🥀BAB - 79

63.9K 1.2K 174
                                    

"IYAD..."

Melihatkan kehadiran Safiyah di situ, dengan pantas Riyyadh meluru mendapatkan Mummynya dan segera menhamburkan tangisan yang hiba pada bahu wanita tersebut.

"Mummy...Iyad tt-takut kkalau Aisya tinggalkan Iyad...Iyad takut, Mm-mummy..."

Lembut tangan Safiyah menepuk belakang badan anaknya itu.

"Tak apa-apa sayang, Mummy yakin Aisya kuat. InshaAllah, Aisya tak akan tinggalkan Iyad. Kamu tak boleh macam ni, sayang. Kirimkan doa untuk Aisya. Ya sayang?"

Jelas suara Safiyah juga turut kedengaran bergetar sebak.

Riyyadh terus menerus mengalirkan air matanya pada bahu Safiyah.

Dadanya diserbu dengan ketakutan yang mencengkam seluruh kapilari darahnya.

Debaran pada irama jantungnya usah dikata lagi. Sangat kencang sedari tadi.

Aisya...please flower, jangan tinggalkan hubby.

Rayden, Rafael dan Rafif masing-masing turut resah dan cemas menantikan berita dari Doktor Kamal yang sedang merawat Aisya di dalam.

Di dalam hati, tidak putus-putus doa yang dititipkan buat Aisya.

Mudah-mudahan, Allah masih memberi peluang untuk gadis itu merasai bahagia di dunia ini.

Pintu wad yang terbuka dari arah dalam itu terus memakukan pandangan mereka ke arah susuk tubuh Doktor Kamal yang berjalan menghampiri mereka.

Deraian air mata yang lebat mengalir pada wajah, dikesat kasar oleh Riyyadh.

Bersama wajah yang jelas penuh debaran, dia segera mendapatkan doktor tersebut.

"Doktor..."

Doktor Kamal memegang bahu tegap Riyyadh seraya menarik sebuah senyuman yang panjang.

"Alhamdulillah. Aisya dah sedar. Tadi cuma berlaku sedikit implikasi apabila pesakit mula tunjukkan tanda-tanda untuk sedar. Macam yang saya katakan sebelum ini, semangat Aisya sangat kuat. Kerana kebiasannya, jika ada kes seperti ini, peratus untuk pesakit selamat adalah sangat nipis. Dan kes Aisya ini juga sangat jarang berlaku."

Kolam mata Riyyadh kembali berlinang dengan air mata.

Lalu, tanpa diduga, dia melakukan sujud syukur di atas lantai tersebut.

Mengalir setitis air matanya di saat dia bersujud.

Alhamdulillah...

Terima kasih, Ya Allah...

Sesungguhnya, engkaulah Maha Mengasihani dan Maha Mengubati...

Terima kasih, Ya Allah.

Safiyah, Rayden, Rafael serta Rafif turut sama menarik senyuman yang lega dan ikut sama memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa.

"Alhamdulillah...Alhamdulillah..."

Kedengaran suara Riyyadh tidak henti-henti dari menyebut kalimah suci itu.

Dan setelah itu, dia langsung berdiri dengan wajah yang sangat gembira.

"Doktor, boleh saya masuk?" Riyyadh bertanya dengan laju. Tidak sabar untuk menyapa Aisya setelah sekian lama.

Anggukan sekilas yang diberikan melebarkan lagi senyuman pada wajah Riyyadh.

"Boleh, tapi seorang dahulu ya?"

"Baik, doktor."

Terus wajah Rayden dan Safiyah dipandang gembira.

"Iyad masuk dulu tau!"

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now