SUDAH tiga hari Riyyadh tidak pulang ke rumah setelah kejadian di mana Aisya terlupa untuk menyiapkan pakaian kerjanya. Dan pada hari tersebut juga, Aisya telah dipukul dan diperkosa dengan sangat kejam oleh Riyyadh sehinggakan gadis itu pengsan dan tidak bermaya.
Meskipun Riyyadh sudah tiga hari tidak memunculkan diri, namun Aisya tetap juga menyediakan makanan buat lelaki itu dan mengemas rumah seperti biasa.
Peluh yang merinik di dahi, dikesat lembut oleh Aisya. Lantai yang sudah bersih dimop olehnya dipandang dengan senyuman yang lega dan puas. Setelah hampir satu jam dia mengemas keseluruhan mansion yang luas itu seorang diri, akhirnya semuanya telah selesai dan Aisya berharap dia dapat berehat meskipun buat seketika. Dan sepanjang tempoh ini juga, Aisya berasa tenang dan sangat selamat apabila Riyyadh langsung tidak menjelma.
Sedang Aisya mengelamun, tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Dahinya berkerut memikirkan siapa yang datang berkunjung ketika ini. Mustahil itu adalah Riyyadh. Kerana ini adalah mansionnya. Jadi, untuk apa dia menekan loceng sekiranya hendak masuk ke dalam?
Namun, loceng yang berbunyi tanpa henti itu akhirnya mendorong Aisya untuk membuka juga pintu rumah.
Mujur sahaja dia sudah berpakaian lengkap menutup aurat dengan menyarungkan sehelai kain batik yang dipadankan dengan sehelai t-shirt lusuh berlengan panjang dan bertudung sarung pada kepalanya. Jadi, tidak perlulah dia kelam kabut hendak mencari tudung lagi.
Bersama lafaz bismillah di dalam hati, dengan perlahan Aisya menguak daun pintu itu. Dan terpampang jelas wajah tampan seorang lelaki yang ketinggian dan bentuk tubuhnya sama seperti Riyyadh.
"Assalamualaikum." Sapa lelaki itu dengan lembut dan ramah. Bibirnya juga tidak lekang dari senyuman kacak yang mampu mencairkan hati para wanita di luar sana. Namun, tidak pada Aisya. Kerana Riyyadh, dia menjadi takut dan trauma untuk berada dekat dengan lelaki.
"Waalaikumussalam." Aisya menjawab lembut dan perlahan. Pandangannya ditundukkan ke bawah saat lelaki itu merenung ke arah wajahnya.
"Ermm, Riyyadh ada?"
Aisya menggeleng perlahan. "Tuan Riyyadh tak ada, encik." Jawabnya sambil meramas jari jemarinya yang halus itu.
Lelaki itu tersenyum nipis mendengarkan suara Aisya yang lembut gemersik itu. Pantas sahaja, Riyyadh mahu menyimpan gadis itu di dalam 'sangkarnya'. Wajah yang ayu, suara yang lembut dan sifatnya yang pemalu menjadikan Aisya seorang gadis yang berbeza dan menarik perhatian kaum lelaki untuk mendekat dan mengenalinya.
"Ouh okay. Sorry menganggu awak. By the way, nama awak Aisya kan?" Tanya lelaki tampan itu seraya menyengetkan sedikit kepalanya bagi memandang wajah Aisya yang sedang menekur ke lantai sedari tadi.
Timbul persoalan di fikiran Aisya apabila lelaki itu mengetahui akan namanya. Sedangkan dia tidak pernah mengenali atau melihat wajah lelaki itu.
Namun, di dalam kehairanan, Aisya tetap mengangguk jua.
"Ya, encik."
"Tak payahlah berencik dengan saya. Panggil abang Adam je. Sebab kalau tak silap saya, umur Aisya 18 kan?" Adam cuba untuk memancing minat Aisya agar bercakap dengannya.
Perlahan Aisya mendongak memandang ke arah Adam yang sedang tersenyum kacak ke arahnya.
Jelas pada pandangan Adam, riak wajah Aisya yang kehairanan. Sudah semestinya gadis itu tertanya-tanya bagaimana dia dapat mengetahui perihal Aisya dengan tepat?
Sangat comel reaksi yang ditunjukkan oleh Aisya ketika ini.
Sangat comel!
Sepasang mata bundar yang terkebil-kebil memandangnya. Membuatkan Adam hampir tertawa lucu. Geram sahaja dibuatnya!
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...