🥀BAB - 16

39.8K 748 105
                                    

"KAU kenapa Is? Selalu termenung je aku tengok sejak akhir-akhir ni? Kau masih nak cari sepupu kau tu ke?"

Is yang sedang merenung ke dalam pinggan nasinya, mengangkat wajah saat disapa oleh rakannya, Faizal.

Satu keluhan yang berat dilepaskan oleh jejaka itu. Belakang tubuh disandarkan pada kerusi.

"Hmm. Selagi aku tak dapat apa yang aku nak, selagi itulah aku akan cari si Aisya tu."

Faizal menggeleng perlahan. "Kau nak cari dekat mana, Is? KL tu besar. Lagipun mak kau dah jual dia dekat tauke kelab malam. Entah kelab malam mana pun kau sendiri tak tahu. Habistu kau nak cari dia macam mana?"

Sedikit sebanyak kata-kata Faizal menjentik tangkai hati Is. Ada benar juga apa yang dikatakan oleh jejaka itu. Namun, Aisya hanya miliknya seorang sahaja. Apa juga yang terjadi, dia mesti mencari keberadaan Aisya.

"Aku tahu nak cari dia tak mudah. Tapi, apa yang aku tahu. Aisya hanya milik aku sahaja. Aku kena cari dia, Zal."

Balasan dari Is membuatkan Faizal mengeluh. Dia sudah terbiasa dengan sikap keras kepala rakannya itu. Dan tidak hairan jika Is terlalu menginginkan Aisya kerana remaja itu memiliki seraut wajah yang sangat cantik dan ayu. Dan personaliti Aisya yang sungguh lemah lembut itu juga mampu menundukkan ramai lelaki. Keperibadian Aisya sangat terjaga. Seorang gadis remaja yang suci pemikiran dan tingkah lakunya.

"Suka hati kaulah, Is. Cuma yang aku risau, kalau mak kau tahu macam mana? Mak kau mana suka si budak Aisya tu."

"Heh. Orang tua tu. Selalu menyusahkan hidup aku. Tahulah aku nak uruskan dia nanti. Yang penting sekarang ni, aku kena mula cari Aisya. Aku tak boleh biarkan dia jatuh ke tangan lelaki lain. Kau pun tahukan, dari kecik lagi aku dah usya budak tu? Jadi, tak ada apa yang boleh halang aku untuk dapatkan apa yang aku nak."

Pandangan Faizal dibalas dengan pandangan yang penuh sinis oleh Is. Jiwanya membara untuk menarik Aisya masuk ke dalam hidupnya.

"Jadi, bila kau nak gerak pergi KL?" Tanya Faizal.

"Secepat yang mungkin. Aku akan cari dia sampai jumpa jugak." Tekad Is.

Perlahan, bibir Is melorekkan sebuah senyuman yang sinis. Pelbagai rancangan yang sudah ditetapkan di dalam fikirannya apabila dia menjumpai Aisya kelak. Gadis itu akan dijadikan suri hidupnya dan akan dibawa jauh dari sini. Is akan pastikan bahawa dia dan Aisya akan hidup bahagia bersama anak-anak mereka kelak. Semua rancangan itu semakin membakar perasaan dan azam Is untuk mencari Aisya.

Kerana Aisya Qhaisarah Rose hanya untuk dirinya sahaja.

Namun, jejaka itu masih belum mengetahui bahawa bunga yang sedang dicarinya kini sedang ditawan di dalam sangkar ciptaan seorang ketua mafia yang sangat kejam. Yang di mana, tiada jalan keluar buat gadis polos itu.



🥀🥀🥀

SEGELAS air kosong diteguk rakus oleh Riyyadh sehingga habis lalu diletakkan ke dalam sinki sebelum kaki panjangnya melangkah ke arah sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik dapur itu.

Baru sahaja tangannya mahu mengetuk daun pintu itu, tiba-tiba muncul seorang wanita tua dari arah belakang dan menegurnya.

"Tuan Riyyadh." Sapa Mak Mah yang merupakan pembantu rumah di situ.

Riak yang tenang dipamerkan oleh Riyyadh. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar tracknya. Wajah wanita tua itu dipandang dingin.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now