RIYYADH berjalan tanpa arah tuju di dalam sebuah taman bunga yang besar dan diwarnai dengan berbagai jenis bunga yang beralun lembut mengikut arah angin.
Menari bebas tanpa halangan.
Riyyadh mula dihujani dengan keresahan yang kunjung tiba. Debaran di dadanya usah dikata lagi. Sangat kencang seolah dibadai ribut taufan.
Bebola matanya meliar memandang ke sekeliling bagi mencari jalan untuk dia keluar dari tempat ini.
Langkahnya maju ke hadapan dengan tergesa-gesa. Bunga-bunga yang sesekali beralun mengena pada wajahnya ditepis kasar dan kuat.
Dia buntu.
Semakin dia lurus ke hadapan, semakin dia hilang arah. Seolah-olah taman itu tiada penghujung.
"ARGHHHH! AKU NAK BALIK!" Laung Riyyadh dengan sangat kuat sehinggakan dia sendiri boleh mendengar kembali lantunan suaranya.
Kusut!
Deru nafasnya bertukar laju seiring dengan dadanya yang semakin dihimpit ketakutan.
Bahkan, Riyyadh sendiri tidak dapat meneka di keberadaan tempat ini yang sebenarnya.
Tiga butang teratas kemeja putih yang disarung pada tubuh tegapnya dibuka. Malah, kemeja itu juga melekap erat pada badannya kerana peluh yang tidak henti-henti mengalir keluar membasahi tubuhnya.
Keinginannya yang kuat untuk mencari jalan keluar melajukan lagi langkah Riyyadh tanpa dia sedar bahawa dia masih berada di kawasan yang sama.
Akhirnya, Riyyadh tewas juga bersama deraian air mata yang mula mengalir menuruni wajah tampannya.
Kakinya yang mula terasa lemah dan longlai, mendorong tubuhnya mendarat di atas rumput yang menghijau itu.
"Aku nak balik...aku nak balik..."
Riyyadh merintih dengan suara yang sebak. Tangannya menumbuk-numbuk pada tanah dan rumput yang menghijau itu.
Dijambak kasar rumput itu di dalam genggaman besarnya.
"Hantar aku balik..." Wajah menunduk ke bumi. Tangisan Riyyadh diiringi dengan sekuntum bunga ros yang gugur kelopaknya lalu mendarat tepat di hadapan wajah Riyyadh.
Perhatiannya teralih pada kelopak merah yang masih harum baunya itu.
Lalu, kelopak itu dibawa ke dalam genggaman tangannya dan dibawa ke hidung lalu dihidu lama bersama mata yang terpejam rapat.
Haruman yang melekakan dia buat seketika. Melupakan tentang keresahannya.
Bau yang terbit dari kelopak bunga ros itu seakan-akan sudah terbiasa pada deria baunya. Bau yang sangat dikenalinya.
Semakin lama, semakin kuat tusukan dari bau tersebut menembusi rongga hidungnya.
Riyyadh kenal akan bau ini. Bau yang sentiasa tersemat dalam minda dan jiwanya sehingga bila-bila.
Haruman yang menjadi rinduannya di setiap terbenamnya matahari dan munculnya sang bulan.
"Aisya..." Secara tidak langsung, bibirnya menyebut nama sang empunya haruman tersebut.
Dan di luar kewarasannya, bibirnya menarik senyuman yang penuh dengan ketenangan.
Sedang dia khayal menghirup haruman itu, satu suara halus dan lembut menyentakkan Riyyadh.
Terus kelopak matanya dibuka luas bersama mata yang tercari-cari akan keberadaan suara tersebut.
Dia tidak keseorangan!
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...