🥀BAB - 43

41.9K 804 88
                                    

"INGAT FLOWER, KALAU KAU CUBA NAK LARIKAN DIRI LAGI, LEBIH TERUK DARI NI AKU KERJAKAN KAU!" Riyyadh mengugut kasar.

Serentak itu juga, pipi gadis itu ditampar kuat tanpa belas kasihan.

PANG!

Aisya yang sememangnya sudah tiada tenaga sedari tadi hanya mampu mengalirkan air matanya bersama rasa sakit yang menggunung.

Diperkosa oleh suaminya sendiri. Dipukul seakan-akan dia tidak layak untuk hidup di atas muka bumi ini. Bahkan kata-kata makian serta cacian juga turut dilemparkan kepadanya tanpa sedikitpun Riyyadh memikirkan perasaan Aisya.

Mengapa jalan untuk dia bebas dari 'neraka' ini sangat sukar dicari?

Apa salah dan dosanya sehingga dihukum sebegini rupa?

Dan sehingga bilakah Aisya mampu bertahan dan terus bertahan untuk hari-hari yang bakal mendatang?

"KAU DENGAR TAK, SUNDAL?!" Tempikan Riyyadh bergema menyelusuri ruang tatkala Aisya masih diam mengalirkan air mata.

Pantas, leher gadis itu dicekak kasar sehingga Aisya terkapai-kapai cuba menolak tangan Riyyadh.

"Arkhhh---hahhh---ssakittt hahhh---" Rintih Aisya dengan lemah.

Namun rintihan itu sedikitpun tidak menimbulkan rasa ehsan kepada Riyyadh. Malah sang syaitan itu mengukirkan sebuah senyuman yang sinis dan puas di saat melihat Aisya yang sedang bergelut untuk melepaskan diri.

Wajahnya dimajukan ke arah wajah isterinya itu lalu hidung yang kecil dan sudah bertukar kemerahan itu digesel lembut dengan hidung mancungnya.

"Ikut cakap aku, Aisya. Dan aku janji kau tak akan sakit. Kau nak jadi isteri yang baik kan? Jadi, kau kenalah patuh dengan arahan aku. Faham, flower? Hmm?" Bibir pucat Aisya yang bergetar itu dikucup sekilas.

Duvet yang membaluti tubuh isterinya direntap kasar dan dibaling jauh ke bawah. Lantas, pinggang kecil Aisya disauk dan tubuh genit Aisya dirapatkan pada tubuh tegapnya. Manakala kedua tangan gadis itu yang menahan pada dada bidangnya ditarik paksa dan dikalungkan pada lehernya sebelum nafas mereka bersatu.

Aisya pula hanya diam menerima kucupan yang kasar dan menyakitkan itu bersama juraian air mata yang lebat mengalir membasahi wajahnya dan wajah Riyyadh. Kini, lehernya yang dicekak oleh Riyyadh tadi telah dilepaskan oleh lelaki itu dan tangan kasar Riyyadh beralih meramas geram peha Aisya yang terdedah.

Kemudiannya, ciuman itu beralih pula pada leher Aisya yang dipenuhi dengan kesan lebam berwarna ungu kehitaman menandakan betapa kasarnya Riyyadh 'menyentuh' gadis itu semalam.

"Tugas kau mudah, flower. Layan aku sahaja. Bila aku panggil, kau kena datang. Kau sendiri cakap dekat aku yang kau akan layan aku bila kita dah ada hubungan yang sah. Sekarang aku dah tunaikan permintaan kau. Jadi, sebagai balasan aku nakkan tubuh kau. Hanya tubuh kau." Nafas hangat Riyyadh menampar lapisan kulit leher Aisya.

Mata dipejam rapat oleh gadis itu di saat gigi Riyyadh membenam kasar pada kulit lehernya. Pantas bahu tegap suaminya itu dicengkam kuat untuk memberitahu akan kesakitan itu.

"Sakit..." Rintih Aisya perlahan.

"Shh, tahan. Kalau kau tak buat perangai cuba nak lari dari aku, kau tak akan sakit Aisya. Kau lupa ke Aisya yang aku ni berhak ke atas setiap inci tubuh kau? Malah hidup dan mati kau pun hanya aku yang boleh tentukan! Aku! Bukannya Adam ataupun sepupu bangsat kau tu!" Tempik Riyyadh seraya menampar kuat pipi Aisya sehingga gadis itu terbaring di atas tilam bersama tangisan yang penuh hiba.

Tidak cukup dengan itu, tali pinggangnya yang berada di atas meja solek dicapai dan dililitkan pada tangan lalu dilibas kuat pada tubuh Aisya sehinggakan gadis itu menjerit nyaring.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now