TIARA yang sedang berjalan sambil membalas mesej dari Johan tersentak di saat ada seseorang yang menghalang laluannya.
Pantas wajah diangkat bagi memandang gerangan tersebut.
"Rafael?" Tanya Tiara hairan.
"Jangan sebut nama aku dengan mulut busuk kau tu." Tegas Rafael.
"Hey, you ni dah gila ke tiba-tiba nak bermusuh dengan I? You tahu tak yang berdiri depan you ni adalah bakal kakak ipar you?! So, watch your language!" Angkuh Tiara membalas. Jari telunjuk dituding tepat di hadapan wajah jejaka muda itu.
Malangnya, sedikitpun Rafael tidak gentar malah dia tertawa dengan kuat dengan gaya yang mengejek.
Kening Tiara berkerut hairan melihat Rafael yang tiba-tiba tertawa setelah mendengarkan kata-katanya tadi.
"HAHAHAHA! Tiara, Tiara. Kau ni boleh masuk dalam animal funniest video kau tahu tak? Ya Allah, aku penatlah nak gelak dengan lawak-lawak binatang macam ni. HAHAHAHAHA!" Tawanya semakin menjadi-jadi dan semakin gamat sehinggakan menarik perhatian orang yang lalu-lalang di sekitar mereka.
Perlakuan Rafael itu mengundang kemarahan Tiara. Bibir diketap geram. Terasa seakan dirinya dicabar dengan perilaku yang biadab dan langsung tidak sama sekali menghormati dirinya selaku kekasih kepada Riyyadh.
"You jangan nak rude dengan I, Raf! Hormat sikit dengan siapa you sedang bercakap ni!" Suara Tiara masih tertahan-tahan kerana mereka masih berada di tempat awam. Imejnya sebagai seorang model harus dijaga serapi yang mungkin.
Tawa Rafael semakin perlahan. Tetapi masih tersisa. Kepala digeleng perlahan.
"Haih, apalah nasib abang aku dapat girlfriend biawak macam kau ni? Penat, penat. Eh biawak, kau dengar sini baik-baik. Selagi aku masih hidup, selagi itulah aku tak akan biarkan kau masuk dan jadi sebahagian dari keluarga aku. Betina biawak macam kau ni tak layak untuk jadi isteri abang aku. Bahkan jauh sekali untuk jadi menantu Mummy aku. Kau. Tak. Layak!" Penuh sinis kata-kata itu dilontarkan kepada Tiara yang wajahnya sudah menjadi merah padam.
"Jaga mulut you, Rafael! You belum kenal I siapa! Dalam sekelip mata sahaja I boleh hancurkan seluruh keluarga you yang tak guna tu! Termasuk you! I layak atau tak layak, tapi abang you tetap cinta dan setia dengan I. You pun jangan fikir yang dia akan duduk diam saja biarkan korang halang cinta kami. Sebelum ni you sendiri pun dah tengokkan, Riyyadh lebih memilih siapa? Dia pilih I sebab I tetap yang utama bagi dia. Jadi, I rasa tak perlu kot you susah-susah datang nak warned I macam sekarang. Just waste my time."
Wajah Tiara menyeringai sinis tatkala Rafael mula bertukar riak.
Dia tidak akan kalah. Apa yang dia mahukan, dia pasti akan mendapatkannya. Bahkan halangan seperti Rafael ini juga sangat mudah untuk dia tempuhi. Halangan yang kecil. Namun, Tiara masih belum tahu mengenai sisi gelap jejaka itu.
Wanita ini dipandang kecil besar sahaja oleh Rafael. Jika diikutkan rasa, mati Tiara dikerjakan olehnya sekarang. Namun, Tiara tidak boleh mati dengan semudah itu sahaja, kerana wanita itu perlu merasa kesakitan dan penderitaan yang lebih dari perbuatannya ketika ini. Biarkan sahaja dia merasa bahawa dirinya sudah menang, kerana kelak dia sendiri akan tewas di dalam permainan ciptannya itu.
Tidak berkata apa, sebaliknya Rafael tenang mengukirkan senyuman yang mengejek. Tangan kanan dimasukkan ke dalam kocek seluar slacknya.
Kepala disenget sedikit sambil jari telunjuk mengetuk-ngetuk dagunya sendiri.
