CERMIN mata yang terletak pada sepasang matanya ditanggalkan dan diletakkan di atas meja kerjanya. Tali leher yang menjerut lehernya dilonggarkan sedikit sebelum tubuh disandarkan penuh pada kerusi kerjanya yang empuk itu.
Mata dipejam seketika bersama kepala yang mendongak ke atas. Penat menguruskan beberapa projek yang baru tiba.
Sedang dia berehat, seketika kedengaran suara setiausahanya yang datang dari interkom.
"Tuan. Cik Tiara datang."
"Let her in." Jawabnya dingin.
"Baik tuan."
Dia kembali menyambung rehatnya untuk seketika sebelum kedengaran pintu pejabatnya dibuka dari arah luar.
Dan muncul susuk tubuh seorang gadis yang segak mengenakan sepersalinan jump suit berwarna biru gelap dan digayakan dengan sehelai shawl putih di kepalanya.
"Baby!" Gadis itu memanggilnya dengan wajah yang ceria seraya berjalan dengan penuh lenggok yang penuh lemah gemalai ke arah Riyyadh.
Spontan bibir jejaka itu melorekkan senyuman yang kacak melihat kehadiran gadis pujaannya itu. Hilang seketika rasa penatnya ketika ini.
"Hye dear." Balasnya seraya mata dikenyit nakal kepada Tiara.
Tiara tertawa kecil lalu menolak sedikit kerusi kerja kekasihnya itu ke belakang lalu tanpa segan silu dia berdiri di antara kaki jejaka itu. Manakala tangan kekar Riyyadh pula automatik naik merangkul kedua sisi pinggang rampingnya.
"I miss you..." Luah Tiara dengan nada yang merengek manja.
Mendengarkan itu, Riyyadh tersenyum nipis.
"I miss you too, dear." Balas Riyyadh dengan nada yang sensual.
Tiara tersengih suka lalu merapatkan lagi tubuhnya pada tubuh tegap jejaka itu. Kedua tangan halusnya ditahan pada bahu tegap Riyyadh dan mata mereka saling bertatapan tepat.
"Kenapa datang tak bagitahu I dulu? Kalau tak, I boleh hantarkan orang ambil you." Sisi pinggang yang ramping dan kecil itu dielus lembut dengan tangan sasanya.
"Saja. I nak buat surprise dekat you. Hehe." Tali leher Riyyadh yang sedikit longgar dimainkan dengan jari jemarinya yang runcing dan halus.
Terletus tawa lucu dari sepasang bibir milik jejaka itu. Kepala digeleng perlahan.
"Nasib I tak busy sangat. Kalau tidak..." Sengaja ayatnya dibiarkan tergantung sambil sepasang iris coklatnya merenung nakal secara atas bawah tubuh langsing kekasihnya itu.
"Haip! Baby! Jaga mata tu!" Mata Tiara memincing tajam ke arah Riyyadh yang sedang tersengih tidak bersalah.
"Sexy." Sepatah pujian yang meniti dari sepasang bibir Riyyadh membuatkan pipi Tiara berona merah. Bukan kerana malu atau segan, namun kerana gembira kerana tubuhnya kelihatan indah pada pandangan jejaka kacak itu.
Perlahan, jari jemari panjang Riyyadh mula menari pada pinggang ramping Tiara. Namun segera, gadis itu menepis lembut.
"Janganlah baby...nanti tiba-tiba orang masuk macam mana?" Dia merengek manja.
Dan tubuhnya semakin ditarik rapat oleh Riyyadh.
"Hmm. They need my permission first before enter this room. So, no need to worry." Riyyadh membalas tenang.
"Haahlah hehe. Lupa pulak. Anyway baby, jomlah lunch. I dah lapar..." Perut kempisnya diusap dengan gerakan membulat di hadapan wajah tampan Riyyadh. Mata dikerdip berkali-kali bersama bibir yang memuncung ke hadapan.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...