BAB 43

172 21 8
                                    

Faiz menolak Jauhari jatuh ke atas katil pada waktu pagi yang indah. Jauhari yang sedang membuang baju kemeja tadi terpinga-pinga apabila kedua-dua tangannya dipegang erat oleh Faiz.

"Faiz. Apa ni?" Tanya Jauhari sambil meronta-ronta di atas katil. Cuba untuk melepaskan pegangan tangan Faiz.

Faiz kelihatan marah. "Abang Zao pergi mana malam tadi? Sampai pagi belum balik. Macam mana kalau musuh jumpa abang waktu malam? Abang suka ibu risau ke?" Tegasnya.

Jauhari mengelak daripada melihat ke arah Faiz. "Aku jumpa kawan kejap malam tadi."

"Pergi mana? Dekat siapa?" Faiz cuba mengorek rahsia.

"Errr... Kau tak kenal pun."

"Cakap je la." Pegangan tangan semakin kemas.

"Sakit la. Perlu ke macam ni?"

"Heh! Abang Zao nak lari, kan? Takut? Helah Abang Zao tak akan berkesan. Pandang la sini." Katanya dengan serius.

Jauhari naik angin. "Kau tak ada kaitan dalam hal aku. Kau tak ada hak untuk tahu dengan siapa aku keluar. Aku lebih kenal mereka berbanding kau. Mereka jauh lebih bahaya berbanding kau. Tak ada guna kau risau pasal aku keluar malam. Aku tak sendirian."

Pegangan semakin longgar. "Siapa mereka? Kenapa mereka boleh teman abang keluar? Kenapa saya tak boleh?"

"Sebab kau budak sekolah. Mereka dah tak sekolah."

"Tapi siapa mereka?" Jelas dia cemburu.

"Kenapa kau nak tahu?"

"Kenapa perlu sorok?" Soal Faiz kembali.

"Sebab aku risau kau bunuh mereka." Bidas Jauhari.

Faiz terdiam. Jauhari sangat mengenali Faiz yang pantang bertemu dengan orang yang lagi hebat daripadanya. Rasa mahu dibunuh. Terutama yang terlalu rapat dengan Jauhari. Umar juga hampir pernah dibunuh boleh Faiz pada suatu ketika dahulu.

Pegangan tangan dilepaskan. Faiz menundukkan pandangannya. Dia mahu berlalu pergi dari situ. Tiba-tiba, tangan kanan Faiz ditarik oleh Jauhari. Dia terus jatuh di atas tubuh Jauhari. Jauhari memeluknya dengan penuh kasih sayang.

"Kau, adik aku. Tiada apa-apa yang berubah. Tiada orang boleh ganti tempat kau. Mereka hanya orang bawahan aku yang bertugas untuk jaga kita di sebalik bayang-bayang. Tiada guna kau berkorban untuk aku. Kau ada hak untuk terus hidup. Kau tak perlu beri nyawa kau untuk aku. Mereka sudah sedia untuk buat semua tu. Fa. Aku tak ada adik-beradik lain. Hanya kau yang aku akui sebagai adik aku. Hanya kau yang aku percaya untuk ganti tempat aku kalau aku tak ada nanti. Kita tak tahu ajal kita bila." Kata Jauhari dengan tenang.

Faiz sudah menangis. Pelukan dibalas. "Saya tak nak hilangkan abang. Saya tak tahu apa patut saya buat kalau Abang Zao tak ada. Saya tak tahu tujuan untuk saya hidup lagi."

Kepala Faiz disuap. "Semoga kita panjang umur. Semoga kes ni cepat selesai.

"Maafkan saya." Kata Faiz.

Jauhari senyum. "Masih nak tahu siapa mereka?"

"Tak apa la. Saya tak hak tanya."

Dia ketawa. "Nanti kita jumpa mereka."

Pelukan dilepaskan. "Betul?" Faiz kelihatan teruja.

"Ya. Kita tengok. Siapa lagi hebat. Shinobi style atau Assassin style."

"Assassin?"

Jauhari duduk di atas katil. "Assassin style dicipta sebelum Shinobi style."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now