"KAU JUJUR DENGAN AKU, AISYA! KAU TAK MAKAN PIL TU KAN?! JAWAB!!!"
Rambut panjang Aisya ditarik kasar ke bawah sehingga wajah gadis itu terdongak ke atas.
Tangan berurat Riyyadh yang menjambak rambutnya cuba dirungkaikan oleh Aisya.
"Saakit tuann...tt-ttolong llepas-kann..ssakitt..." Sinar mata Riyyadh yang memancarkan api kemarahan ditatap redup oleh Aisya.
Rembesan air matanya mengalir lebat. Aisya sendiri juga tidak pernah menyangka bahawa dia kini sedang membawa satu nyawa bersamanya juga. Dan di saat ini, jujur Aisya akui, dia tidak tahu untuk bereaksi bagaimana. Kerana kandungannya tidak akan diterima oleh Riyyadh.
Sungguh berita ini bukanlah satu berita yang gembira buat Riyyadh dan dirinya. Kerana apa pun terjadi, Riyyadh pasti akan mencari cara untuk menggugurkan kandungan Aisya.
Rintihan Aisya itu semakin menyemarakkan baran Riyyadh. "JAWABLAH SIAL! KAU TAK PAYAH NAK MENGADU SAKIT!" Jerkah Riyyadh.
Malah genggamannya pada rambut Aisya semakin kasar dan menyakitkan gadis itu.
"Aa-aisyaa mmakan---p-ppil tu---"
"EH BODOH! KALAU KAU MAKAN, KAU TAK AKAN MENGANDUNGLAH SIAL! MACAM MANA KAU BOLEH MENGANDUNG KALAU KAU TAK SKIPPED MAKAN PIL TU?! MACAM MANA?!" Potong Riyyadh dengan mendadak.
Di dalam hati, dia seakan ingin membunuh gadis di hadapannya ini. Kewarasannya hampir hilang ditelan amarah.
"Aaisya---ttak tahu..." Seulas bibir munggil itu bergetar ketakutan. Dia takut. Dia takut andai dia akan dipukul lagi. Dia takut andai tubuhnya akan 'dijamah' oleh Riyyadh lagi. Dan dia takut jika kandungannya akan dibunuh oleh lelaki durjana itu.
Ya, memang benar Aisya tidak pernah terlepas dari mengambil pil perancang tersebut setiap kali Riyyadh selesai menyetubuhi dirinya. Dia tidak pernah bercakap bohong.
Bunyi geletuk yang terhasil dari Riyyadh menambahkan lagi ketakutan Aisya dengan situasi yang dihadapinya sekarang.
Riyyadh berdecit marah. Lidah ditolak ke isi pipi. Rambut Aisya dilepaskan dengan kasar dan kepala gadis itu ditolak kuat sehingga Aisya yang masih lemah itu terbaring di atas tilam.
"ARGHHHH! FUCK!" Amukan Riyyadh semakin mengganas. Habis segala barang yang ada di dalam bilik itu dilempar ke dinding sehingga berderai menjadi serpihan serpihan kecil.
Telinga ditekup rapat oleh Aisya. Dia mengengsot ke kepala katil dan bertindak memeluk lutut. Aisya tidak mahu kemarahan Riyyadh dilepaskan kepadanya lagi. Dia tidak mahu. Traumanya terhadap Riyyadh mencambah naik di dalam diri Aisya.
Gadis itu sangat ketakutan.
"Ll-lindungi kk-andungann Aisy-syaa Ya Allah..." Perlindungan dipohon agar kandungannya tidak diapa-apakan oleh Riyyadh. Hanya kepada Dia sahaja Aisya berharap dan memohon perlindungan.
"SIAL!!!"
Tempikan Riyyadh membuatkan kedua bahu Aisya terhinjut ke atas. Semakin galak air matanya membasahi wajah.
Cermin meja solek ditumbuk kuat oleh Riyyadh sehingga pantulan wajahnya pada itu terlerai mengikuti serpihan kaca tersebut.
Dan serpihan cermin yang menusuk ke dalam isi dagingnya langsung tidak menjejaskan Riyyadh. Serta lelehan darah pekat yang mula mengalir dari buku limanya juga diibaratkan seperti luka yang tidak terasa olehnya. Kerana amarah dan nafsu menguasai akal dan jiwa lelaki itu.
Pandangan dikalihkan ke arah Aisya. Urat-urat hijau dan ungu mulai timbul di sekitar wajah dan lengannya. Setiap hela nafasnya diiringi dengan kemarahan yang meluap-luap.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...