"MUMMY?"
Tegur Rafael yang datang dari arah belakang Safiyah.
Safiyah memalingkan wajah ke arah anak keduanya itu yang sedang mengambil duduk bersebelahan dengannya.
"Ya sayang, kenapa? Raf lapar ke?" Soal Safiyah lembut.
Rafael menggeleng perlahan kepalanya. Tangan Safiyah dicapai dan digenggam lembut.
"Mummy okay?" Tanyanya prihatin. Kerana sejak 10 minit yang lalu, dia lihat Mummynya asyik termenung menghadap ke arah pokok bunga. Langsung diam tidak berkutik. Dia risaukan keadaan Safiyah yang kebelakangan ini sering menangis seorang diri apabila mengenangkan Riyyadh.
Wanita itu tersenyum nipis. Genggaman tangan anaknya itu dibalas lembut.
"Mummy okay sayang. Raf tak kerja ke hari ni?"
"Tak. Hari ni Raf nak duduk rumah. Nak teman Mummy. Raf risau tengok Mummy asyik sedih je sejak along dah buang kita."
Satu keluhan yang berat dilepaskan oleh Safiyah. Pandangan dibuang ke hadapan. Pasu bunga yang ditanam dengan sepokok bunga ros yang mekar mengharum di halaman rumah itu dipandang dengan rasa sedih yang menghurung.
Bunga ros hadiah yang istimewa dari Riyyadh. Dijaga rapi pemberian dari anak sulungnya itu dengan kasih sayang yang tidak terkira. Namun, semuanya hanya tinggal kenangan semata-mata.
"Kalau Mummy rindukan along, Mummy akan tengok pokok bunga ros tu. Sebab itu hadiah dari along dekat Mummy. Dan Mummy masih ingat dia kata, kalau Mummy rindu dekat dia, Mummy pandanglah bunga ros tu. Tapi sekarang, semua dah berubah. Along dah tak sayang Mummy. Along dah bencikan Mummy."
Air mata yang sedari tadi ditahan akhirnya tumpah jua. Rindunya kepada Riyyadh mengatasi segala-galanya.
Apa khabar anaknya di sana?
Sihatkah anaknya itu?
Tidak rindukah Riyyadh kepada dirinya?
Sedangkan dia separuh nyawa merindui anak sulungnya itu.
Beratus panggilan yang dibuat kepada lelaki itu setiap hari tanpa jemu. Namun tidak satu dari panggilan itu dijawab oleh Riyyadh. Bahkan mesejnya juga langsung tidak dibaca.
Kecewa dan hancur sekeping hati sang ibu apabila diperlakukan dibuang oleh anak kandungnya sendiri.
Hanya kerana seorang wanita asing yang tiba-tiba muncul di dalam keluarga mereka. Datang memecah belahkan hubungan mereka sekeluarga.
Tubuh Safiyah segera dipeluk oleh Rafael. Ditepuk lembut belakang tubuh Mummynya itu. Air matanya juga turut hampir menitis saat melihat dan mendengar tangisan Safiyah yang sangat merindui Riyyadh.
"Raf ada. Raf janji, Raf akan kembalikan along dekat kita semula. Raf akan buat apa saja demi Mummy. Demi keluarga kita. Please Mummy, jangan menangis lagi. Raf tak suka tengok Mummy menangis. Hati Raf sakit. Raf sayang Mummy sangat-sangat."
Masih dipeluk tubuh Safiyah. Erat. Pelukan seorang anak yang sangat kasih kepada ibunya. Sebak dirasakan ketika ini. Keluarga yang dahulunya bahagia dan sering bergelak ketawa, kini bertukar menjadi lautan duka.
Di sudut hati Rafael, dia berjanji dan bertekad untuk memisahkan Tiara dari abangnya. Kerana dia tahu, Tiara bermain cinta di belakang abangnya. Namun, apa yang Rafael perlukan hanyalah bukti yang kukuh. Dia harus memisahkan pasangan itu. Dan dia harus mengembalikan Riyyadh kepada mereka sekeluarga semula.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...