🥀BAB - 26

36.5K 711 146
                                    

AISYA yang sedang lena dibuai mimpi itu direnung dalam oleh Riyyadh bersama pandangan yang kosong. Wajah yang polos ibarat seperti bayi itu ditatap tidak berkelip. Pipi mulus gadis itu diusap perlahan.

Sedikit sebanyak, hatinya mula terdetik memikirkan perkara yang mereka bahaskan sebentar tadi.

"Lama tak nampak, bro? Busy dengan Tiara ke?" Tegur Danish saat Riyyadh yang kelihatan kusut mula mengambil tempat di situ. Di sebuah restoran yang meyajikan makanan barat.

Ketika ini, Riyyadh yang paling akhir tiba di situ kerana sehari suntuk dia meluangkan masa bersama sang kekasih hatinya, Tiara.

Adam yang melihat wajah kusut Riyyadh hanya menyimpulkan senyuman yang sinis.

Bagaimana lelaki itu tidak kelihatan kusut sekiranya pada siang hari dia bersama Tiara manakala pada malam hari pula dia bersama Aisya.

Namun, semua itu adalah pilihan Riyyadh sendiri. Sudah ditegur, tetapi ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Riyyadh masih Riyyadh. Lelaki yang penuh ego dan keras kepala.

Di sisi Adam, terdapat Danish serta seorang lagi sahabat karib mereka iaitu Darren Neo Andrew.

Jejaka berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu baru sahaja tiba di tanah air setelah hampir dua minggu menguruskan perniagannya di New York.

Oleh itu, mereka semua bersepakat untuk bertemu setelah hampir sekian lama tidak meluangkan masa seperti dahulu kerana masing-masing sibuk dengan pelbagai urusan.

Wajah satu per satu sahabat-sahabatnya hanya dikerling malas sebelum tali leher yang menjerut leher dirungkaikan oleh Riyyadh.

Tubuh disandar dengan selesa pada kerusi yang didudukinya ketika ini.

"Busy dengan awek sampai lupa member sendiri." Bidas Danish lagi.

"Dia dah ada perempuan baru dekat rumah." Kenyataan yang terbit dari mulut Adam membuatkan Danish dan Darren segera menoleh memandang jejaka itu dengan wajah yang masing-masing jelas terkejut.

Adakah mereka tersalah dengar?

Riyyadh mempunyai perempuan lain selain dari Tiara?

Wow!

Interesting!

"Seriously, Iyad?!" Tanya Danish dan Darren secara serentak.

Terkejut kerana setahu mereka, Riyyadh tidak akan pernah membawa perempuan lain pulang ke rumahnya kecuali Tiara sahaja.

Wajah terkejut dua sahabatnya itu, ditatap malas oleh Riyyadh. Sudah menganggak Adam pasti akan membuka mulut mengenai Aisya.

Dengan rasa malas dan tiada rasa mahu melayan, Riyyadh hanya mengangguk ringkas sebagai jawapan buat dua jejaka itu.

"Wait, jangan cakap yang perempuan kat rumah kau tu-"

Danish yang tidak sempat menghabiskan kata-katanya, dipintas laju oleh Riyyadh.

"Yes, budak perempuan yang sepatutnya aku langgan masa dekat kelab dulu." Tenang Riyyadh bertutur seraya mencicip jus orennya.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now