BAB 29

183 19 0
                                    

Faiz muncul di kawasan tempat lepak Kurokami. Dia melihat suasana di lorong itu dari bumbung bangunan. Di situ terdapat sekumpulan manusia yang sudah tercedera, sekumpulan manusia berseragam hitam, Jauhari dan Kurokami. Mereka berdua dikepung oleh sekumpulan manusia bersenjatakan pistol. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang telah cedera parah dan tidak bermaya untuk bergerak.

"Yakuza? Tak. Macam organisasi gelap yang lain. Muka deorang pun bercampur bangsa. Mafia?"

Peluru dilepaskan ke arah Jauhari. Faiz pantas terjun dari bumbung bangunan dan menepis peluru tersebut.

"Fa?" Kata Jauhari.

"Berani kau cuba cederakan dia. Aku tak akan benarkan kau hidup lama." Kata Faiz kepada musuh-musuhnya.

"Ninja? Macam mana boleh muncul dekat sini?" Fikir mereka yang sudah bersiap sedia untuk menembak Faiz.

Faiz pantas bertindak untuk menyerang dua orang musuhnya tanpa sesiapa angka. Jauhari pula menarik tangan Kurokami lalu berlari ke arah rakan-rakan Kurokami.

"Eh? Kau biar dia lawan seorang ke?" Soal Kurokami.

"Dia tak nak kita kacau dia tengah seronok." Kata Jauhari.

Seorang musuh cuba mengejar mereka berdua. Namun, gagal kerana Faiz menyerangnya lalu mengelar leher musuh menggunakan kunai. Kurokami dan rakan-rakannya terkejut melihat kejadian tersebut. Terlalu pantas untuk dilihat pergerakan ninja itu.

Faiz terus hilang sebaik sahaja dia menamatkan nyawa musuhnya. Dia kembali ke arah sekumpulan musuh tadi. Perawan sengit kini bermula. Tujuh lawan satu. Tiada masalah bagi Faiz. Semuanya akan dihantar ke neraka. Tetapi dia perlu simpan seorang untuk disoal siasat. Dia tahu, Jauhari mesti mahukan maklumat.

*

Ketua mafia itu termenung melihat suasana taman dari tingkap bilik kerjanya. Dari sini dia mampu melihat pohon sakura milik jiran sebelah. Sudah lama dia tidak meluangkan masa bersama-sama sahabatnya itu kerana terlalu sibuk dengan kerjanya. Dia juga tidak tahu perkembangan sahabatnya itu. Maklumlah, Kawazaki seorang yang suka mendiamkan masalahnya.

Kawazaki dan Estes sudah berkawan sejak kecil kerana rumah mereka bersebelahan. Dahulu, bapa mereka bergaduh tentang kawasan kerana kawasan di sini sangat tenang. Masing-masing mahu membina rumah mereka di sini. Walaupun mereka sering bergaduh. Isteri mereka tidak sedemikian. Begitu juga dengan anak-anak mereka. Dua keluarga ini sering meluangkan masa bersama-sama sejak dahulu.

Hubungan menjadi renggang apabila sekumpulan mafia dari luar negara telah membuat onar dengan Ame Sakura. Mereka juga memiliki hubungan dengan kumpulan mafia milik bapa Estes, Glory. Sejak itu kumpulan mafia Glory dan kumpulan yakuza Ame Sakura tidak bersemuka. Demi mengelak pergaduhan antara jiran sebelah. Sejak itu juga dinding pagar yang tinggi itu dibina. Tiada lagi masa diluangkan bersama-sama dibawah pohon sakura.

"Kawazaki. Apa yang kau cuba sembunyikan daripada aku? Kenapa kau diamkan saja masalah kau? Kau tahu. Aku ada untuk bantu kau." Kepalanya dihantuk pada tingkap bilik tersebut.

Buku lima digenggam. "Aku akan cuba hapuskan Meliniar kalau itu yang aku mampu buat untuk bantu kau."

Pada masa yang sama, Kawazaki sedang melihat ke arah pohon sakura di hadapan bilik yang menjadi tempat lepaknya. Di bawah pohon itu terdapat banyak bunga yang sudah gugur. Begitu juga dengan daun-daunnya.

"Zao. Kembali la. Ayah tidak tahu apa yang patut ayah beritahu ibu kalau apa-apa jadi nanti. Ayah tak sanggup kehilangan harta berharga keluarga ni. Dunia ni sangat kejam. Kita terpaksa membunuh untuk terus hidup."

Mata dipejam seketika. Kemudian, dibuka. Dia mengeluh. Langkahnya terus ke arah pohon sakura selepas menyarungkan selipar pada kakinya. Selipar itu sentiasa ada di situ untuk diguna oleh sesiapa.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now