🥀BAB - 10

34.1K 747 64
                                    

KETUKAN pada pintu rumah yang bertalu-talu itu menyebabkan Aisya yang baru sahaja hendak menunaikan solat Isya' tersentak.

TOK!

TOK!

TOK!

Semakin kuat pintu itu diketuk. Seketika kedengaran suara nyaring mak longnya menjerit menyuruhnya agar membuka pintu itu.

"AISYA! BUKAK PINTU TU!"

Telekung ditanggalkan lalu tudung sarungnya dicapai dan disarungkan pada kepala lalu tergesa-gesa keluar dari pintunya.

"Ya, sekejap!" Dia melaung kuat. Kaki dijinjit sedikit untuk membuka selak pintu kayu itu dan sebaik sahaja terbuka, susuk tubuh empat lelaki berbadan tegap dan dua kali ganda besar darinya menyapa pandangan.

"Yy-ya cari siapa?" Tanyanya dengan suara yang bergetar. Gerun dengan wajah dan tatapan bengis dari semua lelaki yang tidak dikenali itu. Mereka semua berbadan tegap dan ukiran tatu memenuhi lengan dan leher mereka. Pakaian mereka juga serba hitam.

"Mana orang tua tu?" Tanya lelaki yang paling di hadapan sekali yang dikenali sebagai Leo.

"Siapa yang encik maksudkan?" Tanya Aisya kembali dengan nada yang perlahan.

Lelaki bernama Leo itu berdecit sinis lalu melangkah setapak demi setapak mendekati Aisya yang jelas kelihatan takut dengan situasi itu.

"Pak Is---"

Belum sempat lelaki itu habis bertutur, suara Pak Ishak kedengaran mencelah.

"Siapa datang tu Aisya?" Tanya Pak Ishak yang baru tiba di situ.

Dan sebaik sahaja dia memandang ke arah empat lelaki tersebut, matanya membulat besar dan riak wajahnya jelas terkejut melihat kehadiran mereka semua ke rumahnya.

Liur ditelan kesat oleh Pak Ishak.

Manakala Leo yang melihat kelibat yang dicarinya sudah kunjung tiba, segera menyunggingkan senyuman yang sinis.

Sebuah glock yang tersisip rapi pada sisi pinggang seluarnya dicapai dan dipusingkan-pusingkan pada jari telunjuknya.

Aisya segera berundur ke belakang saat senjata berbahaya itu dikeluarkan.

"Mr.Leo" Pak Ishak mula resah dan gelisah.

"Bila mau bayar hutang wa? Sudah tiga bulan wa tunggu." Wajah Pak Ishak direnung tajam oleh lelaki berbangsa Cina itu.

"A-aku mintak tangguh dulu. Aku betul-betul tak cukup duit sekarang ni." Pak Ishak merayu.

DUM!

Sofa di ruang tamu itu disepak dengan kuat oleh Leo sehingga terbalik.

"WA DAH BAGI BANYAK MASA DEKAT LU ORANG TUA! DAN MALAM NI WA NAK 800,000 TU ADA DEPAN MATA WA! KALAU TAK, NYAWA LU JADI GALANG GANTINYA!"

Pak Ishak terus duduk melutut di hadapan Leo. Kedua tangannya disatukan bersama kepala yang mendongak memandang ke lelaki bertatu itu.

"Tolong Mr.Leo, aku janji habis bulan ni aku akan bayar 800,000 tu. Tolong bagi aku masa sikit saja lagi dan aku bayar hutang tu."

Dan Leo serta anak-anak buahnya tertawa kuat dan penuh sinis.

Dengan wajah yang jahat, Leo menunduk sedikit tubuhnya ke arah Pak Ishak.

"Hey orang tua. Lu punya kata-kata banyak manis woh. Masa mula-mula pinjam lu kata apa dekat wa? Lu kata dalam masa tiga bulan, lu janji mau bayar. Dan kalau lu tak bayar, lu sendiri suruh wa potong tangan dan kaki lu kan?" Pipi Pak Ishak ditepuk kuat. Glock yang dipegang juga diacu tepat pada dahi lelaki tua itu. Bibirnya melorekkan senyuman yang sinis melihat wajah ketakutan lelaki tua yang tidak sedar itu.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now