BAB 26

187 21 0
                                    

TUJUH TAHUN LALU.

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun telah dihalau keluar dari rumah abang tirinya selepas mendapat tahu bahawa adik tiri yang dijaga selama ini telah terlibat dalam kes pembunuhan. Dia juga telah membayar seorang polis untuk melepaskan adiknya pada hari pertama ditahan. Kemudian, dia menghalau adik tirinya itu keluar dari rumah. Ibu tirinya hanya melihat sahaja. Ibu tirinya tidak berani membela dirinya walaupun selama ini dilayan baik oleh keluarga ini. Dia hanya menumpang di sini selepas bapanya berkahwin dengan orang lain dan meninggalkan keluarga tersebut seperti perkara yang berlaku kepada ibu kandungnya dahulu. Ibu kandungnya pula meninggal kerana barah otak yang baru sahaja diketahui dan sudah terlambat.

"Abang! Saya tak buat. Bukan saya yang bunuh orang tu. Pembunuh sebenar masih bebas dekat luar sana. Percaya la." Beritahu Tsubasa bersungguh-sungguh sambil menangis.

"Tsubasa. Percaya atau tak. Kau kena keluar dari rumah ni. Kau dengan keluarga ni dah tak ada apa-apa. Muka kau dah masuk akhbar. Aku tak nak orang sekeliling tahu, kau ada kaitan dengan aku." Kata abang tirinya dengan baik di hadapan pintu rumah pada waktu malam.

Tsubasa menggenggam buku lima. Dia rasa geram terhadap si penjenayah yang terlepas itu. Namun, dia terpaksa akur kerana itu bukan rumahnya. Pandangannya ditundukkan.

"Baik la." Kata Tsubasa.

Bagasi yang sudah disediakan di hadapan pintu rumah itu diambil. "Terima kasih sebab benarkan saya tinggal di sini dan jaga saya selama ni."

"Tsubasa. Pasal duit. Abang akan bank in nanti. Hati-hati." Katanya. Berat hati untuk melepaskan adiknya itu.

Tsubasa senyum nipis. "Okay." Dia melangkah pergi dari situ.

Dua jam telah berlalu selepas berhijrah ke Harajuku kerana dia sudah berhubung dengan rakannya untuk tinggal di sana. Perjalanannya masih jauh untuk mencari rumah sewa rakannya itu. Suasana hujan pada malam ini telah membataskan pergerakan Tsubasa kerana untuk mengelakkan pakaian di dalam bagasinya basah.

"Hujan makin lebat la. Dah la tak ada payung." Dia berhenti di hadapan sebuah kafe yang memiliki bumbung untuk berteduh seketika.

Ting!

Bunyi loceng kafe berbunyi. Seorang remaja lelaki keluar dari kafe tersebut bersama-sama sebuah plastik makanan yang dibeli di kafe tadi. Langit mendung dilihat oleh remaja itu seketika.

"Hujan. Dah agak. Tekaan aku selalu betul." Kata remaja lelaki itu.

Tsubasa hanya mendengar tetapi tidak memahaminya kerana remaja itu bercakap dalam bahasa asing. Bukan bahasa Jepun. Dilihatnya remaja lelaki itu dari atas ke bawah. Remaja lelaki itu memakai baju sejuk berwarna hitam yang diperbuat daripada kulit. Begitu juga dengan seluarnya. Kasut kombat menjadi pelengkap pakaian tersebut. Hud di belakang kepalanya pula memiliki bulu-bulu berwarna putih. Wajahnya yang seakan-akan rakyat Jepun itu tidak membuatkan orang lain menyangka bahawa dia bukan penduduk asal Jepun.

"Pufff! Gemuknya budak ni. Dia makan apa sampai badan macam ni?" Tsubasa tahan ketawa melihat remaja lelaki yang memiliki tubuh yang gempal dua kali ganda daripada dirinya.

Remaja itu melihat ke arahnya. Tsubasa terperanjat. Dia terus melihat ke arah lain.

"Hai. Dah lama ke berdiri dekat sini?"

Tsubasa melihat ke arah remaja itu. "Baru je."

Remaja itu membuka zip baju sejuk. Dia mengeluarkan payung lipat lalu diserahkan kepada Tsubasa. "Ambil la. Saya saja je bawa walaupun saya tak guna payung ni sebenarnya."

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now