KELOPAK mata Adam bergerak-gerak perlahan apabila silauan cahaya matahari yang terbias dari langsir balkoni mula menerombos masuk ke retina matanya.
Wajah tampan itu berkerut tidak selesa. Lengan kanannya diangkat sebagai penghadang.
Kepalanya terasa berat dan berpinar. Malah, belakang bahagian kepalanya juga mula berdenyut kuat dan mencengkam hebat.
Dek kerana tidak tahan dengan kesakitan yang semakin menyengat itu, erangan Adam terlepas dari bibirnya.
Bibir bawah digigit kuat.
"Erghh..."
Lengannya dibawa turun dan tubuhnya yang terbaring di atas permaidani di ruang tamu itu mula digerakkan perlahan-lahan.
Dengan berhati-hati, Adam bangun dari baringannya lalu duduk bersila sambil menunduk ke bawah. Belakang kepalanya yang masih dicengkam rasa sakit yang melampau itu, disentuh perlahan.
"Awhhh!"
Seribu kerutan muncul pada dahi Adam.
Mengapa begitu sakit sekali kepalanya?
Seolah-olah bahagian belakang kulit kepalanya terkoyak.
Adam diam berteleku untuk seketika sambil matanya meliar ke segenap ruang. Sakit yang terasa bercampur dengan rasa hairan tatkala dekorasi ruangan ini dapat diteka pantas olehnya.
Ini...
Kondominium miliknya yang diduduki oleh Aisya.
Tetapi mengapa dirinya bisa berada di dalam kondominium ini?
"Apa aku buat dekat sini?" Soalnya sendiri.
Bingung.
Mata diliarkan ke segenap penjuru. Keadaan ruang tamu yang bersepah dan berselerakan itu dipandang aneh dan musykil. Serpihan pasu bunga hiasan yang bertaburan di sekelilingnya juga mengundang rasa curiga.
Kepala disentuh perlahan. Denyutan yang penuh berbisa mula menggigit. Mindanya sedaya upaya cuba untuk mengimbas semula apa sebenarnya yang telah berlaku.
Bagaimana dia boleh berada di sini dan mengapa kondominium ini begitu selerak sekali?
Memori malam tadi kembali diulang tayang.
"Abang...jangan...Aisya tak nak..."
Bahu Adam yang tegap dan berotot itu ditolak lemah oleh tangan kecil Aisya.
Kegilaan Adam semakin rakus. Nafsu dan hasutan syaitan mula mengambil alih peranan akalnya.
Kawasan leher Aisya yang gebu dan putih itu mula bertukar kemerahan kerana dipenuhi dengan kesan gigitan dan cumbuan yang menyakitkan.
Jijik Aisya rasakan di saat air liur Adam membasahi lehernya.
"Enghhhh..." Desahan Adam kedengaran berat dan penuh bernafsu.
Masih tidak puas dengan kemanisan bibir Aisya, sasaran Adam kini beralih semula pada mulut Aisya.
Rahang gadis itu direngkuh paksa sehingga terbuka luas bibir yang kecil itu dan Adam meludah kasar ke dalam rongga mulut Aisya sebelum kembali melahap isi daging yang lembut itu.
Rakus sekali.
Kini, baru Adam mengerti mengapa Riyyadh begitu gemar menyetubuhi Aisya. Kerana, semakin gadis itu melawan, semakin tercabar kelelakian mereka.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...