BAB 53

152 17 0
                                    

Sebuah restoran makanan barat mewah menjadi pilihan Jauhari untuk bertemu dengan tetamu penting pada malam ini. Dia tidak membawa mereka pulang ke rumahnya dengan alasan keadaan rumahnya tidak selamat untuk masa terdekat ini. Ruang makan peribadi bertaraf VVIP telah ditempah oleh Jauhari pada siang tadi.

Chihaya dan Estes duduk di atas kerusi masing-masing setibanya mereka di ruang makan itu. Di dalam ruang makan tersebut juga terdapat dua orang ahli Glory yang ditugaskan menjadi pengawal peribadi sekiranya sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku.

"Kita memang tak boleh pergi sana ke? Chihaya tak sabar nak jumpa bakal ibu mertua." Kata Chihaya dengan nada menggedik itu.

"Buat masa ni, rumah Zao tak selamat. Musuh dah tahu rumah dia. Kalau kita ke sana. Kita tak tahu bila musuh dia akan serang kawasan rumah tu." Jelas Estes kepada anaknya.

"Tak apa la. Dapat jumpa dengan Zao malam ni pun dah bagus. Tak sabar nak tengok muka kacak dia." Katanya dengan teruja.

Pintu ruang makan dibuka. Dua orang manusia masuk ke dalam ruang makan yang mewah itu. Estes dan Chihaya berdiri apabila melihat Jauhari dan Inspektor Fartini masuk ke dalam ruangan itu.

"Apa khabar, Zao?" Sapa Estes lalu menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman.

Jauhari menyambut salaman tersebut. "Khabar baik."

Salaman dilepaskan. "Tak sangka, ibu kamu nampak muda lagi." Kata Estes.

Jauhari tersengih. "Dia bukan ibu saya. Dia, kekasih saya."

Mereka tergamam. Chihaya pula sudah hilang kata-kata. Dia juga kecewa kerana Jauhari tidak menunjuk wajahnya. Jauhari memakai topeng yang menutupi sebahagian wajahnya. Hanya bahagian hidung sehingga mulut yang jelas kelihatan. Topeng hitam yang bercorak bunga sakura itu merupakan topeng rasmi Jauhari. Chihaya juga pernah melihat topeng itu sebelum ini.

"Silakan duduk." Pelawa Jauhari kepada mereka.

Masing-masing duduk di tempat mereka. Jauhari duduk di sehelah kiri Inspektor Fartini. Manakala, dia orang tetamu mereka duduk bertentangan dengan mereka berdua.

"Ibu tak dapat datang sebab sibuk. Jadi, saya bawa kekasih saya malam ni. Tak ada masalah, kan?"

Chihaya memandang geram ke arah Inspektor Fartini yang bertudung biru muda itu. Wajahnya yang ayu sangat sesuai dengan pelbagai jenis tudung dan warna. Namun, dia juga memakai topeng yang sama seperti Jauhari. Inspektor Fartini hanya senyum mesra melihat gadis di hadapannya itu.

"Jadi, kata-kata ayah kamu betul. Kamu dah ada pilihan sendiri."

"Ya."

"Dah berapa lama bercinta?"

"Lebih dua tahun." Jawab Jauhari dengan penuh penipuan terhadap soalan Estes. Wajahnya pula langsung tidak menunjukkan kata-katanya hanya tipu helah.

Inspektor Fartini sendiri terkejut mendengarnya. Manusia yang selama ini jujur kepada pihak polis sebelum ini sebenarnya mampu menipu di hadapan ketua mafia.

Estes melihat ke arah anaknya. "Tak ada harapan la kalau macam ni. Chihaya. Ayah cadangkan, cari orang lain saja. Zao dah ada pilihan sendiri." Nasihatnya kepada anak kesayangannya.

"Kenapa awak pilih dia? Apa yang dia ada?" Tanya Chihaya dengan pandangan serius.

"Apa yang dia ada? Kebebasan. Dunia awak dan dia sangat berbeza. Lagi pun, saya anggap awak macam kawan je. Saya tak kenal awak sangat. Yang pasti, saya tak akan balik ke sana lagi. Kalau awak kahwin dengan saya. Awak sanggup ke tinggal semua kemewahan di sana?"

"Untuk bersama-sama dengan awak. Saya sanggup." Kata gadis itu dengan yakin.

Jauhari ketawa kecil. "Mustahil. Awak tak akan tahan hidup dengan saya. Sebab lepas kahwin. Saya nak tinggalkan dunia kegelapan ni. Tiada yakuza. Tiada mafia. Awak nak tinggalkan keluarga awak? Saya tak rasa Tuan Estes akan setuju. Sebab ayah awak perlukan pewaris untuk Glory terus hidup." Matanya melihat ke arah Estes.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now