BAB 4

263 24 0
                                    

Faiz meletakkan kepalanya di atas meja. Perasaan mengantuk menguasai dirinya. Kedua-dua tangannya terjuntai-juntai ke bawah. Terasa berat untuk diangkat.

"Abang Zao makin kuat la. Susah la nak lawan kalau macam ni. Habis tenaga aku. Tangan pun dan tak terasa pegang sesuatu. Macam mana la nak hadap dia bulan depan pula ni?" Keluh Faiz dalam hati.

"Bro. Apa hal lembik semacam je kau ni?" Tegur rakan baik Faiz, Darwish.

"Penat la. Malam tadi berlatih dengan Abang aku." Adunya.

"Untung la ada orang boleh ajak berlatih silat setiap malam." Kata Darwish yang duduk di sebuah kerusi di sebelah kirinya.

"Kalau setiap malam. Memang jadi slime la kau. Tak pergi sekolah dah." Katanya.

"Latihan silat macam mana kau berlatih sampai teruk gitu?" Soal Darwish yang tidak mengetahui hal sebenar.

Faiz pernah beritahunya tentang dia dan Jauhari berlatih silat sama-sama tetapi tidak selalu. Hanya jika Jauhari mengajaknya sahaja. Tetapi Darwish tidak tahu tentang latihan pedang setiap 12 hari bulan pada setiap bulan selepas ritual pembersihan pedang.

"Abang aku belasah betul-betul. Dia tak main-main. Sebab tu aku kena buat betul-betul. Mampuslah kalau aku main-main." Katanya lalu bersandar pada kerusi.

"Ish. Berlatih macam tu tak bahaya ke? Tak akan la dia tumbuk betul-betul."

"Betul-betul. Dia kata risiko tanggung sendiri. Ya la. Kena sedia untuk hadapi masa depan. Kalau musuh betul. Ada ke masa dia nak main-main? Itu yang abang aku ajar. Berlatih berdasarkan situasi sebenar. Bukan praktikal semata-mata untuk latihan."

"Uish. Tiba-tiba terasa nak join latihan sekali. Nanti ajak la aku. Aku tak pernah pergi rumah kau." Kata Darwish.

"Nanti la aku tanya abang. Dia pun sibuk sekarang ni. Tingkat enam ada masa lagi tiga bulan sebelum exam besar." Katanya.

Kedua-dua tapak tangan di ramas-ramas. Siku digerak-gerakkanya. Kedua-dua bahu diurut seketika untuk hilangkan lenguh.

"Tapi abang kau tu tak pernah study. Boleh ke jawab exam?" Dia tongkat dagu  atas meja menggunakan tangan kanannya.

"Sem lepas dia dapat pointer 3.99."

"Apa tu?"

"Pointer ni macam grade la. Pointer 3.99 ni kira keseluruhan subjek dapat banyak A. Kalau pointer 4.00 tu dah A. Kiranya semua subjek abang aku dapat A. Jadi pointer 3.99. Mungkin pointer subjek dia tak cukup satu." Jelas Faiz berdasarkan penjelasan Jauhari kepadanya sebelum ini.

"Hebat. Berapa subjek?"

"Lima."

"La senangnya. Lima je." Kata Darwish.

"Susah la. Aku pernah tengok buku rujukan. Tingkatan enam mana ada buku teks macam kita. Semua kena beli buku rujukan. Banyak. Satu je tak cukup sebab mungkin ada maklumat yang tak ada."

"Susahnya." Kata Darwish.

"Aku nak masuk universiti la kalau macam tu."

"Universiti pun susah. Sebab aku ada abang seorang lain. Dia kata universiti belajar guna banyak buku rujukan dekat perpustakaan. Kadang tak ada dekat kedai buku. Ada pensyarah yang bagi nota tapi tak semua. Ada yang kena cari maklumat sendiri. Banyak kerja kursus." Jelasnya yang merujuk kepada Mitsuhide.

Darwish hantuk kepala di atas mejanya. "Lagi susah."

"Aku nak kerja la."

"Kerja lagi susah sebab sekarang ni orang nak cari pelajar berkelulusan tinggi."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now