GENAP TIGA BULAN BERLALU...
Riyyadh masih setia berada di samping Aisya. Menunggu sehingga bunga dambaannya itu untuk kembali sedar dari 'tidur' yang panjang.
Meskipun Aisya masih di dalam keadaan yang koma, namun Riyyadh tetap bersyukur apabila gadis itu berjaya mengharungi fasa kritikal yang mendebarkan dan telah dipindahkan ke wad biasa.
Kuat sekali semangat Aisya. Tidak seperti dirinya ini.
Rapuh dan lemah.
Mungkin jika dilihat dengan sekali imbas, situasi Riyyadh sekarang ini saling tidak tumpah seperti situasi Rayden pada ketika dahulu.
Tetapi apa yang membezakan adalah pengakhiran jalan cerita mereka.
Bagi Rayden, cerita cintanya bersama Safiyah mendapat penghujung yang indah dan manis sekali.
Namun, Riyyadh. Dia masih menanti dan terus menanti bersama penyesalan yang terbuku di dada.
Mungkinkah kisah Riyyadh dan Aisya juga akan mendapat titik noktah yang bahagia sepertimana kisah cinta di antara Rayden dan Safiyah dahulu?
Meskipun begitu, jawapan untuk persoalan itu hanya akan terungkap daripada Aisya sendiri. Bukan pada Riyyadh.
Senyuman yang pahit diukirkan oleh Riyyadh.
Jari jemari Aisya yang kecil dan halus itu diusap dengan lembut sebelum dikucup mesra.
"Flower, lama lagi ke nak bangun? Hmm? Flower marah hubby ya? Tak nak tengok muka hubby dah ke? Bangunlah, flower. Jangan buat hubby macam ini. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby tak tipu."
Setitis air mata yang jatuh di pipi dikesat perlahan dengan tangannya.
"Nanti kalau flower dah bangun, kita kahwin tau. Hubby nak buat majlis yang besar. Biar satu dunia tahu yang flower adalah isteri hubby dan milik hubby selamanya. Kita tak perlu rahsiakan lagi pasal perkahwinan kita. Lepastu, nanti hubby belikan rumah baru nak? Rumah yang lagi besar! Lagi cantik! Dan jauh dari semua orang. Hanya ada hubby, flower dan anak-anak kita. Kalau flower dah tak boleh mengandung sekalipun, hubby tak kisah. Hubby faham. Sebab semua ini berpunca dari perbuatan hubby sendiri. Kalau flower nak anak, kita boleh cuba cara lain ataupun kita ambik anak angkat ya? Tapi, flower kenalah bangun dulu. Bangun tau. Hubby tunggu flower. Hubby tak akan pergi mana-mana selagi flower tak nak bangun."
Riyyadh menarik senyuman yang kecil. Kemudiannya, dia tertawa dengan kata-katanya sendiri.
Namun, beberapa saat setelah itu, gelak tawanya berganti dengan tangisan yang mendayu-dayu.
Telapak tangan Aisya dibawa menyentuh permukaan pipinya yang ditumbuhi dengan jambang-jambang tebal dan kasar.
"Hubby dah macam orang gila, flower. Hubby tak mampu untuk teruskan hidup tanpa flower. Hubby tak kuat...hubby perlukan flower...I really need you. I need you, Aisya. Please jangan bencikan hubby. Hubby menyesal...hubby betul-betul menyesal...I'm sorry..."
Lalu, wajahnya disembamkan pada sisi tubuh Aisya bersama tangan yang memeluk pinggang halus milik gadis itu.
Tidak pernah sekalipun Riyyadh berhenti menangis.
Benarlah seperti yang selalu diperkatakan, hargailah seseorang yang setia bersabar dengan kita selagi kehadirannya masih ada di hadapan mata. Kerana di masa yang akan datang kelak, kita tidak akan pernah tahu samada dia akan masih bersama kita ataupun sebaliknya.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...