LELAH yang mulai terasa pada seluruh tubuh membuatkan Aisya berhenti dari terus membersihkan dapur.
Dek kerana rasa pening dan mual yang semakin menyengat juga hampir menyebabkan pandangan Aisya menjadi kelam.
Kabinet dapur menjadi penyokong untuk Aisya bertahan dari terus rebah ke lantai. Kain pengelap dapur yang berada di tangan, diletakkan di pinggir sinki kerana untuk meneruskan lagi kerjanya itu, Aisya sudah tidak berdaya.
Lalu, dengan perlahan tubuh kecilnya mula melabuhkan duduk di atas lantai yang sejuk itu sebagai tempat untuk dia melepaskan lelahnya sebentar. Cukup untuk sementara sahaja sebelum kerjanya disambung semula.
Belakang tubuh disandarkan pada kabinet dapur dengan posisi kaki yang bersimpuh. Keringat yang mengalir dari dahi mulusnya dikesat lembut dengan menggunakan hujung tudungnya.
Perut kempisnya yang terselindung di sebalik bajunya dielus dan diusap perlahan secara gerakan yang membulat.
Simpulan senyuman yang manis terukir pada wajah Aisya apabila mengenangkan perihal kandungannya. Air mata, lelah, penat serta kesakitan yang dirasakan selama ini olehnya, kini semua itu seakan terubat dengan kehadiran bakal cahaya matanya yang sangat disyukuri oleh Aisya.
Hati kecilnya setiap waktu melafazkan kalimah syukur di atas anugerah yang sangat bernilai ini.
Meskipun kandungan ini dibantah dan dinafikan oleh suaminya sendiri, tetapi sekelumit rasa menyesal ataupun rasa ingin menghapuskan kandungannya itu langsung tidak pernah terlintas di akalnya.
Aisya rela menjadi tempat untuk Riyyadh melunaskan nafsu buasnya asalkan lelaki itu bersetuju untuk tidak menggugurkan kandungan ini.
Nyawa yang terbentuk di dalam rahimnya ini adalah darah daging Riyyadh sendiri. Walau sedalam mana pun kebencian Riyyadh terhadap dirinya, namun Aisya masih utuh menghormati lelaki itu bahkan menturuti setiap permintaan Riyyadh tanpa mengendahkan setiap rasa sakit yang ditanggung olehnya.
Kerana, kasih Aisya sebagai seorang isteri hanya diberikan kepada Riyyadh iaitu suaminya yang sah dan halal. Walaupun hati dan tubuhnya meninggalkan parut yang akan kekal buat selamanya, tetapi di saat ini juga hanya Riyyadh seorang sahaja satu-satunya insan yang Aisya ada di dunia ini. Satu-satunya keluarga yang Aisya punya.
Sungguh hati gadis itu begitu bersih dan mulia.
Cuma hanya Riyyadh sahaja yang masih belum celik matanya untuk menjaga dan melindungi permata yang dianugerahkan kepadanya itu. Malah, kaca pula yang menjadi impiannya.
Aisya masih setia mengusap permukaan perutnya. "Anak ibu nak ibu berehat ya, sayang? Hmm?" Bicara Aisya sambil memandang ke arah perutnya.
"Ibu tak boleh berehat, sayang. Ibu kena siapkan makanan. Nanti babah balik nak makan. Kesian babah balik kerja nanti ibu masih tak masak lagi. Lagipun harini babah ada tetamu. Jadi, ibu kena masak banyak banyak. Sayang teman ibu, ya? Nanti dah siap, kita berehat ya sayang?"
Tidak lain tidak bukan, tetamu yang dimaksudkan oleh Aisya itu ada Tiara.
Renungan Aisya menjadi kosong. Keluhan terlepas dari sepasang bibir munggilnya yang berwarna merah delima asli itu.
Tidak lama lagi, Tiara bakal menjadi isteri Riyyadh. Tetapi, yang membimbangkan Aisya ketika ini adalah mengenai status dirinya dan Riyyadh. Apakah penerimaan Tiara jika mengetahui bahawa mereka berdua merupakan pasangan suami isteri?
Mungkinkah Aisya akan diduakan ataupun dilepaskan?
Ataupun selamanya Aisya akan disimpan menjadi isteri rahsia kepada Riyyadh?
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...