SEKUJUR tubuh yang sedang tertidur pulas di atas lantai yang sejuk itu dipandang dengan tatapan yang penuh amarah dan bengis.
Kaki kecil Aisya disepak-sepak kasar oleh Mak Zainah untuk membangunkan gadis itu dari tidurnya.
"Hoi budak! Bangun!" Panggilnya dengan sungguh kasar sekali.
Namun, Aisya masih tidak sedar dari lenanya. Melihatkan itu, perasaan amarah semakin membuak-buak di hati Mak Zainah.
Lalu, matanya meliar cuba untuk mencari sesuatu. Matanya tertancap ke arah sebatang kayu panjang yang terletak di penjuru stor yang itu lalu bergegas mencapai objek itu dengan akal yang penuh jahat.
"Kau tak nak bangun ya? Siap kau!" Tubuh Aisya dipandang sinis olehnya.
Lalu, kayu tersebut diangkat tinggi ke udara, dan kemudian, betis halus Aisya dihentak dengan sangat kuat sehingga gadis itu mendadak bangun dari tidurnya dengan keadaan yang penuh kesakitan dan terkejut.
Dia mengerang sakit sambil telapak tangan kecilnya drastik menyentuh kawasan yang sudah berdenyut dan kebas itu.
Air mata mula berlinang. Terasa seperti tulangnya seakan mahu hancur.
Allah.
Peritnya yang dia rasakan saat ini.
"Sedap kau tidur ya? Mentang-mentang aku kurung kau dekat sini, jadi pandai kau ambil kesempatan." Mak Zainah bertutur dengan penuh sinis.
"Aisya minta maaf mak long. Aisya tak larat. Badan Aisya sakit..." Gadis itu menahan sebak. Wajah bengis mak longnya ditatap penuh sayu dan hiba.
Berang dengan alasan yang diberikan oleh Aisya, lantas betis Aisya yang dipukul olehnya tadi dipijak tanpa belas kasihan.
Meraung kuat Aisya bersama air mata yang bercucuran mengalir dari tubir sepasang mata bulatnya.
Sungguh dia sudah hampir tidak berdaya sekarang ini.
Tiba-tiba rambutnya pula dicekak kasar sehingga terdongak kepalanya ke atas.
"Ssakiittt...mak longgg..." Rintihnya perlahan. Tangan halusnya cuba untuk meleraikan genggaman yang menyakitkan itu, namun tidak berjaya.
PANG!
Sebuah tamparan yang memeritkan pula hinggap pada pipi kanannya. Dan dengan serta merta, kawasan itu bertukar menjadi merah dan meninggalkan kesan jari yang ketara.
"Aku tak kisah dengan sakit kau tu! Yang aku nak sekarang, kau pergi buat semua kerja kau sekarang!" Rambut panjang Aisya dilepaskan dengan kasar sehingga wajah gadis itu hampir tersembam ke lantai.
"Mm-mmak long..Aisya tak larat..Aisya tak boleh nak buat kerja..izinkan Aisya rehat untuk hari ni mak long..Aisya janji hanya sehari ni saja Aisya rehat.." Rayuannya kedengaran sungguh meruntun hati, namun sedikitpun hati keras ibu saudaranya itu terusik, bahkan perkataan ehsan dan simpati langsung tidak wujud buat gadis itu.
Wanita separuh usia itu hanya tertawa sinis. Betis Aisya kembali dipijak olehnya tanpa rasa simpati. Pipi gadis itu dicengkam kuat. Terdengar rintihan dan erangan Aisya yang penuh kesakitan.
"Allah..." Aisya merintih perlahan. Dahi dan keningnya berkerut menahan rasa sakit yang menjalar.
"Aku bela kau bukan untuk kau bersenang lenang dalam rumah ni! Kau sepatutnya bersyukur yang aku ni masih baik hati untuk bela kau budak! Aku tak kisah kau sakit ke dah nak mampus ke apa ke, yang aku tahu semua kerja dalam rumah dah siap sebelum aku balik! Faham?!" Ditunjal kasar dahi mulus Aisya.
Wajah gadis itu turut diludah. Puas hatinya melihat Aisya terseksa.
Ditekan kuat betis Aisya yang dipukul olehnya tadi sebelum dia berlalu pergi. Meninggalkan gadis itu dengan keadaan yang sangat menyayat hati.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...