🥀BAB - 13

43K 842 69
                                    

"SAYANG?"

Safiyah yang sedang duduk termenung di atas katil tersentak saat dirinya dipanggil oleh Rayden.

Bingkai gambar yang dipegang sebentar tadi diletakkan ke tepi sebelum membalas sapaan dari suaminya itu.

"Ya abang?"

Rayden mengukirkan senyuman yang nipis lalu songkok yang tersarung di kepala, ditanggalkan dan diletakkan di atas meja solek. Lalu, kaki panjangnya melangkah ke arah Safiyah sebelum dia turut mengambil tempat di hadapan cinta hatinya itu.

Tangan Safiyah digenggam dan dikucup hangat. "Buat apa?" Tanyanya lembut seraya sepasang iris hazelnya tidak lepas dari merenung seraut wajah yang cantik itu. Meskipun sudah ditelan usia, namun kecantikan isterinya itu tetap terserlah dan semakin menawan.

"Fiya rindukan Iyad." Jawab Safiyah dengan nada yang melirih perlahan. Wajah ditundukkan ke bawah bagi menahan air mata yang ingin keluar saat nama anaknya disebut. Terlalu rindukan akan anak sulungnya itu.

Satu keluhan yang panjang dilepaskan oleh Rayden.

"Nanti abang pergi jumpa dia okay?" Rayden cuba memujuk.

"Kenapa Iyad buat kita macam ni? Kenapa dia sanggup buang kita? Fiya rindukan Iyad yang dulu." Wajah tampan Rayden ditatap bersama takungan air mata yang membanjiri tubir matanya.

Terdiam Rayden tanpa bicara. Dia juga turut merindui anak lelakinya itu. Jujur dari lubuk hatinya, dia turut merasa kesedihan yang dirasakan oleh Safiyah.

Tidak tahu di mana silapnya di dalam mendidik Riyyadh. Mungkinkah kerana dia terlalu bertegas selama ini?

Tangan Safiyah dielus perlahan lalu tubuh langsing wanita itu diangkat dengan mudah dan didudukkan di atas pangkuannya. Belakang tubuh isterinya itu diusap-usap perlahan seraya sebuah kucupan yang hangat dihadiahkan pada ubun-ubun Safiyah.

Dan Safiyah terus merangkul erat leher Rayden dan menyembunyikan wajahnya pada leher lelaki itu lalu melepaskan tangisan yang sudah lama terbuku di hati.

"Shhh, tak nak menangis sayang. Abang minta maaf bergaduh dengan Iyad haritu. Abang minta maaf."

"Fiya...Fiya cuma nak Iyad...kenapa Iyad jadi macam ni? Apa kurang Fiya dalam mendidik dia, abang?" Adu Safiyah kecewa.

Mata dipejam erat oleh Rayden. Hatinya diruntun hiba. Setitis air matanya juga turut mengalir namun pantas diseka olehnya. Tidak mahu Safiyah turut melihat kesedihan yang dirasakannnya.

"Abang janji abang akan bawak balik Iyad. Abang janji."

Wajah basah Safiyah dijarakkan dari lehernya lalu jari jemarinya naik menyapu juraian air mata yang membasahi seraut wajah yang cantik itu.

Dahi dilekapkan pada dahi Safiyah sementara pinggang ramping wanita itu dipeluk erat.

"Listen here. Selagi abang bernafas, abang akan pastikan keluarga kita akan jadi macam dulu semula. Abang akan bawak balik Iyad. Abang akan pujuk dia. Itu janji abang." Tutur Rayden lembut.

Kata-kata itu dibalas dengan anggukan yang perlahan dari Safiyah. Air matanya masih tidak henti mengalir. Terlalu mengharapkan kepulangan Riyyadh ke pangkuan mereka semula.

"Fiya rindu Iyad. Sangat-sangat..."

"Ya, abang pun rindukan Iyad. Abang janji abang akan bawak balik anak kita semula. Ya sayang?"

Sejurus itu, tubuh Safiyah terus ditarik masuk ke dalam dakapannya. Membiarkan wanita itu menangis di dalam dakapan hangatnya.

Dia akan berusaha untuk memulihkan semula hubungan mereka sekeluarga. Akan Rayden penuhi janji itu.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now