🥀BAB - 53

35.2K 938 99
                                    

KEK coklat yang tersimpan di dalam peti sejuk dipandang penuh selera oleh Aisya.

Tiba-tiba tekaknya terasa ingin menjamah kek tersebut. Kecur liurnya melihat kek yang sudah bertahun-tahun tidak Aisya rasa. Kali terakhir dia makan makanan seperti itu adalah sewaktu arwah ibu dan arwah ayahnya meraikan hari jadinya yang merupakan hari jadi terakhir mereka sambut bersama.

Aisya mengeluh perlahan. Setahunya kek itu sudah tersimpan selama tiga hari di dalam peti sejuk tersebut.

Bibir dikemam rapat oleh Aisya. Tangan yang dihulurkan untuk mencapai kek itu ditarik semula oleh Aisya. Hatinya teragak-agak.

Tidak mengapakah jika dia merasa sedikit kek itu? Dia bimbang jika dia dipukul hanya kerana kek tersebut. Tetapi, selama tiga hari yang lepas, kek itu langsung tidak disentuh oleh sesiapapun. Jadi, Aisya menganggap mungkin tiada siapa yang mahu makan kek itu dan jika dibiarkan lama kelamaan ianya akan rosak.

Bersama bacaan Bismillah, kek itu dibawa keluar dari peti sejuk dan diletakkan di atas island table. Pinggan diambil dari rak lalu dengan senyuman yang gembira, kek itu dipotong kepada satu bahagian yang kecil.

Cukup untuk menghilangkan rasa teringinnya sahaja pun sudah mengembirakan hati kecil gadis yatim piatu itu.

"Bismillah." Suapan kecil yang pertama melebarkan lagi senyuman Aisya. Matanya terpejam rapat menikmati rasa kek yang sedap itu. Bertahun lamanya dia tidak menjamah makanan yang sedap seperti itu. Kerana selama ini, makanan hariannya hanyalah biskut dan roti semata-mata. Dan selain itu, sisa makanan yang tidak terhabis juga menjadi turut menjadi santapan perutnya.

"Subhanallah." Sedapnya tidak terkata. Sepasang mata bundarnya bersinar teruja. Sungguh, nikmat ini sangat disyukuri oleh Aisya.

Lalu, suapan demi suapan diteruskan olehnya sehingga habis licin.

"Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Dah lama Aisya tak makan macam ni." Sebak gadis itu berbicara sendirian. Mulutnya yang sedikit comot itu dikesat lembut dengan tapak tangan.

Tidak ingin berlama di situ, Aisya segera berdiri sambil membawa pinggannya ke sinki dan dicuci bersih sebelum diletakkan pada raknya semula.

Kemudian, baki kek coklat yang masih banyak itu disimpan semula ke dalam peti sejuk.

Namun, di sebalik kegembiraannya, terselit juga perasaan hairan kerana sebelum ini rasa keinginannya untuk menjamah sesuatu sangat berbeza seperti hari ini.

Hari ini, secara tiba-tiba sahaja tekaknya terliur melihat kek coklat tadi. Walhal sebelum ini dia tidak pernah berasa seperti itu.

Malah, rasa mualnya juga seakan beransur hilang di saat kek coklat yang diidami sudah tertunai olehnya.

Dan, sejak akhir-akhir ini, dia kerap berasa mual dan pening. Tubuhnya juga seolah-olah tidak selesa dan dia kerap berulang alik ke tandas kerana mualnya semakin melarat. Sudah tidak terkira berapa kali dia memuntahkan angin dan air liur sahaja.

Tetapi, Aisya menganggap mungkin perutnya sudah dimasuk angin kerana jadual makannya yang sering berubah.

Di dalam sehari, hanya sekali sahaja Aisya mengisi perut itupun di waktu tengahari. Dan selebihnya jika dia lapar, hanya biskut dan roti kosong sahaja yang dijamah.

Di sebalik rasa hairannya, tanpa Aisya sedari, tubuhnya kini berkongi dengan satu nyawa lain yang sedang membesar di dalam rahimnya.








🥀🥀🥀



"CIK TIARA, TADI ADA ORANG HANTARKAN BUNGKUSAN NI DEKAT CIK."

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now