🥀BAB - 73

45.3K 1.1K 148
                                    

WAKTU berganti siang dan malam. Detik yang sangat dinanti-nantikan oleh Riyyadh dan Tiara akhirnya berkunjung tiba.

Sepanjang hari-hari sebelumnya, keterujaan Tiara semakin menjadi-jadi tanpa dapat dikawal. Setiap apa yang dikehendakinya pasti akan dipenuhi oleh Riyyadh tanpa banyak bicara.

Sehinggakan wang hantaran yang diletakkan sebanyak RM200,000 oleh pihak keluarga wanita itu turut dipersetujui oleh Riyyadh ibarat lembu yang dicucuk hidung.

Bahkan, yang lebih dahsyat dari itu, segala kos dan perbelanjaan majlis perkahwinan mereka, ditanggung oleh Riyyadh seratus peratus. Tiada satu sen pun wang Tiara dikeluarkan.

Segala-galanya menggunakan wang Riyyadh semata-mata.

Jika dikira dan dijumlahkan segala kos dan perbelanjaan yang telah Riyyadh biayai, semuanya mencecah hampir RM5 juta.

Gila?

Ya, mereka memang gila. Terlalu gila untuk meraih perhatian yang mencurah-curah. Lebih-lebih lagi, Tiara.

Kata Tiara, dia mahu perkahwinan ini menjadi Wedding of The Year dan menjadi majlis perkahwinan yang akan dicemburui oleh rakan-rakannya.

Jadi, demi menjaga hati sang kekasih, Riyyadh akur dan bersetuju tanpa berfikir panjang.

Namun, semua itu Riyyadh lakukan hanya untuk mengaburi pandangan Tiara semata-mata. 

Kerana, jujur dia katakan, tiada secebis pun rasa keterujaannya untuk menantikan detik tersebut. Tiada walau sebesar zarah sekalipun.

Sebaliknya, hati dan perasaannya telah pergi bersama Aisya. Saban hari, debaran yang hebat dan datang secara tiba-tiba pasti akan menganggu irama jantungnya.

Di saat debaran itu mulai muncul, wajah manis Aisya pasti akan berkunjung pada fikirannya.

Perasaannya juga sering kali dihantui dengan bayangan gadis itu. Menjadikan rasa rindunya terhadap Aisya mula bercambah lebat di lubuk jiwanya.

Tetapi, di akhir-akhir ini, debaran pada dadanya semakin mengganas. Seolah-olah membawa petanda bahawa satu perkara yang buruk bakal menimpa.

Satu petanda yang sukar dimengertikan oleh Riyyadh. Malah, saban malam, tidurnya juga akan didatangi dengan sebuah mimpi ngeri yang sering bertandang.

Mimpi yang sama berulang.

Mimpi yang membuatkan Riyyadh takut untuk melelapkan matanya.

Kerana di saat mimpi itu membuka layarnya, semuanya terasa indah belaka. Senyuman Aisya, gelak tawa Aisya menjadi hiasan di dalam mimpinya.

Romantis dan bahagia Riyyadh rasakan di saat kalimah cinta diungkapkan oleh mereka berdua sambil bersaksikan kuntuman-kuntuman bunga yang berwarna-warni di tengah taman yang luas terbentang itu. Malah, kehangatan tubuh Aisya seakan terasa nyata pada tubuh Riyyadh. Seolah-olah dunia hanya milik mereka berdua di ketika itu.

Namun, semua keindahan dan kebahagiaan itu tidak berkekalan lama apabila Aisya mula 'diragut' pergi dari dakapan Riyyadh tanpa mereka duga. Canda dan tawa digantikan dengan raungan dan tangisan yang dahsyat dari Riyyadh.

Seakan bersedih dengan pemergian Aisya, setiap kuntuman bunga yang pada awalnya mekar mengharum di dalam taman itu, turut mula menggugurkan sehelai demi sehelai kelopak mereka ke bumi seperti mana gugurnya Aisya di dalam sentuhan Riyyadh.

Lalu serentak itu, mendadak Riyyadh akan tersentak dari tidurnya bersama rinik-rinik peluh yang membasahi seluruh tubuhnya.

Tidak tahan menanggung belenggu resah yang menganggu tidurnya saban malam, di dalam diam dan tanpa pengetahuan Tiara, Riyyadh bergerak sendiri secara senyap untuk mencari Aisya semula.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now