🥀BAB - 69

37.8K 918 233
                                    

KINI, genap dua bulan sudahpun berlalu. Dan di dalam tempoh itu juga, Aisya dijaga dengan begitu baik oleh Adam. Segala keperluan, makan minum, bahkan kesihatan Aisya serta kandungannya juga dijaga rapi oleh lelaki itu.

Sedikit sebanyak, Aisya dapat menerima segala kebaikan dari lelaki itu dan dia mula selesa dengan perwatakan Adam yang lembut tutur bicaranya.

Senyuman manis Aisya terbentuk apabila baby bumpnya mula terbentuk. Meskipun masih kecil, namun rasa bahagia yang menjengah di dalam sanubari Aisya dirasakan begitu besar dan sangat disyukuri oleh gadis itu.

Alhamdulillah, alahan yang dialami oleh Aisya sudahpun beransur reda. Namun, rasa mual dan peningnya masih laga tersisa.

Walaupun tanpa suami di sisi, Aisya bertekad untuk melahirkan dan membesarkan cahaya matanya walau apa jua yang menjadi rintangan. Berbekalkan kudrat yang masih dikurniakan kepadanya, sedaya upaya dia akan cuba untuk memberikan yang terbaik buat bakal anaknya itu.

Baby bump yang terselindung di sebalik telekung yang dipakai olehnya dielus lembut. "Jadi anak yang baik ya sayang? Doa ibu sentiasa ada untuk sayang." Tutur Aisya sambil menunduk ke arah perutnya.

Kelopak mata Aisya mulai memberat. Jam di dinding dikerling sekilas. Jarum pendek jam hampir menginjak ke angka 12 malam. Tubuh yang terasa letih mula mendorong Aisya untuk melelapkan mata. Lagipula, malam juga sudah semakin larut. Lantas, telekung yang tersarung pada tubuhnya ditanggalkan dan dilipat kemas sebelum diletakkan pada tempatnya semula.

Sedang dia mengemas tempat solatnya, loceng yang berbunyi dari arah luar menyentakkan Aisya.

Dahinya berkerut seribu memikirkan gerangan yang bertandang pada waktu begini.

Bunyi loceng itu diabaikan. Namun, semakin kerap bunyi itu kedengaran.

Akhirnya, Aisya melangkah keluar dari kamar tidurnya sambil menyarungkan tudung pada kepalanya.

Dek kerana kecanggihan yang tersedia lengkap pada kondominium Adam itu, Aisya melihat pada skrin kecil bersebelahan pintu untuk mengenal pasti gerangan yang berada di luar sana.

"Abang Adam?" Aisya menyoal sendiri.

Hairan.

Mengapa lelaki itu datang pada waktu malam sebegini?

Kerana selalunya, Adam akan datang untuk melawatnya hanya pada waktu siang sahaja.

Hati Aisya mula berasa aneh. Namun, kerana mengenangkan bahawa ini adalah kondominium Adam dan dia hanyalah menumpang sahaja, jadi akhirnya Aisya terpaksa juga membuka pintu. Serta kepercayaannya terhadap Adam juga memberanikan Aisya untuk membuka pintu tersebut.

Sebaik sahaja terbuka daun pintu itu, maka terpampanglah wajah Adam di hadapan mata Aisya.

Kening cantik Aisya bertakuk hairan apabila penampilan Adam pada malam itu sangatlah berbeza dari yang kebiasaannya.

Wajah Adam berona merah. Rambutnya juga berserabai. Malah, kemeja yang dituck in di dalam seluarnya juga sudah terkeluar dan empat butang teratas kemeja itu terbuka luas mendedahkan sedikit bahagian dadanya yang berkulit sawa matang.

"Abang?" Panggil Aisya perlahan. Melihatkan sorotan mata Adam yang menilik tubuhnya secara atas dan bawah membuatkan Aisya mula dicengkam dengan rasa takut yang menjalar sehingga ke seluruh tubuh.

Adam menyeringai jahat. Lidahnya mula keluar menjilat permukaan bibirnya yang terasa kering itu.

"Babygirl." Sebut Adam seiring dengan nafas yang memberat. Lalu, tanpa diduga, tubuh kecil Aisya ditolak masuk ke dalam dan tangannya laju menutup serta mengunci rapat pintu utama tersebut.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now