BAB 76

136 15 0
                                    

"Kitsune?"

"Kitsune la."

"Apa dia buat dekat sini? Nak cabar bos lagi ke?"

"Double Kitsune?"

Suara-suara sumbang itu menjadi muzik latar pada pendengaran dua orang manusia yang masuk ke dalam sebuah kelab malam milik sekumpulan kongsi gelap. Di sini menjadi tempat berkumpulan ahli kongsi gelap untuk luangkan masa, berniaga, minum, berbual dan sebagainya. Segala aktiviti haram juga berlaku di sini. Namun, tempat ini tidak dapat dikesan oleh pihak polis.

"Selamat malam, warga dunia bahagia sekalian. Bos korang ada? Aku nak jumpa kejap. Ada urusan lumayan. Aku datang bukan nak gaduh. Aku datang nak jumpa kawan lama." Kata Jauhari dengan mesra apabila dirinya diserbu oleh para pelanggan di situ.

"Boleh percaya ke kau ni, Kitsune?" Tanya seorang lelaki bertubuh sasa.

Jauhari mengeluarkan pedangnya lalu dibaling ke arah Faiz. Faiz menyambutnya. "Kalau tak percaya. Kau boleh jaga student aku. Bawa aku jumpa bos. Apa-apa jadi pada bos korang. Kau boleh lawan dengan student aku. Nama dia, Kitsu. Dia musang liar dari Amazon. Baru tadi seorang dah arwah dekat belakang hotel sebab tiba-tiba serang dia. Deal?"

Mereka merenung lama ke arah Jauhari sebelum membenarkan Jauhari bertemu dengan ketua mereka. Faiz pula dibawa ke sebuah tempat duduk di satu sudut. Dia dijaga oleh lima orang ahli kongsi gelap. Masing-masing duduk jauh daripadanya. Senjata pula sudah siap sedia untuk dicapai jika sesuatu berlaku. Faiz tidak tahu bagaimana diri Jauhari yang mereka kenal dalam dunia 'UNDERGROUND' ini.

Kitsune terkenal dengan tipu helah dalam kepercayaan masyarakat di Jepun. Terutama musang berekor sembilan yang terkenal dalam dunia 'yokai'. Mungkin sahaja Jauhari dalam dunia gelap itu sama seperti nama samarannya itu.

"Hei. Macam mana kau boleh jadi student orang macam dia tu?"

Faiz melihat ke arah si pemilik suara. "Dia dah selamatkan saya dan beri saya peluang untuk terus hidup."

"Heh! Tak sangka orang yang selama ni mahu bergerak solo boleh ada pengikut pula. Sama saja macam Arc. Tak nak masuk kumpulan. Kalau tak dapat apa dia nak. Senang saja nak bunuh bos." Kritik lelaki itu.

"Arc? Dia hebat ke?" Tanya Faiz yang cuba mengorek maklumat tentang Arc.

"Hebat tu... Memang la. Tapi dia tu berlagak. Masa susah dulu. Datang sini minta kerja. Tapi dah senang. Dia nak gerak solo. Bos minta tolong dia. Lepas dapat habuan. Terus pergi macam tu je. Langsung tak nak balik sini." Jelas lelaki itu tak berpuas hati.

"Lupa daratan." Kata Faiz perlahan.

"Ya. Dia memang lupa daratan. Dulu nama dia bukan Arc. Dia tukar nama lepas keluar dari kumpulan." Jelas seorang lelaki bermisai nipis. Tubuhnya kurus tetapi tidak terlalu kurus seperti penagih dadah.

"Siapa nama dia?"

"Rangga. Dia assasin terbaik kumpulan ni. Ceh. Tiga tahun bergerak solo sebab gaji tak berpatutan, konon. Sakit hati pula rasanya kalau ingat pasal dia."  Jawab lelaki bertubuh sasa itu.

"Kebebasan, ha?" Faiz meneka.

"Kau pula macam mana? Tak nak join kumpulan ke? Kitsune tu bukan boleh percaya pun. Entah-entah dia tinggal kau tepi jalan." Soal lelaki kurus itu dengan serius.

"Aku hanya setia kepada dia. Aku tak akan pergi mana-mana sebab aku sama macam dia. Cuma ekor aku ada satu je." Katanya yang masih memegang ekornya.

Mereka ketawa melihat Faiz melambai-lambai ekornya ke atas. "Kau ni pandai buat lawak."

"Hu? Aku memang macam ni. Tuan aku tak bagi pegang ekor dia. Dia suruh pegang ekor sendiri. Aku tak boleh la nampak benda gebu. Kucing pun lari tengok aku."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now