🥀BAB - 42

41.4K 802 155
                                    

BANG!

"ARGHHH!!!" Jeritan kesakitan Is kedengaran kuat menghiasi jalan yang sunyi itu di saat satu peluru hidup yang tiba-tiba datang dari arah belakang menerombosi isi lengannya.

Serta-merta perbuatan terkutuknya ke atas Aisya terhenti.

Dan tidak semena-mena, belakang tubuhnya dihentak kuat oleh seseorang sehingga Is tersungkur ke tanah bersama raungan yang penuh kesakitan.

"ARGHH! SIAL! KORANG SAPA HAH?!" Jerkah Is dengan berang sambil menekup kesan tembakan pada lengan kanannya yang mula mengalirkan cecair merah dengan banyak. Wajahnya juga berkerut bersama peluh yang mula membasahi dahinya.

"Erghhh sakit!" Tubuhnya terbongkok ke bawah menahan rasa sakit yang menjalar. Gigi turut diketap erat sehingga bunyinya jelas kedengaran.

"You touched what's mine, dude." Satu suara garau yang berbisik di sebelah telinga kanan Is membuatkan jejaka itu pantas memanggungkan wajahnya untuk melihat gerangan tersebut.

Mata Is membuntang luas melihat wajah tenang seorang lelaki berpakaian serba hitam yang sedang merenung tajam ke arahnya sambil di tangan lelaki itu terdapat sepucuk glock yang dipusingkan berkali-kali dengan cekap.

Riyyadh tersenyum sinis memandang wajah Is yang berkerut sakit.

Ya, dia tahu siapa jejaka itu. Sepupu Aisya yang sangat obses dengan bunga miliknya.

Segala maklumat peribadi Is bahkan perihal mak long dan pak long Aisya juga tersemat rapi di dalam genggamannya semenjak hari pertama gadis itu menjadi tawanannya.

Dan dari sudut mata, Riyyadh dapt melihat dengan jelas tubuh Aisya yang terbaring di atas kerusi kereta tanpa sebarang pakaian yang menutupi tubuh gadis itu.

Amarahnya mula membara tatkala ada yang berani menyentuh sesuatu yang merupakan hak miliknya dan lebih-lebih lagi Aisya.

Kemudiannya isyarat mata diberikan kepada anak-anak buahnya yang berdiri tegak di belakang Is tanpa jejaka itu sedari.

Lalu, dengan satu tendangan yang kuat pada belakang lutut Is, jejaka itu jatuh melutut ke tanah bersama raungan yang kuat.

Manakala anak buah Riyyadh yang menendang Is tadi bergerak pantas lalu menjambak kasar rambut jejaka muda itu sehingga kepala Is terdongak ke atas memandang Riyyadh yang sudah tiba di hadapannya.

"Iskandar or I should call you abang Is?" Sebut Riyyadh dengan nada yang psiko. Malah, glock di tangan juga semakin diputar laju dengan cekap sekali.

Bibirnya melorekkan sebuah senyuman yang kacak namun dingin dan menggerunkan.

"Kau tahu tak yang kau dah buat satu kesalahan yang besar dalam hidup kau, hmm? Kau dah sentuh 'bunga' aku dengan tangan dan bibir kau yang jijik tu. So, apa yang patut aku buat ya dekat sepupu Aisya ni? Hmm?"

Muncung glock yang berada di tangan kemudiannya dihala tepat pada dahi Is yang berpeluh lebat itu.

Jelas bibir jejaka itu bergetar takut dan wajahnya mula berubah pucat. Jika Riyyadh menarik picu glock tersebut, maka riwayat Is akan berakhir di situ dengan serta-merta.

Mata dipejam erat saat muncung glock itu semakin ditekan kuat pada dahinya sehingga dia mula terasa sakit.

"Ttapi dia milik aku!" Lawan Is yang tidak mengalah untuk mendapatkan Aisya semula.

Matanya juga mencerlung garang ke arah Riyyadh yang hanya tenang dan tersenyum nipis mendengarkan kata-kata itu.

Muncung glock dijatuhkan dari dahi Is lalu dengan perlahan, Riyyadh duduk mencangkung di hadapan jejaka itu.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now