🥀BAB - 12

34.2K 890 132
                                    

RIYYADH yang berpakaian serba hitam itu melangkah tenang ke dalam kelab malam mewah yang selalu dikunjungi olehnya.

Rata-rata mata yang memandang ke arahnya langsung tidak dipedulikan. Bunyi-bunyi muzik yang kuat menghiasi di dalam kelab malam itu juga langsung tidak memberi kesan kepada pendengarannya.

Dapat dilihat ramai manusia yang sedang hanyut dibawa arus dosa dengan melakukan perkara-perkara yang sangat ditegah di dalam agama.

Arak, ganja dan wanita.

Semua itu seakan-akan sudah sebati di dalam jiwa manusia-manusia yang mengunjungi kelab malam tersebut.

Ada yang sedang asyik menari dengan aksi yang ghairah di antara lelaki dan perempuan. Ada yang sedang asyik bercumbu seolah-olah mereka tiada pengetahuan agama. Ada yang asyik meneguk air kencing syaitan yang menjadi sebati di dalam darah daging mereka.

Bukan itu sahaja, malah terdapat ramai juga anak-anak muda yang mengunjungi sarang maksiat itu. Jiwa yang sepatutnya dididik menjadi insan yang berguna di masa hadapan, kini rosak sepenuhnya. Hancur dan musnah harapan bangsa apabila melihat akhlak yang sudah tidak dapat dibaiki lagi. Hanya diri mereka sendiri sahaja yang mampu mengubah diri mereka semula jika mereka sendiri berkehendak.

Dan di situ jugalah tempat Riyyadh melepaskan segala rasa amarahnya dengan melanggan pelacur-pelacur yang bekerja di situ. Jika dia dibelenggu masalah atau tertekan dengan apa yang dihadapinya, di sinilah dia akan menghabiskan masa. Yang pasti, tanpa pengetahuan Tiara dan terutamanya tanpa pengetahuan keluarganya sendiri. Hanya sahabat-sahabat karibnya sahaja yang mengetahui akan aktivitinya yang satu itu.

Hanya pelacur kelas atasan sahaja yang akan dilanggan olehnya. Dan dia juga merupakan pelanggan VVIP di kelab malam tersebut.

Teruk?

Jahat?

Atau ada lagi kata-kata yang sepadan buat dirinya?

Heh.

Itulah dirinya yang sebenar.

Sedang dia berjalan, matanya tertancap pada sepasang pasangan yang sedang asyik bercumbu dengan ghairah di sudut yang sedikit jauh dari orang lain.

Kaki panjangnya melangkah tenang ke arah pasangan tersebut, lalu punggung dilabuhkan bersebelahan pasangan itu.

Suara erangan dan desahan mereka langsung tidak dipedulikan olehnya.

Kaki disilangkan dengan gaya bossy lalu tubuh disandar penuh pada kerusi itu.

Gelas di atas meja yang terisi dengan air kencing syaitan itu dicapai lalu diteguk sehingga habis olehnya.

Tangan bermain-main dengan gelas tersebut menunggu sehingga pasangan itu selesai dengan 'urusan' mereka.

"Ahhhh ermmmm..." Wanita yang berpakaian seksi yang berada di atas pangkuan lelaki itu mendesah manja saat bibir lelaki itu meliar pada lurah lehernya yang jinjang itu. Rambut lelaki itu juga diramas sensual olehnya.

"Shhh bitch. Shut your mouth." Arah lelaki itu dengan nada yang berat. Tangannya juga semakin meliar ke dalam lingerie seksi wanita itu membuatkan wanita itu semakin hilang arah.

Riyyadh yang mendengar hanya berdecit sinis.

"Masuk biliklah." Tegurnya dengan santai. Namun sepasang iris coklatnya masih dihalakan ke hadapan. Melihat manusia-manusia yang sedang menari mengikut rentak muzik yang dimainkan.

"Hmm." Lelaki itu hanya bergumam perlahan lalu mencumbu rakus bibir wanita itu tanpa mempedulikan Riyyadh di sisi.

Melihat itu, Riyyadh menggeleng perlahan. Sebenarnya tujuan dia berkunjung ke situ kerana dia sudah menempah seorang pelacur untuk dilanggan pada malam itu. Dan apa yang diketahuinya, pelacur itu masih muda dan masih dara. Pasti dapat memberi kepuasan yang tidak terhingga kepada dirinya.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now