"ABANG RASA IYAD ADA KE DEKAT RUMAH?"
Rayden yang berada di tempat duduk pemandu dipandang dengan penuh kegusaran oleh Safiyah.
Sedari tadi, Safiyah merasa tidak tenang seolah-olah akan ada sesuatu yang buruk bakal terjadi. Namun, cepat-cepat dia mengusir rasa yang negatif itu. Berharap itu hanyalah mainan perasaannya semata-mata.
Tali pinggang keledar ditanggalkan terlebih dahulu oleh Rayden sebelum tubuh dipusingkan sepenuhnya menghadap ke arah isterinya itu.
Lalu, tangan wanita itu digenggam lembut seakan-akan cuba menyalurkan ketenangan kepada Safiyah.
"Kejap lagi dia balik. Abang tahu waktu dia habis kerja. Kita tunggu je dia sampai. Okay?" Rayden memujuk lembut. Jelas kelihatan wajah Safiyah yang gusar itu.
Nafas dihela berat. "Okay abang." Jawab Safiyah perlahan.
Rayden tersenyum nipis lalu membuka pintu kereta di bahagiannya sebelum melangkah turun dari Range Rover yang dipandu olehnya itu.
Kemudian, pintu di bahagian tempat duduk Safiyah pula dituju dan dibuka olehnya lalu tangan kanan dihulurkan kepada wanita itu.
"Jom, sayang jangan risau okay?"
Safiyah tersenyum nipis lalu menyambut mesra huluran tangan Rayden dan melangkah turun dari pacuan empat roda itu.
"Okay abang. Terima kasih."
"My pleasure, sayang." Bahu Safiyah dipaut erat lalu pasangan yang romantis itu melangkah menuju ke arah pintu utama mansion milik Riyyadh.
Sapaan dari anak-anak buah Riyyadh yang sedang berkawal di luar rumah hanya dibalas ringkas oleh Rayden. Semua pekerja Riyyadh di situ adalah pekerjanya juga. Jadi, tidak hairanlah jika mereka semua menunduk hormat kepada pasangan itu.
"Kita duduk dekat kerusi taman tu dululah." Rayden mengutarakan cadangan.
"Boleh je abang." Balas Safiyah lembut. Tidak sabar untuk menunggu Riyyadh pulang dari pejabat. Ingin dipeluk seeratnya akan anak sulungnya itu. Rindu yang tidak mampu diungkapkan hanya dengan kata-kata.
Taman bunga yang terletak di halaman belakang mansion Riyyadh dituju lalu mereka berdua mengambil tempat di atas kerusi batu berhampiran kolam renang yang sangat luas dan besar itu.
"Rindu je waktu dulu-dulu kan? Iyad suka sangat berenang dengan abang. Setiap hari, dia mesti tunggu abang balik kerja sebab nak berenang dengan Daddy katanya." Ujar Safiyah saat teringat akan kenangan lalu. Memori yang indah dan bahagia buat mereka sekeluarga. Sungguh dia sangat merindui akan saat-saat itu lagi.
Rayden juga turut menyimpulkan senyuman yang kacak. Pandangan dibuang jauh ke arah kolam renang di hadapannya. Masakan dia akan menghapuskan memori yang sangat berharga buat dirinya? Memori terindah sepanjang dia bergelar seorang bapa. Dan jauh di sudut hati, jika dapat diputar kembali masa, ingin sahaja dia mengulangi semula detik-detik bahagia mereka sekeluarga. Dan ingin ditahan waktu agar dia dapat meluangkan masa yang lebih panjang dan lama buat keluarganya itu.
Sepanjang tempoh ini, dia sangat bersyukur dan bahagia kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat lemah lembut dan penyayang serta anak-anak yang melengkapi hidupnya. Harta yang tiada galang gantinya. Dan demi keselamatan dan keselesaan mereka sekeluarga, jasad dan nyawa sanggup dia pertaruhkan. Asalkan isteri dan anak-anaknya dilindungi.
Namun, semua itu hanyalah sementara. Dalam sekelip mata sahaja, anak sulung mereka yang dahulunya manja dan sangat menghormati orang tua, kini berubah dan menjadi kasar hanya kerana dikaburi dengan rasa cinta dari seorang wanita asing yang tiba-tiba muncul meragut kebahagiaan mereka.
YOU ARE READING
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
RomanceSequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan...