🥀BAB - 19

38.1K 838 172
                                    

RIYYADH yang sedang tekun menyemak dokumen di dalam pejabatnya tersentak saat pintu dibuka kasar dari arah luar.

Muncul susuk tubuh Tiara yang sedang melangkah ke arahnya bersama wajah yang berkerut.

Sebelah kening tebal Riyyadh terjongket ke atas melihat sikap kekasih hatinya itu.

Dan tidak semena-mena, Tiara menghampirinya lalu tanpa segan silu, wanita itu melabuhkan punggung di atas pangkuan Riyyadh.

Drastik kedua tangan sasa Riyyadh naik memeluk pinggang ramping itu.

"What's wrong, dear? Hmm?" Tanya Riyyadh tenang.

Tiara menoleh ke arah Riyyadh. Bibirnya dicebikkan lalu kepala disandarkan pada dada tegap lelaki itu.

"Baby...pergi mana semalam? I call you banyak kali, you tak angkat pun." Adu Tiara manja.

Hanya senyuman yang nipis sahaja terukir pada wajah tampan Riyyadh. Difikirkan sebab apalah tadi.

"Kan I dah text you pagi tadi yang I ada kerja kena buat semalam." Jawab Riyyadh yang masih lagi tenang.

Usapannya pada pinggang Tiara menurun ke perut kempis wanita itu.

Tiara berdecit tidak puas hati. "You tipu! Selalu kalau you busy macam mana sekalipun, you mana pernah abaikan I!" Bentak Tiara geram.

Perlahan Riyyadh menggelengkan kepalanya. Manja!

Tudung Tiara diusik sedikit sehingga wanita itu menampar kuat lengan sasanya. Terletus tawa Riyyadh.

"Baby! I seriouslah! Janganlah main-main!" Kedua mata wanita itu mencerlung garang ke arah Riyyadh. Dia betul-betul tidak puas hati dengan teman lelakinya itu. Semalaman langsung tidak menghubunginya. Hanya pagi tadi sahaja baru lelaki itu membalas setiap mesej yang dihantar olehnya.

Dan jawapan Riyyadh masih sama dan tenang.

Kerja.

Pipi mulus Tiara diusap lembut oleh jari telunjuk Riyyadh. Kedudukan wanita itu di atas ribanya dibetulkan sedikit.

"I'm sorry okay? Tak naklah merajuk macam ni. Dah tak cantiklah buah hati I yang sorang ni." Tangan kanan Tiara dicapai lalu dibawa ke bibir.

Matanya redup merenung ke dalam sepasang mata Tiara.

Namun wanita itu hanya senyap tanpa jawapan. Malah bibirnya sengaja dicebikkan ke hadapan.

"Ni bibir ni nak mintak kena cium ke apa? Hmm?" Bibir merah itu dicubit lembut oleh Riyyadh.

"Ishhh! Tepilah!" Tangan Riyyadh ditepis oleh Tiara lalu wanita itu berura-ura mahu bangun dari pangkuan Riyyadh. Namun, lelaki itu lebih pantas menahan pinggang ramping Tiara.

"Hey, hey. Calm down, dear. Jangan macam ni. I'm sorry. I janji I tak akan abaikan you lagi macam malam tadi. Please, pandang I, dear." Dagu Tiara dipagut lembut dan didongakkan ke atas bagi memandangnya.

Lalu, dengan perlahan, Riyyadh mendekatkan wajahnya ke wajah Tiara dan terus meragut bibir merah wanita itu.

Pada mulanya, Tiara tidak membalas namun semakin lama dia semakin hanyut dan terbuai dengan urutan lembut bibir Riyyadh ke atas bibirnya.

Kedua lengannya naik merangkul leher Riyyadh sambil ciuman mereka semakin didalamkan.

Erangan dan desahan mereka kuat kedengaran memenuhi setiap ruangan pejabat yang luas itu. Pinggul Tiara diramas kasar oleh Riyyadh. Dan Tiara juga ghairah menggeselkan dadanya ke arah dada bidang Riyyadh. Kedua mereka semakin dibuai arus nafsu yang memuncak.

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now