KELIHATAN seorang jejaka sedang berdiri di hadapan pintu masuk utama sebuah kelab malam yang terkemuka di ibu kota.
Alamat yang tertera pada skrin telefon bimbitnya dibaca berulang kali oleh jejaka tersebut bagi memastikan dia tidak tersalah destinasi.
Setelah dipastikan bahawa alamat tersebut adalah benar, kemudiannya dia melangkah ke arah pintu masuk utama yang sedang dikawal oleh dua orang pengawal peribadi yang bertubuh tegap dan berpakaian serba hitam serta berkaca mata hitam.
Tanpa menghiraukan kewujudan dua pengawal peribadi tersebut, jejaka itu tenang melangkah dengan bersahaja. Namun, langkahnya dihalang saat dua lelaki tersebut menahannya.
"Kad?" Tanya salah seorang dari pengawal peribadi tersebut.
"Kad apa?" Tanya jejaka tersebut hairan.
"Nak masuk dalam kelab ni kena ada kad VVIP." Jawab pengawal peribadi yang jauh lebih besar susuk tubuhnya jika hendak dibandingkan dengan jejaka itu.
Sudut bibir jejaka itu terjungkit sinis. "Tapi aku kenal dengan owner tempat ni. Mr.Leo." Jawabnya sinis.
"Maaf, tak boleh masuk selagi tak tunjukkan kad."
Berang dengan arahan tersebut, lantas jejaka itu menolak tubuh pengawal peribadi yang sedang menghalang laluannya dan segera ingin memintas.
Namun, tubuhnya ditarik kasar dari arah belakang sehingga dia tercampak ke lantai.
"APA MASALAH KAUORANG?! AKU CAKAP AKU NAK MASUK, AKU NAK MASUKLAH!" Is melengking kuat bersama dada yang berombak kasar.
Akan tetapi, reaksi dua pengawal peribadi itu masih sama. Tenang tanpa sebarang riak wajah. Masing-masing berpeluk tubuh memandang kosong ke arah Is.
Is yang masih tidak berpuas hati dengan layanan yang kasar itu, segera bangun dan ingin mencelah menuju ke arah pintu utama. Namun, sekali lagi tubuhnya ditolak kasar oleh pengawal peribadi itu.
"AKU NAK MASUK! AKU NAK JUMPA AISYA! BAGI AKU MASUKLAH BODOH!!!" Is menjerit kuat seperti orang yang tidak waras.
"Orang luar dilarang masuk melainkan ada kad." Tenang sahaja pengawal peribadi tersebut mengendalikan situasi.
"BODOH! BAGI AKU JUMPA MR.LEO! AKU KENAL DIA! DAN DIA PUN KENAL AKU!"
"Maaf, hanya orang tertentu sahaja yang boleh berjumpa dengan Mr.Leo."
Dengan perasaan amarah yang membuak-buak, Is segera menuju ke arah salah seorang pengawal peribadi tersebut lalu cuba melayangkan sebuah penumbuk kepada lelaki itu namun gerakannya pantas dibaca dan ditahan sebelum tangannya dikilas ke belakang manakala belakang lututnya ditendang kuat sehingga dia jatuh meniarap di atas lantai.
Lalu, sepucuk glock dihala tepat pada kepalanya.
"LEPASKAN AKU!!! LEPASKAN!!!" Is cuba meronta agar terlepas dari pegangan lelaki itu namun seni pertahanan dirinya tidak secekap pengawal peribadi tersebut.
Sedang mereka bergelut, tiba-tiba satu suara menegur sekaligus menghentikan pergelutan antara Is dengan pengawal peribadi tersebut.
"Woo, woo, what the hell is going on?" Mr.Leo yang baru tiba di situ berkerut hairan melihat anak buahnya sedang bergelut dengan seorang jejaka dihadapan pintu masuk kelab malam miliknya. Jika perkara ini dibiarkan, boleh mengganggu urusan perniagaannya di situ.
"Dia cuba nak masuk, tapi tak ada kad, bos." Terang salah seorang pengawal peribadi itu.
Mr.Leo berkerut hairan lalu menyengetkan sedikit kepalanya agar dapat melihat wajah jejaka tersebut dengan lebih jelas. Setelah beberapa saat, dia sudah mula dapat mengecam akan gerangan itu.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...