🥀BAB - 34

34.7K 823 162
                                    

LEHER yang terasa lenguh dan sengal diregangkan ke kiri dan kanan. Dari pagi sehingga ke petang dia sibuk menguruskan hal syarikatnya yang mengalami sedikit masalah. Hampir sepuluh orang pekerjanya dipecat oleh Riyyadh sendiri kerana melakukan kesilapan yang kecil.

Kejam?

Ya, dia seorang yang kejam dan panas baran. Tidak dipedulikan rayuan dan kata maaf dari mereka semua kerana kesalahan tetap kesalahan baginya. Tiada lagi peluang kedua yang layak diberikan untuk mereka semua.

Tiga butang teratas kemeja pejabatnya dibuka dengan rasa yang malas. Dan sedang dia berjalan, matanya terpandang akan sebuah kereta mewah yang sangat dikenali olehnya itu.

Dia berhenti seketika lalu merenung tajam ke arah kenderaan itu.

"Mummy, Daddy." Sebutnya perlahan.

Apa yang mereka buat di sini?

Sesaat matanya terbuntang luas apabila dia teringatkan Aisya.

Tidak!

Mummy dan Daddy sepatutnya tidak boleh mengetahui akan kewujudan Aisya di mansionnya.

Dengan langkah yang laju dan tergesa-gesa, Riyyadh bergegas masuk ke dalam mansionnya. Briefcase yang dibimbit bersamanya tadi dilempar kasar ke atas sofa di ruang tamu.

Tangannya dicekak ke pinggang seraya mata helangnya meliar ke sekeliling ruang.

Dan tidak menunggu lama, jelas pada pendengarannya suara orang berbual-bual yang datang dari arah ruang makan.

Kaki panjangnya melangkah laju ke arah suara-suara tersebut dan tepat seperti tekaannya, Aisya dilihat sedang berbual-bual bersama Mummy dan Daddynya di meja makan.

"Apa korang buat dekat sini?" Seakan tiada adab, dia menegur kasar ke arah Rayden dan Safiyah. Tangan dibawa memeluk tubuh sambil merenung dingin ke arah mereka bertiga.

Nada yang kasar dan biadab.

Serentak semua yang berada di situ berpaling ke arah Riyyadh. Hanya Aisya sahaja yang menundukkan pandangannya ke bawah bersama tangan yang digenggam erat. Dia takut.

"Iyad." Safiyah berdiri dan menuju ke arah Riyyadh lalu dipeluk erat tubuh sang anak. Melepaskan rindu yang terpendam sekian lama. Mengalir air matanya kerana terlalu merindui akan anak sulungnya itu.

Tch.

Riyyadh berdecit sinis lalu dengan kasar dia merungkaikan pelukan Safiyah pada tubuhnya dan menolak jauh wanita itu sehingga Safiyah hampir terjatuh namun pantas ditahan oleh Rayden.

Renungan yang tajam diberikan oleh Rayden kepada Riyyadh. Rahang diketap geram melihat sikap kurang ajar anaknya itu.

"HORMAT SIKIT MUMMY KAU, IYAD! JANGAN SAMPAI AKU AJAR CARA NAK HORMATKAN ORANG TUA!" Jerkah Rayden bersama wajah yang bengis dan menyinga. Difikirkan anaknya itu sudah berubah. Ternyata tidak. Malah, semakin melampau!

Sudah lama sisi barannya tidak muncul. Jadi, jangan sesekali dicabar barannya.

Safiyah menekup erat mulutnya menahan tangisan yang ingin dihamburkan. Tergamak Riyyadh sanggup menolaknya.

Apa lagi kurangnya dia dalam mendidik anak-anaknya?

Riak wajah yang biasa dipamerkan oleh Riyyadh. Tiada langsung rasa bersalah di dalam jiwanya setelah memperlakukan ibu kandungnya seperti itu. Malah, dia masih boleh menyimpulkan senyuman yang sinis kepada Rayden. Seakan mencabar kesabaran Daddynya itu.

"Perlu ke aku hormat orang yang tak hormat dengan keputusan aku?" Panggilannya juga sudah berubah. Sungguh lelaki ini sudah tiada pedoman agama di dalam dirinya.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now