KEPALA yang berdenyut dan terasa berat disentuh perlahan oleh Aisya. Perlahan kelopak mata cuba dicelikkan. Bibirnya pula meringis sedikit saat cahaya lampu di siling menusuk tajam ke dalam retina matanya.
Dengan gerakan yang berhati-hati, dia cuba untuk bangun dari baringannya. Melihat suasana bilik yang jauh berbeza dengan biliknya membuatkan Aisya dihurung rasa ketakutan.
Bilik kecil yang hanya dilengkapi dengan sebuah katil bujang, sebuah almari kecil dan sebuah meja kecil bersebelahan katil.
Memorinya cuba dikerah kembali untuk mengingat kembali apa yang sudah berlaku. Dan seketika, matanya membuntang luas saat peristiwa di mana Mak Longnya menukarkan dirinya sebagai bayaran hutang yang dipinjam daripada seorang lelaki berbangsa cina yang bernama Leo.
"Mak long.." Panggilnya perlahan. Harapannya hanyalah satu. Dia berharap bahawa semua ini adalah mimpinya semata-mata.
Namun melihat kepada sekelilingnya, dia pasti dan yakin bahawa ini semua adalah realiti.
Tidak berlengah, Aisya segera turun dari katil tersebut dengan tergesa-gesa bagi mencari jalan keluar. Namun dia masih bersyukur kerana pakainnya masih melekat pada tubuhnya menandakan dia tidak diapa-apakan oleh samseng-samseng itu. Tetapi itu tidak menjanjikan bahawa tubuhnya akan selamat kelak. Jadi, dia harus segera melarikan diri dari situ.
Tombol pintu cuba dibuka oleh Aisya namun malang sekali apabila ianya dikunci dari luar.
"TOLONG!!! BUKAK PINTU NI!!! TOLONG!!!" Daun pintu itu diketuk bertalu-talu. Tubuh kecilnya juga cuba untuk menolak pintu itu namun tidak berjaya.
Air matanya mula mengalir turun bersama rasa takut yang tidak terkata. "Tolong..bukak pintu ni..mak long, tolong Aisya..Aisya nak balik..Aisya takut.."
Sekali lagi, tombol pintu itu dipulas oleh Aisya. "BUKAK!!! SESIAPA TOLONG BUKAK PINTU NI!!! AISYA NAK BALIK!!!" Dengan sepenuh hati dia menjerit namun tiada sesiapa pun yang mendengar jeritannya. Tiada.
Tubuhnya melorot jatuh dengan lemah dan tidak berdaya. Teresak-esak gadis itu menangis ketakutan.
Lutut ditarik rapat ke dada. Tangan naik memeluk erat tubuhnya sendiri. "Mak long..kenapa buat Aisya macam ni..Aisya nak balik..Aisya tak nak tinggal sini..Aisya takut mak long..tolonglah Aisya.." Rintihnya sayu. Wajahnya yang putih gebu itu dibasahi dengan air matanya. Mata dan wajah cantiknya juga menjadi merah. Mutiara jernih yang mengalir menuruni seraut wajah ayu Aisya semakin lebat dan tidak berhenti.
Sedang dia menangis, tiba-tiba kedengaran tombol pintu yang dikunci itu dibuka dari luar oleh seseorang. Dengan pantas, Aisya berdiri menjauh dari pintu tersebut.
Matanya cuba meliar untuk mencari sesuatu sebagai senjata untuk dia mempertahankan dirinya namun tiada sebarang objek di situ yang kelihatan.
Lelaki cina yang bernama Leo itu mula melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan langkah yang perlahan sambil sepasang mata sepetnya mengimbas tubuh Aisya secara atas bawah dengan pandangan dan dibelakang lelaki itu terdapat juga dua orang lelaki yang sama ketika di rumah mak longnya malam semalam.
Dan Aisya semakin mengundur ke belakang dengan tubuh yang menggigil hebat. Namun disebabkan saiz bilik itu yang kecil, Aisya mengundur tanpa dia sedar tubuhnya sudah melekat pada dinding bilik itu.
Melihat Aisya yang takut itu, Leo tersenyum penuh sinis. Sengaja langkahnya diperlahankan lagi.
"Jj-jjangann deekatt..." Aisya bertutur dengan suara yang tersekat-sekat. Gerun melihat wajah bengis lelaki cina itu dan gerun melihat tatu berbentuk ular yang terukir pada kepala Leo yang licin tidak berambut itu.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...