TITISAN air hujan yang semakin lebat membasahi bumi mengalir seiringan dengan deraian air mata Aisya.
Kedukaan Aisya seakan turut ditangisi oleh bumi.
Kaki lima sebuah masjid menjadi tempat teduhan buat gadis itu.
Ingin sekali dia masuk berteduh di dalam ruang masjid tersebut namun sesungguhnya Aisya malu dan berasa tidak layak untuk mencemari rumah Allah yang mulia itu dengan tubuhnya yang 'kotor'.
Hujan yang semakin lebat itu mula merendahkan suhu menjadi dingin dan sejuk. Kedinginan itu terasa menggigit sehingga ke tulang belulangnya. Malah, barisan gigi Aisya berlaga sesama sendiri bersama bibir yang bergetar.
Sejuk.
Punggung diengsot rapat ke arah sudut dinding yang agak terselindung dari pandangan orang ramai.
Berkali-kali tangannya naik mengesat lelehan air matanya yang bertali arus.
Mengalir dan terus mengalir sehinggakan Aisya penat dan tersungkur lemah.
Nasibnya diratapi. Jalan hidupnya disesali. Kerana, semua ini bukan lagi ujian. Sebaliknya adalah sebuah penderitaan.
Penderitaan yang sememangnya tidak akan pernah lekang dari jiwanya. Andai sudah ditakdirkan masanya untuk kembali ke pangkuan Sang Pencipta, sesungguhnya demi Allah, gadis itu bersedia. Kerana sudah tiada ruang lagi untuk Aisya menumpang di dunia ini.
"Ibu takut sayang...ibu takut..." Air mata Aisya tumpah ke tangannya yang sedari tadi setia mengelus perutnya.
Di manakah lagi tempat yang selamat untuk dirinya serta nyawa yang sedang dikandung olehnya ini?
Ke mana lagi harus Aisya tuju?
Adakah dia mampu untuk bertahan lagi demi satu nyawa yang sedang berkongsi tubuh dengannya ini?
Mampukah anak ini dilahirkan dengan selamat dan di dalam keselesaan seperti bayi-bayi yang lain?
Mampukah Aisya sedangkan dia tidak punya apa-apa.
Tiada wang.
Tiada tempat untuk berteduh.
Bahkan Aisya tiada sesiapa pun untuk dia menumpang kasih sayang.
Dirinya sebatang kara.
"Ibu penat sayang...ibu dah tak kuat...ibu dah tak mampu nak lindungi sayang...ibu dah tak kuat...maafkan ibu..."
Lunturnya benteng kekuatan Aisya di ketika ini. Tewas dan tenggelam di dalam tangisannya.
Tangisan yang mengisahkan seribu satu kedukaan.
Tangisan yang melakarkan penderitaan.
Tangisan...Aisya Qhaisarah Rose.
Air mata demi air mata yang tumpah itu akhirnya membuai Aisya ke dalam alam mimpi.
Masa berlalu detik demi detik. Menemani Aisya. Tidurnya nyenyak dan begitu lena. Bayu Subuh yang bertiup lembut sama sekali tidak mengganggu tidur gadis itu.
Dengkuran halus meniti perlahan dari bibir yang kecil dan munggil itu. Tidurnya hanya beralaskan kepingan mozek yang sejuk. Tetapi, tidur gadis itu sungguh tenang.
Tenang sehingga laungan Azan Subuh mula berkumandang. Tepukan lembut yang terasa pada bahu Aisya, akhirnya membawa gadis itu pulang dari alam mimpinya.
"Dik, bangun dik."
Kelopak matanya bergerak-gerak perlahan apabila suara lembut milik seorang wanita menampar gegendang telinganya.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...