BAB 54

149 18 0
                                    

Inspektor Fartini bermalam di rumah Jauhari pada malam ini. Dia juga telah memberitahu kejadian yang berlaku ketika di restoran tadi kepada dua orang rakan sekerja yang sering mengambil tahu tentang dirinya itu, Fairuz dan Inspektor Nizam. Mereka juga terkejut apabila mendapat tahu bahawa wanita itu bermalam di rumah Jauhari.

Dia mendapat banyak pengalaman baru ketika berada di dalam rumah tersebut. Makan beramai-ramai di ruang tamu kelihatan sangat seronok. Terasa berada di negara Jepun dengan cara hidangan sedemikian. Walaupun hanya masakan kampung.

Dia juga baru tahu bahawa di dalam rumah ini terdapat tiga orang tukang masak yang memiliki sijil chef bertaraf lima bintang. Beberapa orang ahli Shinigami yang bekerja sebagai pembantu rumah. Terdapat juga seorang doktor dan tiga orang ahli saintis selain daripada pelajar sekolah, pelajar universiti, pekerja biasa dan pekerja SHIN Protection. Pekerja biasa pula merujuk kepada individu yang tidak bekerja di bawah syarikat milik Shinigami dan Ame Sakura. Seperti Wild yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah kolej komuniti. Dia seorang ninja di bawah bimbingan Faiz.

Malam ini Inspektor Fartini akan tidur sebilik dengan Aqila. Dia juga sudah berkenalan dengan Aqila. Aqila juga sudah memperkenalkan dirinya kepada Inspektor Fartini apabila dia ditanya tentang hubungan cinta antara Aqila dan Kawazaki. Inspektor Fartini sebenarnya agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa Aqila ialah seseorang bergelar Queen pada suatu masa dahulu. Dia juga menjadi tulang belakang dalam mencari maklumat untuk beberapa kes jika pihak polis memerlukan khidmatnya.

Keluarga Aqila sendiri memiliki syarikat dalam mencari maklumat. Masih aktif dan diterajui oleh adiknya selepas dia berkahwin dengan Kawazaki. Nama 'Info Intelek' tidak asing lagi bagi Inspektor Fartini kerana dia sering melihat nama tersebut pada hujung kertas dokumen yang terdapat dalam balai polis. Terutama fail-fail rujukan yang lama. Termasuklah fail berkaitan Meliniar yang dijumpai oleh Inspektor Nizam sebelum ini.

Maka, tidak hairan la jika Jauhari juga sedemikian. Malah, memiliki cita-cita yang mustahil untuk dia capai kerana posisinya sebagai ketua yakuza.

"Jumpa pun kolam air panas. Seronok juga malam-malam mandi air panas." Kata Inspektor Fartini lalu masuk ke kawasan kolam air panas bahagian wanita.

Inspektor Fartini memeriksa seluruh ruangan dahulu untuk memastikan dirinya sendirian atau ada orang lain. Ternyata dia sendirian di situ. Maka, dia terus membuka pakaiannya untuk berendam. Tubuh dibersihkan dahulu sebelum dia berendam di dalam kolam air panas. Rasa nikmat. Dia rasa tidak rugi dia ke sini pada malam ini.

Seekor kucing berwarna hitam milik Jauhari melompat dari kawasan kolam air panas lelaki ke kolam air panas perempuan. Tubuhnya basah lencun dan kelihatan kotor. Inspektor Fartini terkejut melihat kucing tersebut. Hampir sahaja dia mahu menjerit.

Namun, kali ini bukan hanya kucing yang terjun dari dinding antara dua kolam air panas itu. Jauhari juga terjun dari situ sambil menjerit. "Mana kau nak lari, ha? Baru hari ni kau balik. Longkang mana kau redah pun aku tak tahu. Sini aku bagi mandi."

Dia mengejar kucing tersebut di sebeliling kolam air panas itu. Inspektor Fartini memakai kain batik paras dada pula hanya memerhati Jauhari yang berseluar pendek itu. Lengan kanan Jauhari luka. Dia dicakar oleh kucing itu.

Jauhari berhenti berlari selepas penat mengejar kucing tersebut. Hatinya juga sudah panas sepanas air kolam di situ. Sebuah baldi diambil lalu dicampak ke arah kucing tersebut. Kucing yang tidak sempat lari itu sudah terperangkap di dalam baldi yang terbalik di atas lantai.

"I got you." Dia tersengih.

Tiba-tiba, dia terlihat ke arah Inspektor Fartini berendam di dalam kolam. Keringnya terangkat. Terkejut melihat ada manusia di situ.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now