BAB 79

129 17 0
                                    

Seekor kucing hitam sudah terlena di atas katil bersama-sama Faiz yang memeluknya. Kucing itu selalu berada di dalam bilik Faiz jika dia berada di rumah kerana Faiz selalu membawanya ke bilik tersebut untuk dipeluk. Sudah ada ekor kucing palsu, masih juga dia mahu memeluk kucing sebenar. Kucing itu pula terpaksa reda.

Kuroneko tidak ganas dengan Faiz kerana dia selalu dimanjakan oleh Faiz. Faiz juga sering bermain dengannya walaupun kadang-kala agak ganas. Tarik ekor dan peluk sampai penat kucing tu melayan dia. Demi mendapatkan udara segar dan kebebasan, Kuroneko akan keluar dari rumah untuk beberapa hari dan kembali seperti tiada masalah besar yang dia lakukan. Orang pertama yang naik angin dengan Kuroneko ialah Jauhari kerana pulang dalam keadaan kotor.

Jauhari yang mementingkan kebersihan itu sememangnya akan mandikan kucing itu dengan cara memaksa. Kucing dan air. Tidak semua kucing suka mandi. Hal ini juga buatkan Kuroneko tidak mahu bersemuka dengan Jauhari. Nampak sahaja dari jauh, terus dia menyorok. Dipanggil juga dia buat pekak. Jika Faiz, Umar atau orang lain panggil. Laju sahaja dia datang.

RING!

Jam loceng berbunyi. Tangan Faiz pantas mencapai jam digital tersebut lalu menutup jam itu supaya senyap. Matanya masih pejam. Masa lima minit diambil seperti biasa sebelum dia membuka matanya. Dia mengiring ke kanan lalu mencari kucingnya untuk dipeluk.

Tangan seseorang tersentuh dengan tangan Faiz. Dia terkejut lalu melihat ke arah seseorang di atas katilnya. "Abang Zao? Sejak bila pula dia tidur dalam bilik aku?"

Wajah Jauhari dilihat oleh Faiz lalu dia duduk di atas katil. Ada sesuatu yang mencurigakan pada Jauhari. "Telinga kucing?"

Perlahan-lahan dia menyentuh telinga kucing di atas kepala Jauhari. Rasa seperti telinga kucing betul. Tiba-tiba, telinga itu bergerak. Faiz melepaskan telinga tersebut. Dia melihat ke arah mata Jauhari yang sudah dibuka. Mata itu melihat ke arahnya.

"Macam mana abang boleh ada telinga kucing ni?"

"Meow?"

"Eh? Tak akan la." Jelas dia sangat terkejut dengan reaksi Jauhari di hadapannya ini.

Selimut diselak. Faiz ternga-nga melihat manusia yang tidak berpakaian itu. Ada ekor pula tu. Warnanya sama dengan telinga, hitam.

"Aku mimpi ke ni?" pantas dia tutup semula selimut tersebut.

Jauhari menghampiri Faiz. Dia melompat ke arah Faiz sehingga Faiz tumbang. Pipinya digesel pada dada Faiz. "Meow~"

"Habis la kalau ibu nampak ni." Faiz pula yang cemas. Matanya dipejam rapat.

Pintu bilik diketuk. "Fa. Bangun. Sekolah." Panggil suara sumbang jiran sebelah biliknya, Umar.

Faiz membuka matanya. Dadanya rasa berat seperti dihempap. Dia menyentuh bahagian dadanya. Terasa gebu seperti bulu kucing. Ternyata Kuroneko sedang tidur di atas dadanya.

Faiz menghembus nafas lega. Lengan kanan diletakkan di atas dahi. Tangan kirinya pula sedang menggosok belakang Kuroneko. "Mimpi rupanya. Nasib baik."

*

Faiz melihat ke arah Jauhari sambil sarapan. Wajah Jauhari tidak lekang daripada pandangan Faiz sejak di dalam kolam air panas pada awal pagi. Dia masih teringat mimpi tadi. Mimpi Jauhari menjadi seekor kucing.

"Kau dah kenapa tenung aku macam tu? Ada benda nak cakap ke? Tak selesa pula aku makan." Tegur Jauhari.

Faiz melihat ke arah makanannya. "Tak ada apa." Makanan disuap ke dalam mulutnya.

"Fa sihat tak ni? Muka merah je tu. Demam?" Tanya Aqila yang peka terhadap anak angkatnya itu.

"Sihat je. Ibu jangan risau." Jawab Faiz.

DETEKTIF YAKUZAWhere stories live. Discover now