🥀BAB - 59

36.4K 880 72
                                    

TOK!

TOK!

TOK!

Pintu utama mansion Riyyadh diketuk bertalu-talu oleh Tiara. Cuaca yang panas di luar membuatkan dia menjadi semakin berang.

"Ishhh! Apa yang lambat sangat budak sial tu nak bukak pintu ni?!" Rungut Tiara.

Baru tangannya diangkat untuk mengetuk pintu itu sekali lagi, tepat pada masanya, pintu itu dibuka dari arah dalam.

Muncul susuk tubuh Aisya dari muka pintu tersebut. Aisya yang memakai seluar tracksuit berwarna hitam serta sehelai t-shirt lusuh dan bersaiz agak besar dari tubuh kecil gadis itu dipandang jijik oleh Tiara. Serta tudung sarung yang menutupi kepala Aisya menambahkan lagi rasa jijik dan geli Tiara terhadap gadis itu.

"Kau ni memang lembap eh, budak?! Kau tahu tak dekat luar ni panas?! Kulit aku dah nak melecur kau tahu?! Bodoh!" Dahi Aisya ditunjal kuat.

"Aisya minta maaf, tadi Aisya tengah bersihkan dapur---"

"Diam! Aku tak nak dengarlah alasan basi kau tau!" Potong Tiara dengan nada yang meninggi.

Aisya terus menunduk ke bawah ibarat sang pesalah yang telah melakukan satu kesalahan yang besar.

Tiara mendengus geram. Bahu Aisya dilanggar kasar dan dengan biadab, dia melangkah masuk ke dalam mansion tersebut tanpa menanggalkan kasutnya.

Keluhan disimpan oleh Aisya. Daun pintu utama itu ditutup perlahan olehnya lalu dia juga turut melangkah masuk ke dalam.

Baru beberapa tapak dia melangkah, namanya diseru oleh Tiara yang membuatkan dia segera berhenti.

"Aisya."

"Ya Cik Tiara?" Jawab Aisya dengan lembut dan sopan.

"Buatkan aku air." Angkuh Tiara bertutur sambil menjeling tajam wajah ayu Aisya.

Namun, bibir Aisya yang kelihatan pucat dan terluka itu menarik perhatiannya. Kerana luka itu seolah-olah datang dari kesan gigitan atau cumbuan yang ganas dan kasar.

Wajah Tiara kini penuh dengan curiga. "Kenapa dengan bibir kau tu?" Tanyanya dengan rasa ingin tahu yang meninggi. 

Liur ditelan pahit oleh Aisya. Tidak mungkin dia akan memberitahukan perkara yang sebenar kepada kekasih suaminya itu.

"Aisya terjatuh semalam masa tengah cuci tandas." Buat pertama kalinya, Aisya terpaksa bercakap bohong. Di dalam hati, dia berdoa agar kata-katanya itu dipercayai dan tidak akan diragui oleh Tiara.

Penjelasan Aisya dicerna seketika oleh Tiara. Matanya mengecil menatap tajam wajah gelisah Aisya.

Tetapi, mungkin juga kata-kata Aisya itu ada benarnya. Tidak mungkin luka dan bengkak itu disebabkan oleh kesan dari cumbuan. Siapa yang begitu bodoh hendak mencumbu bibir Aisya yang jijik itu?

Fikir Tiara di dalam hati.

"Lain kali kalau dah jatuh tu, biar mampos terus. Tak payah hidup nak menyusahkan orang."

Aisya hanya diam menyepi. Meskipun kata-kata itu kesat dan kasar, tetapi dia harus membiasakan diri walaupun hatinya ingin berteriak menangis.

"Kau berdiri apa lagi?! Pergilah buatkan air!" Herdik Tiara dengan suara yang begitu lantang.

Melihat wajah polos Aisya membuatkan hati Tiara meluap-luap dengan penuh kebencian.

Segera Aisya berlalu ke dapur bagi membancuh air yang diminta oleh Tiara.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now