"ANGKATLAH, PEREMPUAN!"
Berkali-kali nombor Tiara cuba didail oleh Johan. Namun, tiada satu pun di antara panggilan itu diangkat oleh Tiara.
Hati Johan mula membara.
Tidak betah menahan amukan, lantas telefon itu dibaling geram pada kerusi kereta di bahagian tempat duduk penumpang.
Stereng ditumbuk kuat. Merah padam wajahnya ketika ini.
Rambut dikusutkan. Berdenyut buku limanya setelah tumbukan itu dilepaskan.
"SIAL KAU TIARA!" Kereta pancuan empat roda itu melantunkan kembali jeritannya.
Sejak dari kejadian di mana mereka bertengkar tempoh hari, dia langsung sama sekali tidak dapat menghubungi Tiara. Dan yang lebih menghangatkan hatinya lagi apabila wanita itu bertindak menyekat nombornya termasuk di aplikasi media sosial yang lain.
"ARGHHHHHHH!!!"
Kemarahan yang terkumpul pada hatinya dilepaskan dengan jiwa yang berkecamuk.
Api kedendaman mula terpancar pada sinar matanya.
Hinaan dan cemuhan Tiara terhadap dirinya tempoh hari kembali berlayar pada kotak fikirannya.
Dia dihina kerana tidak setanding dengan kemewahan dan kekayaan yang dimiliki oleh Riyyadh.
Dia dicemuh kerana empayar perniagaannya sudahpun mencecah di ambang kemusnahan.
Dia dipandang rendah kerana tidak akan mampu memanjakan Tiara dengan kekayaan yang melimpah ruah sebagaimana yang diberikan oleh Riyyadh.
Segala rancangan mereka yang pada awalnya untuk merebut harta Riyyadh, kini lebur angkara Tiara yang sudahpun berpaling tadah.
Segalanya musnah!
Musnah kerana wanita itu sendiri!
Pandangan Johan menembus pada cermin keretanya. Bisikan-bisikan yang merisik pada telinganya untuk menghancurkan kebahagiaan Tiara kini mula memenangi akalnya.
"Kau yang mulakan game ni, Tiara. Kau yang mulakan. Let's see sejauh mana kau mampu bertahan. Sebab tak lama lagi, aku sendiri yang akan tamatkan game ni!"
Tekad Johan bersama amarah dan dendam yang membuak-buak.
Telefon bimbitnya dicapai lalu punat on ditekan sehingga skrin yang gelap itu kembali menyala. Lalu, galeri dibuka dan ketika itu wajahnya menyeringai jahat.
Video dan gambar 'hangat' antara dia dan Tiara terpampang satu per satu.
Malah, rekod perbualan mereka yang merencanakan seribu satu rancangan untuk memerangkap Riyyadh juga turut disimpan di dalam fail telefonnya.
Selain dari itu, setiap aktiviti kegiatan syirik mereka yang turut melibatkan Datin Diyana tetap juga direkod oleh Johan. Perbuatan syirik yang menyasarkan perbalahan di antara Riyyadh dan ahli keluarganya.
Bernas.
Ada gunanya juga dia merekod segala pergerakan mereka selama ini. Semua ini akan menjadi 'senjata' yang kukuh buat dirinya. 'Senjata' yang akan melihatkan penderitaan Tiara bermula.
"Kau akan melutut dekat aku semula, Tiara!"
Johan tertawa kuat. Tidak sabar hendak melihat bagaimana Tiara datang merangkak mencarinya semula. Hari yang bakal tiba itu akan dinantikan olehnya dengan sangat teruja.
🥀🥀🥀
JEJAKA yang tampan menggayakan hoodie berwarna hitam dan dipadankan dengan ripped jeans berwarna biru berserta cap pada kepalanya dipandang tanpa riak oleh Rafael. Malah, penampilan jejaka itu juga turut dihiasi dengan pelbagai aksesori bad boy. Di leher jejaka itu tergantung dengan seutas rantai silver bercorakkan logo tengkorak serta subang berwarna hitam yang ditindik pada kedua belah telinganya.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...