🥀BAB - 58

37.4K 974 89
                                    

RIYYADH yang sedang nyenyak dibuai mimpi dipandang sayu oleh Aisya.

Kesan air mata pada pipinya dikesat lembut. Sedu tangisnya yang masih tersisa juga ditahan agar tidak terlepas kerana bimbang mengganggu tidur Riyyadh yang lena itu setelah berjama lamanya Aisya terpaksa 'melayan' nafsu suaminya itu.

Di dalam keadaannya yang sedang berbadan dua itu langsung tidak dipedulikan Riyyadh asalkan amarah lelaki itu reda. Manakala Aisya pula hanya mampu merelakan sahaja. Jika dia melawan, Riyyadh pasti akan berkasar dan mungkin hal itu akan menjejaskan kandungannya.

Mujur sebentar tadi Riyyadh tidak berkasar ke atasnya seperti selalu. Kerana Aisya sudah berjanji akan melayan lelaki itu seharian jika Riyyadh tidak bertindak untuk menggugurkan kandungannya.

Tetapi semua itu harus bersyarat. Aisya dilarang untuk meronta, merayu ataupun meminta Riyyadh untuk berhenti. Jika gadis itu mengabaikan syarat yang ditetapkan oleh Riyyadh, lelaki itu mengugut untuk membunuh kandungan Aisya. Mahu tidak mahu, Aisya terpaksa turuti juga demi melindungi kandungannya.

Sudah takdir hidupnya ditentukan begini. Aisya tiada daya untuk memberontak.

Perutnya yang terasa sedikit tidak selesa itu dielus lembut dan perlahan. Air matanya kembali bergenang melihat 'tanda' berwarna ungu kebiruan yang ditinggalkan oleh Riyyadh pada perut dan seluruh bahagian tubuhnya.

"Anak ibu bertahan ya? Ibu mintak maaf." Sebak Aisya bertutur. Perlahan sahaja suaranya dilontarkan.

Duvet diselak lalu pakaiannya yang bertaburan di atas lantai, dikutip dan disarungkan ke tubuh. Setelah itu, getah ikat rambut yang berada di atas meja solek diambil lalu rambut panjangnya disanggul tinggi. Mendedahkan leher jinjangnya yang cantik dan menawan itu. Tetapi, kini leher itu dihiasi dengan kesan gigitan dan cumbuan yang menyakitkan.

Dengan berhati-hati, Aisya menuju ke arah Riyyadh. Perlahan, duvet ditarik sehingga ke paras bahu Riyyadh. Rambut tebal suaminya itu juga dielus lembut dan penuh kasih. Seteruk manapun layanan Riyyadh terhadap dirinya, tetapi lelaki itu jugalah yang menyelamatkan dirinya dari dijadikan pelacur di kelab malam. Dan walau sekasar mana pun layanan Riyyadh terhadap dirinya, tetapi syurga Aisya tetap terletak pada lelaki itu.

Lelaki yang bergelar suaminya yang sah.

Senyuman yang lemah diukirkan oleh Aisya sebelum dia bergerak dan mula mengemas keadaan bilik yang berselerakan itu.

Sesekali bibirnya meringis perlahan tatkala bahagian bawahnya terasa ngilu dan pedih.

Pakaian Riyyadh yang bertaburan di lantai bilik, turut dikutip dan dimasukkan ke dalam bakul pakaian kotor. Kemudiannya, perhiasan serta barang-barang yang menjadi amukan Riyyadh sebentar tadi juga turut dibersihkan. Setiap gerak gerinya dilakukan dengan senyap dan penuh berhati-hati agar tidak mengejutkan Riyyadh dari lenanya.

Hampir 20 minit dia mengemas, akhirnya bilik itu kembali bersih dan kemas seperti sediakala. Anak rambut yang menutupi dahi, disebak ke belakang.

Kepala ditoleh ke belakang bagi memastikan yang Riyyadh masih lagi tidak terjaga dari tidurnya.

Setelah itu, pintu bilik dituju dan Aisya mula melangkah keluar dari kamar tersebut untuk berlalu ke stor yang dihuni olehnya bagi membersihkan tubuh.

Sebaik sahaja pintu kamar Riyyadh ditutup, tepat pada masanya lelaki itu mencelikkan mata.

Melihatkan keadaan bilik yang kembali tersusun itu membuatkan Riyyadh melontarkan keluhan yang berat.

Dia bangkit dari baringannya lalu bersandar pada kepala katil. Yang sebenarnya, dia sudah lama terjaga sebelum Aisya. Pada mulanya dia yang mahu mengelus perut kempis Aisya, segera berpura-pura tidur apabila gadis itu mula bergerak-gerak dan tersedar dari lenanya.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now