"IBU, AYAH, Aisya penat. Penat sangat-sangat. Aisya dah tak kuat nak hadap semua ni..Aisya lemah..."
Adu Aisya Qhaisarah Rose yang duduk bersimpuh di samping pusara ibu dan ayahnya.
Batu nisan yang tertulis nama ibunya diusap lembut sambil mengalirkan air mata kerinduan.
"Kenapa ibu dan ayah pergi? Semua orang bencikan Aisya. Pak long dan mak long pun dah buang Aisya. Suami Aisya sendiri dah ceraikan Aisya. Aisya penat ibu, ayah. Aisya nak ikut ibu dan ayah. Aisya nak jumpa ibu dan ayah." Pusara ibunya dipeluk erat seakan-akan dia sedang memeluk tubuh ibunya.
Hujan yang sudah mula membasahi alam langsung tidak dia hiraukan. Pakaiannya basah. Wajahnya juga basah bercampur air hujan dan air mata.
"Ibu, ayah, Aisya dah nak jadi seorang ibu. Kalau ibu dan ayah ada mesti ibu ayah gembira. Ibu dan ayah bakal jadi atuk dan nenek tak lama lagi. Tapi Aisya sedih, nanti Aisya kena besarkan baby ni sorang-sorang. Aisya takut. Aisya tak ada siapa-siapa untuk temankan Aisya bila bersalin nanti. Aisya takut ibu, ayah..." Adu gadis itu sedih. Suaranya bergetar-getar. Dengan menggunakan lengan baju kurungnya, wajah yang basah dikesat. Kemudian, tangannya menurun mengusap perutnya yang sedikit membukit itu.
"Hari dah nak gelap ni. Aisya balik dulu ya ibu, ayah? Nanti Aisya datang lagi. Nanti lain kali Aisya teman ibu dan ayah sampai bila-bila. Ibu dan ayah tunggu Aisya tau? Nanti Aisya datang. Aisya nak berehat dengan ibu dan ayah." Tuturnya dengan penuh sebak.
Batu nisan ibu dan ayahnya diusap dan dikucup penuh rasa rindu. Sebuah beg lusuh yang dibawanya dicapai dan disangkutkan di bahu. Dengan hati yang berat, dia bangun berdiri.
"Aisya pergi dulu. Assalamualaikum." Pamitnya perlahan sebelum memusingkan tubuh ke belakang. Langkah diatur dengan perlahan dan penuh berhati-hati sambil tangan kanannya menampung bahagian bawah perutnya.
Hujan yang semakin lebat sedikit turut menyukarkan pandangannya kerana dia tidak membawa payung bersama.
Bibir bawahnya digigit kuat saat terasa kepalanya seakan-akan dicucuk dengan sesuatu yang tajam. Pandangannya juga mulai kabur. Dia berhenti seketika dan menggeleng perlahan kepalanya bagi mengusir rasa sakit yang bertandang.
Ingin segera pulang ke rumah, dia kembali melangkah bersama lafaz bismillah di bibirnya yang pucat itu.
"Tahan ya anak ibu? Kejap lagi kita sampai rumah." Perutnya diusap.
Sampai di simpang jalan, dia cuba melintas. Berbekalkan selawat dan ungkapan bismillah, kaki kanannya melangkah dahulu untuk melintasi jalan raya itu.
Meskipun pandangannya kabur, namun dia pasti kanan dan kirinya sudah tiada kenderaan yang lalu lalang di situ.
Akan tetapi, satu cahaya terang yang datang dari sebuah kereta yang sedang bergerak laju membuatkan langkahnya terhenti. Matanya membulat besar. Tidak sempat dia mahu berbuat apa-apa, kereta itu bergerak laju menghentam tubuhnya.
BAM!!!
Dengan satu bunyi dentuman yang sangat kuat dan dahsyat, tubuh Aisya melayang tinggi ke udara sebelum terjatuh dengan daya yang sangat kuat di atas jalan tar itu.
"Al-Alll-Allahhh..."
Nama Yang Maha Esa menjadi perkataan terakhir sebelum dia memejamkan mata.
Darah yang pekat mengalir keluar dengan jumlah yang banyak dari sisi kepalanya. Mulutnya juga tidak-tidak henti mengeluarkan cecair pekat itu. Dan celah pehanya turut mengalirkan darah yang banyak sehingga jalan itu bertukar menjadi lautan darah. Seluruh tubuhnya kini dibanjiri dengan cecair merah itu.
Manakala kereta yang melanggarnya itu, berlalu pergi dengan laju meninggalkan Aisya yang terkujur kaku di situ seorang diri.
🥀🥀🥀
Aisya Qhaisarah Rose
&
Riyyadh Syahfiq ZayyhdithMrs.Riyyadh Zayyhdith :
His secret wife🥀🥀🥀
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...