🥀BAB - 47

36.5K 899 78
                                    

"FIF, KAU TAK NAK BUAT SESUATU KE DEKAT ALONG? KAU TAHUKAN APA YANG JADI?"

Rafif yang sedang mengemas sejadahnya di dalam bilik terus memalingkan kepala ke arah Rafael yang sedang bersandar di muka pintu biliknya.

Keluhan dilontar panjang oleh jejaka muda itu.

Songkok ditanggalkan dan diletakkan di atas meja solek sebelum punggung dilabuhkan pada birai katil.

Rafael juga turut melangkah ke arah adiknya dan mengambil tempat di sebelah Rafif.

Suasana menjadi sepi di antara mereka. Hanya bunyi penghawa dingin sahaja yang kedengaran.

"Ambil masa kalau nak buang benda tu. Sebab betina tu dah guna lama dekat along. Dan along sendiri kena kuat untuk lawan." Suara Rafif memecahkan suasana.

Rafael mengeluh berat dan terus merebahkan tubuh di atas tilam.

Siling dipandang kosong olehnya. Hatinya gusar memikirkan keadaan Riyyadh yang semakin jauh dari mereka semua dan semakin jauh dari Sang Pencipta.

Apakah masih ada peluang untuk abangnya itu pulang ke pangkuan mereka semula?

"Macam mana along nak lawan kalau hari-hari dia asyik berkepit dengan betina tu?" Balas Rafael pula.

"Dia boleh lawan. Aku tahu along boleh."

"Hmm yalah, fif kau ada tengok tak budak perempuan yang Mummy dan Daddy cerita haritu?"

Rafif memandang Rafael hairan. "Budak perempuan yang mana?"

"Alaa yang Mummy Daddy kata tinggal dekat rumah along tu." Rafael membalas. Wajah Rafif dipandang kembali.

"Ouh! Yang namanya Aisya tu kan?"

"Yalah yang itu. Kau tak rasa pelik ke? Macam mana along boleh ambil budak bawah umur jadi maid dia? Dan kau tak rasa risau ke Aisya tu tinggal sekali dengan along? Kau pun tahukan along macam mana?" Bertalu-talu soalan yang dilemparkan kepada Rafif.

Dan adiknya itu juga mengangguk setuju. "Ya aku pun fikir macam kau jugak. Aku tak rasa yang budak tu hanya maid along saja. Ada something yang along rahsiakan dari kita. Dan kenapa pulak tiba-tiba Mak Mah nak berhenti? Melainkan along yang arahkan Mak Mah untuk berhenti. Betul tak?"

Rafif cuba menebak dengan andaiannya sendiri.

Jujur, apabila Safiyah dan Rayden memberitahu mereka perihal Aisya, mereka tergamam dan jelas tidak menduga akan perkara itu.

Mengapa Riyyadh boleh terfikir untuk menjadikan seorang gadis remaja bawah umur untuk menjadi pembantu rumahnya dan menetap sebumbung dengannya?

Ke mana hilangnya akal lelaki itu?

"Betul. Aku pun rasa benda yang sama. Atau lebih tepat lagi, along ada sesuatu dengan Aisya." Balas Rafael.

Rafif mengangguk setuju dengan kata-kata abang keduanya itu.

"Kau free esok?" Tanya Rafael lagi. Kali ini dia sudah bangun dari baringannya.

"Malam je aku free. Asal?"

Senyuman misteri terbit pada wajah Rafael.

"Esok malam kita pergi rumah along." Cadang Rafael.

"Kita dua je ke? Ryan dengan adik bawak sekali tak?"

Rafael menggeleng. "No need. Bahaya bawak diorang. Mummy dengan Daddy pun along berani nak baran apatah lagi kalau dengan budak-budak tu. Aku tak nak family kita ada yang tercedera lagi disebabkan along. Jadi, biar kita dua je yang pergi. Amacam? On?"

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now