🥀BAB - 48

34K 867 94
                                    

SUSUK tubuh Rafif dan Rafael yang sedang berdiri di hadapan pintu pagar mansion mewah milik Riyyadh diperhatikan oleh lelaki itu melalui rakaman CCTV di Ipad miliknya.

Wajahnya juga turut menyeringai jahat.

Nombor telefon Ash dihubungi dan beberapa saat sahaja panggilan itu bersambung.

"Don't let them in." Arahnya tegas.

"Tapi tuan, itu kan adik-adik tuan." Ash membalas di hujung talian.

"Aku atau diorang yang bayar gaji kau?" Gertak Riyyadh dengan nada yang angkuh.

"Tuan." Jawab Ash perlahan.

"Jadi, arahan siapa yang kau seharusnya patuh?"

"Arahan tuan."

"Buona." (Bagus.) Tutur Riyyadh di dalam bahasa Itali dan terus panggilan ditamatkan olehnya.

Bibir masih kekal dengan senyuman sinisnya.

Badan disandar pada kerusi kerja yang sedang diduduki bersama kaki yang disilang gaya bossy. Kepalanya mendongak ke atas. Nafas dihela panjang. Seharian dia berada di bilik kerjanya dan terasa letih tubuhnya.

Leher diregangkan ke kiri dan kanan sehingga menghasilkan bunyi yang kuat. Lega dan segar rasanya.

Mata dipejam seketika untuk merehatkan diri sebelum kertas kerja kembali disiapkan semula.

Lima minit berlalu, ketukan pada pintu bilik kerjanya lantas menyentakkan Riyyadh.

"Masuk." Laungnya dengan nada yang sederhana kuat.

Mata dicelik luas dan susuk tubuh Aisya yang sedang melangkah masuk sambil membawa segelas susu diperhatikan tanpa lepas.

Sebentar tadi, dia meminta gadis itu untuk membancuhkan segelas susu suam kepadanya dan dibawa naik ke bilik kerjanya.

Sepasang iris coklat itu masih terarah ke atas setiap gerak geri Aisya.

Lenggok Aisya.

Wajah ayu Aisya.

Lekuk tubuh Aisya.

Semuanya diperhatikan dengan tajam dan teliti.

Tanpa sebarang suara, Aisya meletakkan gelas itu di atas meja kerja Riyyadh sambil dadanya berdebar laju dan hebat. Setiap kali dia berada berhampiran dengan suaminya itu, pasti ketakutan dan rasa traumanya akan kembali menghurung.

Dan sebaik sahaja gelas itu selamat berada di atas meja yang berlapikkan kaca itu, tanpa diduga tangan halus Aisya digenggam oleh tangan Riyyadh yang besar dan berurat itu.

Terhenti pergerakan Aisya sambil tangannya dipandang bersama liur yang kelat.

"Come flower, teman aku buat kerja." Suara garau Riyyadh memecahkan suasana yang sepi di antara mereka berdua.

"Aisya---arghhhhh!!!" Tarikan yang kuat pada lengannya mencetuskan jeritan Aisya yang sememangnya tidak menduga dengan tindakan Riyyadh itu.

Punggungnya tepat jatuh ke atas riba lelaki itu. Usah dikata perihal jantungnya, seakan mahu terlompat keluar dan aliran darah juga seakan berhenti mengalir ke seluruh tubuh menjadikan wajah Aisya berubah pucat.

"Shhh, stay still flower." Riyyadh berbisik lembut. Kedudukan Aisya di atas pangkuannya dibetulkan.

Aisya yang tidak tahu untuk bereaksi bagaimana hanya mendiamkan dirinya sahaja sambil menunduk memandang ke bawah. Tubuhnya kejung dan mengeras di saat tangan Riyyadh mula menjalar masuk ke dalam baju yang dipakai olehnya.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now