.

"Ya. Pergi la. Jangan tidur lambat."

"Baik, ayah. Selamat malam, semua. Hati-hati." Kata Jauhari sebelum dia dan Faiz masuk ke dalam rumah.

Faiz mengangkat tangan Jauhari lalu diletakkan di atas bahunya. Tangan kiri Jauhari pula sudah memegang dahinya yang kepeningan itu.

"Abang. Boleh tahan ke ni?"

"Ah..."

Faiz tersendung apabila Jauhari sudah hilang keseimbangan dan jatuh ke lantai. Bunyi jatuh yang kuat itu telah memeranjatkan Kawazaki dan orang lain di luar rumah. Kawazaki segera masuk ke dalam rumahnya.

"Zao!" Dia menerpa ke arah anaknya.

Faiz duduk di atas lantai. "Abang Zao demam." Beritahunya.

"Demam?"

Faiz berdiri. Dia keluar dari rumah. Matanya melihat ke arah Tsubasa. "Apa dah jadi tadi?"

"Tsubasa. Apa dah berlaku ni?" Soal Jintaiji pula.

"Zao. Tadi dia jatuh dari atas pokok. Terus masuk dalam kolam. Saya yang tolong dia tukar pakaian tadi sebab dia minta tolong."

"Kau tak sentuh dia, kan?"

"Eh?"

"Thanks." Kata Faiz dan kembali masuk ke dalam rumah.

Tidak lama selepas itu, Kawazaki keluar dari rumah. "Haih. Zao demam pula. Terkejut aku."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now