🥀BAB - 46

36.7K 965 145
                                    

"ERGHHH, SSSSSSTTTT..."

"Tuan?"

Suara halus seseorang yang menyapa pendengaran, membuatkan Riyyadh menoleh ke arah suara tersebut.

Keningnya bertaut melihat Aisya yang sedang berdiri di sisi katilnya.

Pelipisnya dipicit perlahan sebelum dia bangun dari baringannya lalu duduk bersandar pada kepala katil.

Kepalanya masih terasa sakit.

"Kau buat apa dekat dalam bilik aku ni?" Tanyanya perlahan. Tubuhnya juga masih terasa lemah.

"Aisya duduk sini jaga tuan." Balas Aisya perlahan.

"Jaga? Mana Tiara? Kenapa bukan dia yang jaga aku?" Soal Riyyadh hairan. Matanya diliarkan ke sekeliling bilik untuk mencari kelibat kekasih hatinya itu. Namun tiada.

Lalu, pandangannya dibuang ke arah Aisya yang setia berdiri di sisi katil sambil memandang ke bawah.

"Aku tanya mana Tiara?" Soal Riyyadh sekali lagi dan kali ini nadanya sedikit tegas dan dalam.

"Cik Tiara dah balik tadi. Dia ada urusan."

Dahi Riyyadh berkerut. "Urusan? Dia ada urusan apa? Kenapa tak boleh tunggu sampai aku sedar?"

Aisya hanya diam tanpa sebarang jawapan. Kerana yang sebenarnya, Tiara sudah pulang semalam setelah Riyyadh jatuh pengsan secara tiba-tiba. Dan hanya Aisya sahaja yang setia menemani Riyyadh sepanjang malam. Malah, gadis itu juga langsung tidak berehat. Setiap satu jam dia akan membasahkan dahi dan tubuh Riyyadh yang berpeluh serta membersihkan tubuh lelaki itu di saat Riyyadh masih tidak sedarkan diri. Sekelumit lelah tidak sekali pun dia lafazkan.

Setianya Aisya kepada lelaki yang bergelar suami. Biarpun tubuh dan perasaannya hancur oleh kerana suaminya sendiri, tetapi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri tidak pernah diabaikan.

Hanya Riyyadh sahaja yang masih buta menilai. Permata di depan matanya diabaikan malah kaca yang dikejarnya.

Keluhan panjang Riyyadh mematikan lamunan Aisya.

Lelaki itu masih mengurut dahinya dan memandang ke arah sebuah besen kecil yang terletak elok di atas meja solek.

"Dah kenapa sampai ada besen atas meja aku?"

Wajah ayu Aisya ditatap dingin. Hatinya sakit mengenangkan bahawa Aisya yang akan menyapa pandangannya pada pagi ini. Kerana seharusnya, Tiara yang berada di sisinya ketika ini.

Tetapi Riyyadh cuba bersangka baik. Mungkin benar kekasihnya itu mempunyai urusan pada hari ini. Kerana jadual Tiara sebagai seorang model juga sangat padat dan terhad.

Kini, soalan Riyyadh dijawab oleh Aisya. "Besen tu ada air bersih untuk lap tuan. Sebab malam tadi tuan berpeluh banyak tak berhenti."

"Peluh? Tak berhenti? Kau merepek apa ni, Aisya?" Riyyadh yang masih belum dapat mengingati kejadian semalam dengan sepenuhnya mula menjadi berang.

"Malam tadi tuan meracau dan pengsan tiba-tiba. Dan tuan asyik sebut panas." Jawab Aisya dengan takut.

Gementar dia rasakan saat ini untuk berhadapan dengan Riyyadh.

Rahang diketap rapat. Nafas ditarik dalam oleh Riyyadh. Kejadian malam tadi cuba dilayarkan kembali di dalam kotak fikirannya.

"Ehmm baby, I love you..."

"I love you too dear."

"I love your fucking body. Hmmm so good, dear."

"Ehmm babyyy...."

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now