"TUAN?"
"Macam mana keadaan dia?" Riyyadh terus melulu bertanya akan keadaan Aisya kepada seorang doktor wanita yang dipanggil ke mansionnya untuk memeriksa keadaan gadis tersebut.
Doktor wanita yang bernama Sofea itu mengeluh berat. "Macam ni, sebenarnya tadi pembantu rumah tuan mengalami tumpah darah."
Penjelasan yang terbit dari mulut doktor tersebut membuatkan dahi Riyyadh berkerut tanda tidak mengerti.
Setahunya tumpah darah hanya akan berlaku kepada wanita yang mengandung sahaja. Tetapi Aisya tidak mengandung. Malah, setiap kali dia 'menyentuh' gadis itu, akan dia pastikan Aisya mengambil pil perancang yang telah dibeli olehnya.
"Kejap. Tumpah darah tu setahu saya bukankah berlaku untuk orang yang mengandung saja ke?" Soal Riyyadh yang di mana dadanya mula berdebar menantikan jawapan dari Doktor Sofea.
Dan sudah tentu, dia mengharapkan bahawa perkara yang paling dibimbangkan olehnya itu tidak akan menjadi nyata.
Doktor Sofea yang berdiri di hadapannya dipandang serius.
"Ya, kejadian tumpah darah hanya akan berlaku kepada wanita yang mengandung sahaja. Dan pembantu rumah tuan sekarang disahkan mengandung. Kandungan dia sudah mencecah sebulan. Mujur juga, kandungan dia tadi dapat bertahan dari risiko keguguran kerana saya dapati kesan dari pukulan dan hentakan yang kuat merupakan punca utama Cik Aisya mengalami tumpah darah."
Penjelasan yang panjang dan mendalam diberikan oleh Doktor Sofea membuatkan Riyyadh terdiam seribu kata.
Deng.
Kebimbangannya kini menjadi kenyataan.
Dia seakan tidak percaya dengan berita yang baru didengarinya itu. Tidak mungkin.
Tidak mungkin Aisya boleh mengandung!
Dia pasti dan yakin gadis itu tidak pernah terlepas dari mengambil pil perancang yang dibeli olehnya.
Tidak!
Benihnya tidak sepatutnya tumbuh di dalam rahim Aisya! Kerana, hanya Tiara sahaja yang layak untuk membawa benihnya.
Riyyadh menggeleng perlahan. Dia pasti, Doktor Sofea mungkin membuat kesilapan semasa memeriksa Aisya sebentar tadi.
"Are you sure about this?"
Doktor Sofea mengangguk yakin. "Yes, I am very sure about this. She's currently pregnant." Jawab doktor wanita itu.
Terpana.
Terkedu.
Serta terkesima.
Ibarat tubuhnya kini seolah-olah direnjat dengan aliran arus elektrik.
"ARGHHHHHH SIAL!!!"
Dinding di hadapannya ditumbuk kuat seiring dengan amarahnya yang membuak-buak di saat ini.
Impak dari tumbukan yang padu itu, buku limanya mula menitiskan darah yang pekat mengalir. Namun tidak dikisahkan oleh Riyyadh.
Fikirannya terganggu.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...