🥀BAB - 37

43.1K 813 179
                                    

MANGKUK kecil yang berisi air kosong itu dihampiri oleh Aisya. Dengan keadaannya yang digari dan dirantai pada lehernya menyukarkan pergerakan gadis malang itu.

Tiga hari.

Tiga hari dia dikurung di dalam bilik penyeksaan itu dan hanya dibekalkan dengan semangkuk air kosong sahaja.

Keadaan Aisya sekarang ini juga tidak ubah seperti seekor binatang yang dikurung di dalam sangkar.

Air matanya juga sudah kering dan tidak mampu untuk mengalir lagi. Bahkan untuk bersuara juga Aisya sudah tidak berdaya.

Dengan keadaan yang mengengsot, mangkuk air itu didekati oleh Aisya dan kepalanya direndahkan ke bawah untuk dia mencicip air itu. Sungguh situasi Aisya ibarat seekor haiwan yang tidak layak dikasihani.

Dek kerana tangannya digari, jadi Aisya terpaksa menjelirkan lidahnya untuk mencicip air itu.

Namun, pintu yang tiba-tiba dibuka dari arah luar itu mengejutkan Aisya. Saat melihat wajah tegang Riyyadh yang menyapa pandangannya, segera Aisya merapatkan dirinya pada penjuru dinding bersama wajah yang takut.

Dan di tangan lelaki itu terdapat sebotol air minuman dan sebungkus roti yang dibawa bersama oleh Riyyadh.

Riak wajah yang dipamerkan oleh Riyyadh kekal tegang dan menggerunkan.

Mata dipejam erat oleh Aisya saat lelaki itu sudah tiba di hadapannya. Dengan sebelah lutut yang ditongkatkan pada lantai, Riyyadh menatap Aisya tajam.

"Pandang aku, Aisya." Arah Riyyadh cukup ringkas namun suaranya kedengaran tegas dan dalam.

Gerun mendengar suara garau yang tegas itu, dengan perlahan Aisya mencelikkan matanya.

Tidak sampai sesaat dia bertentangan dengan sepasang iris coklat itu, cepat-cepat dia menunduk ke bawah untuk melarikan pandangan. Kerana Aisya terlalu takut untuk berhadapan dengan bapa syaitan itu.

Melihatkan penolakan Aisya, Riyyadh menggeram kesal. Lalu, pipi gadis itu direngkuh kasar sehingga wajah Aisya terdongak menatap ke arahnya.

"Haus?" Tanya Riyyadh sepatah.

Dengan lemah Aisya mengangguk.

"Lapar?" Tanya Riyyadh lagi.

Aisya mengangguk lagi.

Bibir Riyyadh tersungging sinis dan penuh misteri.

Pipi Aisya dilepaskan lalu rambut gadis itu yang berserabai dan kusut, diusap dengan lembut. Drastik Aisya bergerak ke belakang saat telapak tangan besar Riyyadh menyentuh kepalanya.

"Come, makan sikit. Lepastu rehat okay?" Ujar Riyyadh secara tiba-tiba dengan nada dan suara yang berubah lembut.

Senyuman yang kacak juga turut dihadiahkan buat Aisya yang termangu-mangu menatap hairan ke arahnya.

Dahi Aisya dikucup sekilas lalu gari yang mengunci kedua tangan serta kaki gadis itu dibuka. Dari sudut mata Riyyadh, dia dapat melihat dengan jelas kesan lebam berwarna biru kehitaman yang menghiasi pergelangan tangan serta kaki Aisya.

Namun dia hanya mengendahkan sahaja.

Kemudiannya, bungkusan roti yang dibawa bersamanya tadi dicapai dan dibuka plastiknya sebelum roti itu disua ke arah Aisya.

Terkejut dan hairan dengan perubahan sikap Riyyadh membuatkan Aisya hanya memandang sahaja ke arah huluran itu bersama hati yang berbelah bahagi. Dia lapar. Sangat lapar. Namun dia takut dengan layanan baik Riyyadh yang secara tiba-tiba itu. Sangat mustahil untuk lelaki itu melayannya sebegini.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now