AISYA yang sedang menjemur pakaian di ampaian belakang rumah diperhati dengan tajam oleh sepasang mata milik Is.
Lenggok Aisya yang penuh gemalai dan lemah lembut itu ditatap tanpa berkelip. Gadis remaja itu begitu kelihatan menggoda dan menggiurkan pada pandangan matanya apabila mengenakan kain batik.
Halkumnya bergerak ke atas dan bawah saat dia cuba membayangkan bagaimana reaksi tubuh Aisya apabila disentuh olehnya.
Dia yang ketika itu baru sahaja pulang ke rumah setelah hampir dua malam dia menginap di rumah rakan-rakannya terus bergegas mencari kelibat Aisya setelah mendapati bahawa Mak Zainah dan Pak Ishak tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan anak rakan mereka di kampung sebelah.
Jadi, inilah masanya untuk dia 'bermesra' dengan gadis itu. Peluang yang ada haruslah digunakan dengan sebaik mungkin. Akalnya mula merencana sesuatu yang jahat buat gadis polos itu.
Melihat Aisya yang sudah selesai dan mula melangkah untuk masuk ke rumah, segera dia bersembunyi di sebalik pintu dapur.
Aisya yang masih belum sedar akan kehadiran Is, berjalan masuk ke dalam rumah tanpa mengesyaki apa-apa.
Setibanya di dapur, bakul pakaian yang dibawa bersama diletakkan di tepi tangga sebelum gadis itu mula mendaki anak tangga itu menuju ke biliknya.
Setiap langkah Aisya direnung dengan pandangan yang penuh nafsu oleh Is. Bibir bawah dijilat perlahan saat kain batik yang dipakai oleh gadis itu terselak sedikit setiap kali gadis itu meniti anak tangga dan menampakkan betis gebu Aisya yang putih melepak.
Setelah kelibat gadis itu hilang dari pandangan, dengan perlahan Is melangkah keluar dari tempat persembunyiannya lalu pintu dapur ditutup dan dikunci olehnya.
Kaki panjangnya mula mendaki anak tangga dengan langkah yang senyap dan penuh berhati-hati. Selepas itu, pintu utama rumah diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan ianya sudah dikunci dan bersama senyuman yang misteri terukir pada bibirnya, bilik tidur Aisya dituju.
Tombol pintu tersebut disentuh perlahan dan ternyata ianya tidak berkunci. Memudahkan lagi niat jahatnya terhadap gadis itu.
Pintu bilik Aisya dikuak perlahan dan perkara pertama yang terpampang pada pandangannya ialah keadaan Aisya yang sedang menunduk ke bawah untuk mencapai sesuatu di mana punggung gadis itu tepat menghala ke arah pintu biliknya.
Aisya yang tersentak saat pintu biliknya dibuka oleh seseorang, dengan drastik dia berpusing ke arah tersebut dan berdiri tegak bersama riak wajah yang jelas terkejut dan penuh ketakutan.
Dengan pantas tangannya mencapai tudung yang terletak di atas katil lalu disarungkan dengan tergesa-gesa pada kepalanya bagi menutup rambutnya yang terdedah itu.
"Abang Is, kenapa datang bilik Aisya?" Tanyanya dengan takut-takut. Tangannya mula menggigil hebat saat melihat wajah penuh misteri jejaka itu.
Is hanya tersenyum sinis melihatkan wajah gusar Aisya. "Abang Is datang nak tengok-tengokkan Aisya." Bohongnya kepada gadis itu.
Aisya menggeleng tidak percaya. Dia yang mula berasa tidak sedap hati dengan situasi ini, segera ingin bergerak keluar dari bilik itu namun Is lebih pantas mengunci pintu biliknya.
"Abang Is---"
"Shhh. Abang Is tak buat apa pun dekat Aisya. Abang Is cuma nak berbual dengan Aisya." Is bergerak mendekati gadis itu dengan langkah yang sengaja diperlahankan.
Dan Aisya segera berundur ke belakang apabila tubuh sasa Is mula merapatinya.
"Aa-aisya nak keluar. Aisya nak buat kerja rumah." Dalih Aisya cuba memberi alasan. Bukan dia tidak tahu dan mengerti akan maksud pandangan Is yang tersirat dengan seribu maksud. Peristiwa dimana Pak Ishak cuba menyentuhnya tempoh hari, kembali berlayar di ingatannya.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...