🥀BAB - 72

40.8K 1K 60
                                    

"AWAK, SAYA RASA TAK SEDAP HATILAH."

Luah Umairah bersama tangan yang menyentuh dada.

Sisi wajah Rayqal yang sedang tenang memandu ditatap risau.

"Kenapa? Hmm?" Ekor matanya mengerling sekilas pada wajah resah sang isteri.

"Saya rasa risaulah lepas kita hantar Aisya tadi." Jelas Umairah.

"Lah. Awak tak perlulah risau. Kan dia cakap yang ibu dan ayah dia ada."

"Tapi, rumah tu macam dah lama tak ada penghuni. Saya rasa ada sesuatu yang tak kena. Kalau betul lah ibu dan ayah dia ada, mesti diorang dah keluar sambut dia tadi."

Rayqal mati bicara. Ada betulnya juga apa yang isterinya katakan itu.

Kerana sebaik sahaja mereka tiba di rumah ibu Aisya tadi, rumah itu kelihatan sunyi dan suram. Seakan-akan sudah lama ditinggalkan. Bahkan, rumah itu juga dikunci dari arah luar.

Tapi, tidak mungkin Aisya membohongi mereka. Kerana kata gadis itu, ibu dan ayahnya mungkin keluar sebentar untuk membeli barang.

Perasaannya yang turut berasa tidak enak, cuba ditenangkan dengan berfikir positif. Kerana yang pasti, Aisya sudah selamat pulang ke kampung halamannya.

"Tak ada apalah tu. Awak jangan fikirkan sangatlah. Awak sendiri dengarkan yang Aisya kata tu rumah ibu dia. Tak akanlah dia suka-suka hati nak pergi rumah orang lain. Mungkin betul ibu dan ayah dia keluar sekejap. Dah, jangan layankan sangat perasaan awak tu. Tugas kita dah selesai. Aisya pun dah selamat pulang ke rumah ibu dan ayah dia. Kita doa yang baik-baik saja untuk dia. Okay?"

Nada yang lembut dan rendah digunakan oleh Rayqal.

Terdengar isterinya mengeluh panjang.

"Hmm, baiklah kalau awak cakap macam tu." Ringkas Umairah membalas seraya membuang pandangan ke arah luar tingkap kereta.

Perkenalan yang singkat itu membenihkan rasa sayang mereka terhadap Aisya meskipun gadis itu bukanlah darah daging mereka sendiri. Kerana, sifat lemah lembut yang sememangnya tertanam di dalam keperibadian Aisya, berjaya mencuit hati tua mereka. Meskipun gadis itu banyak mendiamkan diri di sepanjang perjalanan, tetapi mereka akur dan menghormati perasaan Aisya.

Gadis itu sungguh berbeza dengan remaja yang sebaya dengannya di luar sana.

Diajak makan, Aisya menolak. Katanya masih tidak lapar.

Dihulurkan wang, masih juga gadis itu menolak. Katanya jangan dibazirkan wang untuk dirinya.

Apabila ditanya dan diajak berbual, hanya sepatah sahaja gadis itu membalas.

Ternyata, Aisya benar-benar ingin pulang ke rumah orang tuanya.

Dan sebenarnya, semasa mereka bergerak ingin pulang ke kota raya semula, Umairah sangat sukar untuk melepaskan Aisya. Hatinya berat. Perasaannya berbelah bahagi. Ingin sahaja dia membawa gadis itu pulang bersamanya dan menjaga gadis itu seperti anak kandungnya sendiri. Ditambah lagi dengan keadaan Aisya yang berbadan dua, semakin mencambah benih kerisauan di lubuk hati Umairah. Akan tetapi, dia tidak boleh berbuat apa-apa dan terpaksa akur dengan keputusan Aisya. Kerana itu adalah pilihannya sendiri.

Cukup, mereka menemani dan menghantar gadis itu sehingga selamat. Selebihnya, diserahkan kepada Yang Esa.










🥀🥀🥀

MANGGA yang terkunci pada pemegang pintu rumah dibuka menggunakan anak kunci yang dijumpa tersimpan di bawah beranda rumah.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now