🥀BAB - 61

39.1K 1K 257
                                    

TANGISAN dan jeritan Aisya bersatu memenuhi setiap pelusuk mansion yang tersergam indah itu.

Ketika ini, Riyyadh hanya diam memerhati tindakan Tiara yang mengheret Aisya tanpa belas kasihan ibarat haiwan yang tidak layak dikasihani oleh mereka. Sanggul Aisya dicengkam kuat dan kasar oleh Tiara sambil tubuh gadis itu diseret ke arah pintu utama.

Tiba di hadapan pintu yang berukiran kayu itu, pintu tersebut dikuak luas dan Tiara dengan kejamnya mengheret Aisya sehingga ke pagar. Setiap pekikan Aisya yang menjerit kesakitan apabila badannya bergesel dengan batu dan tanah langsung tidak mendapat ehsan dari wanita itu.

Malah, Ash serta anak-anak buah Riyyadh yang lain turut diberi tatapan tajam oleh Tiara agar tidak mengikut campur dalam urusan ini. Namun, jelas terpancar riak kasihan pada setiap wajah mereka terutama sekali Ash. Hatinya luluh melihat Aisya yang sedang hamil itu dilayan dengan cara yang sangat tidak berperikemanusiaan.

"Cikkk---"

"DIAM!!!" Lantang suara Tiara menjerkah.

Lantas, dengan sekuat tenaga, tubuh Aisya dihumban keluar dari kawasan mansion tersebut.

Melihatkan Aisya yang cuba untuk merangkak masuk, cepat-cepat Tiara menghalang dengan menutup rapat pintu pagar itu. Aisya yang berada di luar pagar sambil memeluk besi pagar itu ditatap puas.

"Cik Tiara...Aisya merayu jangan buat Aisya macam ni...Aisya dah tak ada siapa-siapa lagi dekat dunia ni...tolong...Aisya minta maaf..." Kedua tapak tangannya disatukan di hadapan Tiara dan Riyyadh yang berdiri tegak di hadapannya. Mereka kini hanya dipisahkan dengan pagar itu sahaja.

Manakala Riyyadh masih diam menyepi tanpa sebarang suara. Renungannya juga kosong seolah tiada perasaan. Entah mengapa hatinya berat untuk melepaskan Aisya. Tetapi, di dalam masa yang sama, dia juga tidak mahu kehilangan Tiara.

"KAU DENGAR SINI ELOK-ELOK YA PEREMPUAN! MULAI DARI SAAT INI, AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU DALAM MANSION NI LAGI! BERAMBUS!!!" Suara Tiara memetir kuat.

"Dan korang jangan sesekali tolong perempuan sundal ni! Kalau aku tahu ada antara korang yang tolong dia, aku akan pastikan hari ni hari terakhir korang bekerja dekat sini! Faham?!" Dengan lagak yang angkuh, Tiara mengugut kesemua anak-anak buah Riyyadh di situ.

Serentak itu, tangan Riyyadh dicapai dan tubuh lelaki itu ditolak paksa agar mengikut langkahnya.

Seakan lembu yang dicucuk hidung, Riyyadh mengekori juga langkah Tiara menuju ke dalam mansionnya tanpa menoleh ke arah Aisya.

"TUAN!!! TUAN, JANGAN TINGGAL AISYA!!! AISYA MINTAK MAAF...Aisya mintak maaf..."

Riyyadh memejam erat kelopak matanya di saat jeritan Aisya menusuk sehingga ke hatinya. Dia dan Tiara melangkah masuk ke dalam mansion itu lalu pintu ditutup dan dikunci oleh wanita itu.

Dan Aisya, melorot jatuh ke jalan bersama tangisannya yang sangat menyayat hati.

"Aa-aisyaaa dah tak ada siapa-siapa lagi dalam dunia ni, tuan......"

Dia takut.

Dia keseorangan.

Dia tiada hala tuju.

Dia tiada wang.

Dia tiada tempat untuk berteduh.

Perut kempisnya dielus lembut. Titisan air matanya menitik jatuh ke atas tangan halusnya.

"Babah dah buang kita, sayang...ibu dah tak kuat...ibu tak kuat......" Rintih Aisya. Sungguh ketika ini jiwanya rapuh serapuhnya.

Ash yang melihat adegan yang meruntun hati itu turut menahan sebak.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now