SEMUA pekerja yang berada di situ membongkokkan tubuh sebagai tanda menunduk hormat kepada seorang jejaka yang sedang berjalan melintasi mereka dengan penuh angkuh.
Tiada langsung pun sebaris senyuman pada wajahnya. Matanya yang tajam bak sang helang menambahkan lagi aura dingin pada dirinya dan termasuk sekelilingnya.
Pekerja yang berada di situ masing-masing terkejut dengan kehadiran majikan mereka yang secara tiba-tiba itu. Ini kerana, tidak pernah sekalipun jejaka itu menjejakkan kaki di setiap jabatan di dalam syarikatnya. Untuk beramah mesra bersama pekerja-pekerjanya ternyata jauh sama sekali. Hanya orang bawahannya sahaja yang diarahkan untuk memantau setiap aktiviti pekerja-pekerja di situ.
Suit coklat yang tersarung pada tubuh tegapnya dikemaskan sambil dia berjalan ke arah sebuah meja yang menjadi tempat seorang lelaki dalam lingkungan 30-an.
Lelaki bernama Aizat itu menunduk hormat ke arah Riyyadh bersama wajah yang pucat dan takut. Pertama kali berhadapan dengan majikannya itu.
Riyyadh berhenti tepat di hadapan meja Aizat sambil sepasang iris coklatnya merenung kosong ke arah lelaki itu.
"Kau Aizat kan?" Tanyanya mendatar.
"Ya tuan. Saya Aizat." Jawab lelaki itu sambil membalas pandangan kosong Riyyadh. Namun hanya beberapa saat sahaja, dia kembali menundukkan pandangannya. Terlalu gerun untuk menatap ke dalam sepasang mata helang itu.
Tangannya diangkat tinggi lalu isyarat diberi kepada orang bawahannya untuk membawa sesuatu. Akan tetapi, sepasang iris coklatnya tidak lepas merenung ke wajah Aizat.
Seorang lelaki yang setia berada di belakangnya bergegas ke arah Riyyadh lalu menghulurkan sebuah fail nipis kepada jejaka itu.
Huluran itu disambut dan fail itu dibaling kasar ke atas meja Aizat sehingga menghasilkan bunyi yang kuat.
Dengan gaya angkuh dan tangan yang berada di dalam kocek seluar, kening diangkat sebelah ke arah Aizat yang terkulat-kulat di situ.
"Baca." Arahannya hanya sepatah dan ringkas namun nadanya menyalurkan rasa gerun yang mendalam.
Dengan terketar-ketar, fail itu dicapai dan helaian yang terkandung di dalam fail nipis itu dibaca.
Manakala Riyyadh hanya tenang menunggu sehingga lelaki itu selesai.
Seketika, Aizat membuntang luas kedua belah matanya. Riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia sangat terkejut ketika ini.
"Tt-ttuann..." Wajah tenang Riyyadh ditatap dengan rasa yang gusar.
Hujung bibir Riyyadh terjungkit sedikit ke atas. Lidahnya ditolak ke arah isi pipi kanannya.
"So, dah tahu apa salah kau?" Soal Riyyadh tenang.
"Ss-saya---"
"Dalam masa 48 jam, aku nak kau ganti semula semua kerugian duit syarikat dan pastikan aku tak nampak muka kau lagi!" Pintas Riyyadh dengan tegas dan dingin.
"Tuan tolong jangan pecat saya..saya ada anak dan isteri dekat rumah..saya perlukan kerja ni tuan.." Aizat cuba merayu.
Tch.
Jejaka itu berdecit sinis.
"Itu masalah kau. Bukan masalah aku. Yang aku tahu 500,000 ribu tu dah ada depan mata aku dalam masa 24 jam. Kalau tidak, anak dan isteri kau jadi galang gantinya. Got it Mr.Aizat?" Ayat terakhir itu dibisik perlahan sambil bahu pekerjanya itu ditepuk dengan hujung tangan. Dia tersenyum sinis sebelum berlalu pergi dengan tanpa perasaan.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...