"Hmm, Tiara Tiara. Kesiannya hidup kau ni. Dah macam pengemis aku nampak. Ha tiba-tiba aku teringatlah! Tiara, kau ada kenal tak lelaki nama Johan? Ishhh macam ni, dalam telefon aku, ada satu video porn ni tau. Kau nak tahu tak dalam video tu kan, perempuan tu uishhhh muka dia sebijik macam kau! Memang sebijik! Lepastu kan masa dia mendesah tu, dia asyik sebut nama Johan. Fuhh ada dalam sejam jugaklah aku tengok video tu. Rancak juga diorang masa tu. Dalam kereta pun menjadi ya? Sampai bergoyang kereta tu! Tapi itulah muka perempuan tu memang copy paste muka kaulah! Tak tipu! Memang sama! Dan aku pun ada terfikir jugaklah yang perempuan tu...kau ke eh? Tapi ishh tak akan kau nak curang dengan abang aku kan? Ya lah korang kan love bird? Mustahil kau nak buat benda jijik macam tu. Tapi aku curious sebabnya sebijik betul muka dia dengan kau. Suara pun sama. Haih aku rasa macam nak tunjuklah video tu dekat Riyyadh. Nak suruh dia confirmkan. Mana nak tahu dia cam awek dia kan?"
Sengaja Rafael memancing api kemarahan Tiara. Wajahnya juga penuh dengan sindiran. Berpura-pura terkejut sambil mata membuntang luas. Mulutnya juga ditekup seakan gaya tidak percaya.
Jelas kelihatan Tiara berubah menjadi pucat dan betul-betul terkejut dengan apa yang keluar dari mulut Rafael.
Bagaimana jejaka itu mendapat videonya bersama Johan di dalam kereta dahulu?
Tidak boleh!
Perkara ini tidak boleh dibiarkan!
"HA! By the way, kau nak tengok tak video tu? Kalau nak, aku tunjukkan. Tapi jangan pengsanlah sebab tengok diri kau sendiri dalam video lucah tu." Sambung Rafael lagi.
"HOW DARE YOU?!" Tiara memekik nyaring dan tangan kanannya diangkat untuk menampar wajah Rafael tetapi jejaka itu lebih cekap memintas dengan menahan kukuh tangannya.
Wajah Tiara sangat marah dan berang. Dadanya berombak kasar. Tangannya yang berada di dalam genggaman Rafael cuba ditarik namun kuat jejaka itu menahan. Nafasnya kencang menahan amukan.
"LEPAS! MAKIN KURANG AJAR KAU DENGAN AKU!" Tiara meninggikan suaranya. Pandangan orang sekeliling terhadap mereka tidak menjadi keutamaannya lagi.
Hujung bibir Rafael terjungkit ke atas.
Smirk.
Bad boy style.
"Kenapa kau nak sentap sangat ni? Hmm? Kalau yang dalam video tu bukan kau, kenapa kau yang rasa panas? Releks sudahlah. Sebab kalau orang tu terasa, maknanya dialah yang bersalah kan?"
Tiara merentap kasar tangannya sehingga berjaya. Matanya tajam menikam wajah sinis Rafael. Kemarahannya meluap-luap di saat ini. Sehinggakan tiada bidasan yang mampu terlontar dari mulutnya.
Rafael mengerling sekilas jam tangannya sebelum wajah Tiara kembali dipandang.
"Okaylah bakal kakak ipar tak jadi, aku kena pergi ni. Biasalah aku ni banyak kerja, nak cari duit untuk diri sendiri. Bukannya mengikis duit orang lain macam kau. Aku pergi dulu okay? Ha pasal video tu jangan risaulah, kalau tu bukan kau apalah yang kau nak takutkan sangat kan? Bak pepatah sapa makan cili dia rasa pedas. Tapi kalau kau rasa tomato hah bukan kaulah yang dalam video tu. Jangan sentap okay kalau rasa diri tu tak bersalah? Chau."
Bahu Tiara dilanggar kasar dengan sengaja. Bibir bersiul ceria sambil dia berlalu pergi dari situ meninggalkan Tiara yang sedang disalut kemarahan seorang diri.
Tangan dikepal erat oleh Tiara. "Kau belum kenal aku siapa lagi, Rafael. Aku akan pastikan ajal kau sampai dulu sebelum abang kau!"
Susuk tubuh Rafael yang semakin menghilang dari pandangan ditatap dengan penuh api kebencian dan dendam.
Video itu!
Ya, dia harus mendapatkan video itu dari Rafael sebelum diketahui oleh Riyyadh.
Namun sebelum itu, hidup Rafael tidak akan tenang seperti sebelum ini.
Dia akan pastikan perkara itu terjadi!
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...