🥀BAB - 24

35.4K 796 65
                                    

PAGI itu, Riyyadh seperti biasa bangun awal pagi untuk ke pejabatnya. Dia yang hanya bertuala separas pinggang bersama rambut yang masih basah segera turun ke bawah bagi mencari kelibat Aisya.

Saat dia memasuki ruangan memasak itu, hidungnya jelas menangkap aroma bau masakan yang jelas mencucuk rongga hidungnya.

Hmm, sedap.

Pujinya di dalam hati.

Serta susuk tubuh Aisya yang sedang membelakanginya direnung tajam dengan sepasang matanya. Aisya yang hanya memakai kain batik dan sehelai t-shirt lusuh berlengan panjang yang bersaiz oversize didekati dalam diam. Senyuman sinis terukir pada bibir Riyyadh saat gadis itu memakai tudung sarung berwarna hitam menutupi kepalanya.

Untuk apa Aisya menutup keseluruhan tubuhnya jika setiap inci tubuh genit itu sudah 'diratah' olehnya?

Getus Riyyadh di dalam hati.

Namun, semakin Aisya menutup auratnya, semakin Riyyadh suka. Kerana untuk menyetubuhi Aisya, dianggap satu cabaran. Aisya satu-satunya gadis yang menangis dan melawan saat disetubuhi oleh Riyyadh. Berbeza dengan pelacur-pelacur yang pernah dilanggan olehnya dan Tiara yang dengan relanya menyerahkan sendiri tubuh mereka kepada Riyyadh.

Aisya yang masih leka menggaul sambal di dalam kuali, langsung tidak sedar akan kehadiran Riyyadh yang berada tepat di belakangnya.

"Morning, flower." Bisik Riyyadh tepat pada telinga Aisya yang bertutup dengan tudung.

Terlepas senduk di tangan Aisya saat pinggangnya dipeluk erat oleh Riyyadh dari arah belakang. Jelas pada rongga hidung Aisya akan haruman tubuh yang datang dari badan lelaki itu.

Wajah tampan Riyyadh menyeringai jahat. Diusap perlahan sisi pinggang yang ramping itu.

"Kenapa pakai tudung? Hmm?" Suara Riyyadh yang dalam dan garau itu semakin menggerunkan Aisya. Mata dipejam rapat saat cuping telinganya digigit lembut oleh lelaki itu.

"Sebab–"

"Shhh, aku tak nak dengar apa-apa langsung alasan dari mulut kau. Yang aku tahu aku nak kau bukak tudung sekarang." Tegas Riyyadh seraya memusingkan tubuh Aisya agar menghadap ke arahnya.

"Saya tak boleh tuan. Berdosa kalau saya dedahkan aurat saya kepada lelaki yang ajnabi." Tutur Aisya perlahan.

Seketika, ruangan yang sunyi itu dipenuhi dengan gelak tawa Riyyadh yang sinis. Kepala digeleng perlahan mendengarkan jawapan yang alim dan suci dari Aisya. Sangat menggelikan hatinya.

"Flower. Cuba kau bagitahu aku, dah berapa kali aku sentuh tubuh kau? Hmm? Dan dekat mana aku jumpa kau dulu? Tell me now." Bersama itu, rahang Aisya direngkuh kasar mendongak ke arahnya.

Air mata mula bertakung memenuhi kolam mata Aisya yang bundar itu. Pertuturan Riyyadh seakan dia seorang manusia yang tiada agama. Hidup seakan tiada Tuhan. Hanya berpandukan nafsu dan duniawi semata-mata.

"Tell me, flower. Berapa kali aku dah sentuh tubuh kau tu? Dan dekat mana pertama kali kita berjumpa? Hey, perempuan! Kau dengar sini, aku paling benci dengan orang yang berlagak alim macam kau! Untuk apa kau pakai semua tudung kejadah ni kalau dah berpuluh kali aku sentuh kau?! Dan untuk apa kau bahaskan perihal dosa dan pahala kalau tempat kau dulu dekat kelab malam?! Tempat yang penuh dengan dosa. Tak ada gunanya Aisya kalau kau bertudung litup macam ni kalau tubuh kau pun dah tak suci."

Wajah yang cantik dan ayu yang sudah mulai basah dengan air mata ditatap dengan pandangan yang penuh kebencian.

Tanpa Riyyadh sedar, hati Aisya terguris pedih saat kata-kata yang biadab itu meniti dari bibir Riyyadh.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now